Monday, February 27, 2012

Hasan Ali Ramal Pas Kalah Teruk


Bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Ali meramalkan Pas akan mengalami kekalahan teruk dalam Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) nanti ekoran terpesong dari matlamat perjuangan sebenar serta hanya menjadi kuda tunggangan DAP dan PKR semata-mata.

Beliau berkata, sebaliknya DAP dan PKR akan kekal meraih kemenangan besar tidak sebagaimana Pas yang telah hilang keyakinan ahli dan penyokong.

Katanya, dalam konteks di Selangor, apa yang akan pasti berlaku ialah kawasan-kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diwakili wakil DAP dan PKR akan terus memperolehi majoriti lebih besar.

“Sementara Pas pula akan jatuh merudum kerana ahli dan penyokong sudah hilang keyakinan serta kepercayaan kerana perjuangan untuk menegakkan negara Islam sudah bertukar kepada perjuangan mewujudkan negara berkebajikan.

“Pas dalam Pakaran Rakyat (PR) hanya menjadi kuda tunggangan semata-mata. Apa yang saya cukup pilu dan sedih demi matlamat menuju Putrajaya, Pas sanggup bersekongkol dengan DAP yang secara terang-terangan menolak Islam,” katanya ketika menyampaikan ceramah pada Himpunan Sejuta Umat Selamatkan Akidah anjuran Pekida Kemaman di Padang Astaka, Chukai, Kemaman, malam semalam.

Bahkan, katanya, Pas juga masih setia bersama PKR sedangkan Ketua Umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai rekod akhlak yang teruk selain mengiktiraf dan menyokong Israel.

“Perlukah Pas masih bersama DAP yang secara terang menolak Islam? Perlukah Pas bersekongkol dengan Ketua Umum PKR yang dibelenggu masalah moral? Baru-baru ini juga Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengeluarkan kenyataan bahawa haram menyokong atau membuat kenyataan menyokong Israel yang kewujudannya adalah haram.

“Namun, kalau haram kenapa masih mahu bersekongkol bersama mereka (PKR)? Sedarlah wahai Pas,” katanya.

Menurutnya, berikutan itu, imej Pas kini cukup buruk dan terpaksa menanggung risiko mengalami kekalahan besar dalam PRU13 yang dijangka diadakan pada bila-bila masa.

Pada masa sama, Hasan juga hairan mengapa Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat masih berdiam diri walaupun telah memberikan kata dua kepada Anwar supaya menarik balik kata-katanya yang menyokong Israel atau menyaman The Wall Street Journal.

“Saya percaya kenyataan (Nik Aziz) berkenaan juga adalah hasil dari implikasi saya dipecat,” katanya.-SH

Khalwat: Wanita, Badrul Amin Hadir Ke JAIP Beri Keterangan


Wanita yang turut ditahan bersama Dr Badrul Amin di sebuah hotel awal pagi kelmarin tiba di pejabat Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) kira-kira jam 3.05 petang ditemani oleh seorang ahli keluarga yang tidak dikenali untuk memberi keterangan berkenaan kes khalwat tersebut.

Sementara itu, pasangannya, Badrul Amin seperti dilaporkan Antarapos tiba lebih awal kira-kira jam 2.40 petang dengan berjaket hitam diiringi isteri beliau dan peguamnya, Ahmad Nizam Abbdul Hamid yang juga aktivis PKR Pahang.

Mereka telah dipanggil oleh JAIP untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan JAIP di bawah Seksyen 145 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982.

Badrul Amin seperti dilaporkan Mstar menuduh kesnya itu sebagai perangkap terancang yang didalangi Umno.

Menurutnya, suami wanita berkenaan yang dikenali sebagai Faizal turut terlibat dalam usaha menganiaya dan menghancurkan karier politiknya.

“Faizal yang merupakan suami kepada wanita berkenaan dipercayai terlibat dalam rancangan untuk memerangkap saya.

“Malah saya diberitahu oleh bapa wanita itu bahawa seorang pemimpin Umno menghubungi dia bagi mendapatkan nombor telefon bimbit Faizal. Jadi saya percaya semua ini ada pertalian dan hubung kait bagi memerangkap saya,” katanya.

Tuduhan Badrul itu turut dilaporkan FMT yang mendakwa suami wanita itu, samseng, polis, pejabat agama, dan blogger-blogger UMNO turut terlibat dalam konspirasi itu.

“Peristiwa yang berlaku mungkin dirancang oleh suami wanita tersebut dan Umno membuat persiapan yang cukup lengkap membabitkan (samseng, polis dan pejabat agama). Perkara ini kemudiannya dimainkan secara sensasi oleh blogger-blogger Umno.

“Laporan akhbar turut berniat jahat dan wujud unsur penganiayaan ke atas saya oleh suami wanita berkenaan.
“Saya tidak fikir kawan-kawan di dalam PKR terlibat. Mereka adalah sahabat seperjuangan saya. Saya akan jawab selanjutnya berhubung hal ini selepas bertemu dengan JAIP pada petang ini,” katanya

Menjawab mengenai arahan kerajaan negeri yang memberi cuti kepadanya, Badrul yang juga Pengarah Komunikasi Pejabat Menteri Besar Selangor menjelaskan perkara itu sudah terlintas dalam fikirannya sebelum arahan dikeluarkan.

Malah beliau turut mempertimbangkan untuk bercuti dari Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR sehingga kes membabitkannya selesai.

“Saya juga mempertimbangkan bercuti dari MPP PKR sehingga selesai kes.

“Setakat ini saya belum ada keputusan. Dan jika saya bercuti ia adalah atas pilihan saya sendiri tanpa tekanan daripada mana-mana pihak,” jelasnya.

Video Guan Eng Kena Pelempang Rakyat Penang!


Muka Guan Eng merah padam kena booo oleh rakyat Pulau Pinang... nyaris-nyaris Guan Eng tak kena penampar....

Kehadiran Lim Guan Eng DAP semasa program Anti-Lynas telah menimbulkan provokasi dan marah hadiran.

Lim Guan Eng merah muka dikritik secara terbuka oleh mereka. Yang memualkan ialah Lim Guan Eng DAP menuduh UMNO yang terlibat tetapi hakikatnya, mereka yang hadir turut disertai oleh ahli PAS dan non-partisan.


Video provokasi dari Guan Eng!

Tiga Hari Watiwani Bermalam Di Bilik Ostaz Badrulamin - Saksi


Menurut seorang saksi mengatakan sudah tiga hari Watiwani bermalam dibilik Badrulamin kenapa malam ketiga baru nak bagi tazkirah.

Kata saksi itu lagi dakwaan Badrulamin kononnya dia dipukul oleh 20 orang samseng upahan suami Zatiwani adalah satu pembohongan. Setahu saya, saya dan suami Zati sahaja yang datang berjumpa dengan Badrulamin meminta dia melepaskan isteri Fazli Pungut tetapi Badrulamin enggan berbuat demikian sehingga menaikkan kemarahan suami Zatiwani.

Sebagai suami kepada Zati yang tidak mahu dianggap dayus, beliau terpaksa melaporkan kepada Jabatan Agama Islam Pahang untuk membuat tindakan lanjut setelah beerapa rundingan dengan Badrulamin gagal.

Menurut penguatkuasa JAIP semasa tangkapan dibuat Zati sedang menyorok didalam almari. Penguatkuasa mendapati ada satu lagi tuala basah berada di atas katil dan satu lagi sedang digunakan oleh Badrulamin, ini menunjukkan ada seorang lagi yang tinggal bersama Badrulamin di dalam bilik hotel itu.

-Sungai Rapat Online

Nurul Izzah Dihalau, Beri Ceramah Di Felda Lepar Hilir


Kehadiran Pakatan Rakyat memberi ceramah malam semalam tidak disenangi oleh masyarakat di Felda Lepar Hilir, Gambang, Pahang.

Dikhabarkan Nurul Izzah di halau keluar dari Felda tersebut.

Sedar-sedarlah sikit rakyat dah bosan dengan lakonan dan penipuan dari Pakatan pembangkang, jadi tak usahlah nak buat ceramah di seluruh negara... buang masa saja!

Bila dah jadi perkara buruk seperti ini... macam biasala, mereka mula menuduh Umno yang hantar samseng... Umno juga yang salah! Ustaz PKR kena tangkap khalwat pun Umno jugak yang salah!

PKR dah tak ada modal! rakyat tolak mereka, Umno juga yang salah! Apa celup!

Menurut portal Keadilan Daily, yang nyaris menjadi mangsa kali ini adalah Pengarah Komunikasi PKR dan Naib Presiden parti itu, Nurul Izzah Anwar.



“Budak-budak muda cuba pukul Nurul Izzah di ceramah kami di Felda Lepar Hilir. Saya dan Nurul Izzah diiringi polis keluar untuk elak samseng Umno,” kata Nik Nazmi dipetik organ rasmi PKR itu.

Nurul Izzah (kanan) pula dalam raeksi awalnya berkata beliau bersyukur kerana selamat tetapi memberi jaminan tidak akan gentar dengan gelagat liar berkenaan.

“Bersyukur pulang dgn selamat. Moga teman-teman di Felda Lepar Hilir juga bertahan dan bersemangat walaupun samseng-samseng Umno berlagak liar, ugut fizikal.

“Tangan (penumbuk) hanya beberapa inci dari (wajah) saya,” katanya di Twitter pada jam 1 pagi ini.

Sehubungan itu, Nik Nazmi dan Nurul Izzah akan membuat laporan di balai polis Merchant Square berdekatan ibu pejabat PKR pada jam 3 petang hari ini.

Sunday, February 26, 2012

PKR Mahu Badrul Amin Dipecat Dengan Segera


Macam biasa la... bila kena batang hidung Pembangkang semuanya jadi tak profesional!

PKR mahu Badrul Amin disiasat secara profesional

PKR mahu anggota Majlis Pimpinan Tertinggi parti itu, Dr Badrul Amin Baharon, yang ditahan oleh Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) awal pagi semalam berhubung kejadian, didakwa berdua-duaan dengan seorang wanita, disiasat secara profesional.

Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya menuntut agar Jaip dan pihak berkuasa membuat siasatan secara telus dan profesional

"PKR mengambil maklum bahawa Dr. Badrul Amin Baharon diminta oleh Jabatan Agama Islam Pahang untuk membantu siasatan berikutan sebuah insiden di Kuantan pada 25 Februari 2012 (semalam).

"Justeru, PKR menuntut agar Jaip dan pihak berkuasa membuat siasatan secara telus dan profesional," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, PKR juga mengulangi komitmen parti untuk terus memelihara prinsip keadilan bagi semua pihak yang terlibat.

Badrul Amin, 51, dijangka akan hadir di pejabat Jaip esok.