Wednesday, July 24, 2013
Senarai Fitnah Pas, Di PRK Kuala Besut
Berikut adalah senarai fitnah dan penipuan yang telah digunakan oleh Parti ISLAM Se-Malaysia (Pas) sepanjang kempen pilihanraya kecil DUN Kuala Besut.
1. Presiden Pas, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang ketika berceramah di Kampung Nail, mengatakan parti itu tidak berminat untuk ‘merampas’ jawatan Menteri Besar Terengganu, sekiranya menang kerusi DUN Kuala Besut. Namun menurut Setiausaha Dewan Ulama, Dr Khairuddin Aman Razali, Pas akan meminta jawatan menteri besar diberikan kepada Hadi sekiranya berjaya dengan strategi 16-16.
2. Mengedarkan risalah palsu, kononnya Gabungan NGO Islam-Melayu menyokong cubaan Pas untuk mewujudkan kedudukan kerajaan negeri Terengganu 16-16 kononnya sebagai usaha untuk membentuk semangat Melayu bersatu antara Umno dan Pas.
3. Mengunakan kain rentang palsu untuk menyerang peribadi sekaligus memfitnah calon Barisan Nasional sebagai ‘kaki perempuan’ kerana pantang melihat dahi licin. Tambah menarik mereka turut memfitnah kononnya kain rentang tersebut dibuat oleh Umno.
4. Haji Hadi ketika ceramah mendakwa sebarang bentuk pemberian ketika pilihanraya adalah merupakan kesalahan rasuah dan berdosa. Tetapi di masa yang sama parti tersebut mengadakan program pemberian minyak motor percuma kepada pengundi Kuala Besut yang berumur 21 tahun ke atas.
5. Mendakwa kononnya kerajaan Barisan Nasional bertindak zalim dengan merampas tanah rakyat di Kampung Lay Out sedangkan pada hakikatnya ia adalah merupakan kerakusan yang dilakukan, ketika pemerintahan Pas di Terengganu. Mereka telah mengedarkan borang yang mereka buat sendiri dan mengutip sejumlah wang sebagai upah ukur.
6. Mengunakan Islam bagi mengelirukan orang kampung dengan menjanjikan Syurga kepada mereka yang mengundi parti itu dan menolak Umno dalam PRK DUN Kuala Besut. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Nik Aziz itu boleh dianggap sesat kerana seolah-olah dia merupakan pengedar rasmi borang untuk Syurga.
7. Nik Aziz juga mendakwa kononnya Umno hanya membina masjid tetapi tidak bersembahyang. Nampaknya selain memegang jawatan sebagai pengedar rasmi borang untuk Syurga, bekas Menteri Besar Kelantan itu turut menyandang jawatan penulis amalam solat orang Umno.
8. Pas mendakwa kononnya Menteri Besar Terengganu telah memberikan habuan tanah untuk 1 lot rumah kepada semua wakil rakyat Umno. Namun dimasa yang sama Pas gagal menjelaskan kepada rakyat berhubung pemberian tanah seluas 150 ekar kepada wakil rakyat parti itu termasuk isteri mereka pada tahun 1999 hingga 2004 untuk dijadikan ladang limau
9. Parti yang mendakwa sebagai memperjuangkan Islam itu juga didapati berbohong apabila mengatakan ada dikalangan ahli keluarga Tengku Zihan yang ingin berjumpa dengan pimpinan mereka bagi menyatakan hasrat mrnyokong Pas. Sedangkan ketika program perjumpaan “Keluarga Tuan Fatimah Tuan Long” yang dianggarkan sekitar 3,000 orang semua di kalangan mereka menyatakan sokongan dan berikrar untuk terus mengundi BN.
10. Mereka juga turut mengunakan isu kononnya calon BN, bukan merupakan anak tempatan, sedangkan pada hakikatnya Tengku Zihan adalah merupakan anak jati yang dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Besut. Malah menurut ibunya, Tengku Zihan dilahirkan dan dibesarkan di Kampung Nail serta sangat rapat dengan masyarakat sekitar.
Proses Pembuangan Undi Di PRK Kuala Besut Bermula
Selepas 12 hari masa berkempen, hari ini pemilih di Kuala Besut akan menentukan, antara dua 'anak kampung' BN dan PAS, siapakah yang akan menjadi pilihan mereka untuk ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu.
Nasib calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman, seorang jurutera dan calon PAS, ahli perniagaan, hari ini akan ditentukan oleh 17,713 pemilih di kawasan berjiran dengan negeri Kelantan itu.
CALON Barisan Nasional, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman bagi Pilihan Raya Kecil Kuala Besut selesai membuang undi di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Besut di sini pada kira-kira jam 8.23 pagi. Beliau tiba di pusat mengundi itu pada jam 8 pagi tadi untuk membuang undi.
Ketika ditemui pemberita, Azlan berkata beliau berpuas hati dengan kempen yang dilaksanakan dan akan menunggu keputusannya pada petang nanti.
"(Kita) yakin akan menang, apa pun nantilah (keputusannya)," katanya ringkas.
Tuesday, July 23, 2013
Jentera PAS Mula Tinggalkan Kuala Besut
Hanya sehari lagi berbaki sebelum hari pengundian PRK DUN Kuala Besut, gayanya PAS seperti sudah berputus asa apabila sudah kedengaran beberapa kumpulan jentera pilihan raya PAS khususnya dari daerah lain di Terengganu beransur pulang ke tempat masing-masing.
Turut terbabit beberapa kumpulan kecil dipercayai dari PAS Negeri termasuk Pahang dan Kedah. Setakat ini tiada kenyataan rasmi yang menjelaskan sebab musababnya kecuali satu penafian oleh PAS yang mendakwa jenteranya masih solid.
Menurut beberapa sumber yang rapat dengan PAS Terengganu, kebanyakan yang mengambil langkah pulang awal ini berbuat demikian sejak pagi dan tengahari semalam terutama selepas Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim tampil dalam dua ceramahnya di Kuala Besut pada malamnya (21 Julai) atas jemputan Naib Presiden PAS, Husam Musa.
Barangkali tindakan ini dilakukan kerana tidak mahu bersekongkol dengan sikap hipokrit Anwar yang sejak lebih dua bulan lalu kuat menghentam SPR yang dituduhnya tidak telus atau mungkin juga kerana merasakan PRK DUN Kuala Besut sudah ‘diKelatekan’ oleh geng Husam.
Kehadiran Anwar pada malam itu walau pun sambutannya sedikit baik dari ceramah Presiden PAS, Hadi Awang namun sebahagian besar dari kira-kira 500 dan 600 pendengarnya di dua tempat berasingan itu merupakan penyokong dan jentera PAS yang diimport dari Kelantan.
Dalam ceramah tersebut Hadi Awang langsung tak kelihatan meskipun sepatutnya digandingkan bersama bagi memperlihatkan Presiden PAS itu masih dianggap sebagai tuan rumah kepada pemimpin PAS dan PKR dari luar Terengganu. Tapi ia tidak terjadi demikian.
Atau mungkinkah kegagalan Husam memberi muka kepada Presiden sendiri untuk duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan Anwar menjadi punca sebahagian jentera PAS dari beberapa daerah di Terengganu pulang awal? Sukar dipastikan walau pun ada kedengaran rungutan sebegitu.
Waktu ini kebanyakan markaz dan pos PAS lebih banyak diduduki jentera PAS dari Kelantan, sebab itu tidak sukar untuk melihat banyak kenderaan plet pendaftaran D atau pun sesetengahnya terpapar bendera Kelantan atau logo Royalti berwarna merah di bumper atau badan kenderaan.
Pun begitu, masih ada lagi segelintir sahaja ahli dan penyokong PAS tempatan terutama dari Kawasan Besut serta satu dua kawasan lain yang masih membantu kempen saat akhir barangkali sekadar menunjukkan muka.
Namun demikia, jika keadaan ini berlarutan sampai selesai tempoh berkempen jam 12 malam nanti, maka ia mengulangi peristiwa pemulauan oleh jentera PAS sama seperti yang pernah berlaku di PRK DUN Tenang, Kerdau dan Merlimau sebelum ini.
Yang pastinya, apa yang sedang berlaku di Kuala Besut tika ini membabitkan jentera PAS ia seperti memberi isyarat jelas yang PAS bakal berdepan dengan kekalahan yang mungkin lebih bteruk berbanding PRU-13 baru-baru ini.
Apa pun, ini bukannya satu keadaan di mana BN dan UMNO sudah boleh berpeluk tubuh sambil menggoyang kaki, selagi mana belum tepat jam 12 tengah malam nanti selagi itulah kempen tersusun dari rumah ke rumah tetap perlu diteruskan supaya esoknya ramai-ramai keluar mengundi BN.
Paling penting, pastikan segala kemudahan pengangkutan untuk pengundi disediakan, jangan sesekali diabaikan walau seorang pun pengundi. Selagi mana dapat dikesan kedudukan mereka yang belum keluar mengundi maka usahakanlah hingga hampir pengundi BN menunaikan tanggungjawabnya.
Friday, July 19, 2013
Azhar Idrus Suruh Undi Barisan Nasional : Paham Tak Orang PAS !!
Betullah kata Azhar Idrus,yang dimaksudkan sebagai siapa yang mengundi PAS dan bersekongkol dengan parti Cina yang menentang kerajaan Islam akan masuk neraka. Kerajaan yang memerintah sekarang adalah kerajaan BN yang didokongi oleh UMNO sebuah parti yang memperjuangkan orang Melayu dan Islam.
Terengganu sekarang juga adalah diperintah oleh kerajaan BN, kerajaan yang beroaksikan Islam. Tidak betul jika ada orang yang mengatakana UMNO dan BN tolak Islam kerana kebangkitan Islam di Malaysia adalah kerana asas perjuangan UMNO yang begitu kuat mendokongi Islam.
Tidak ada sebab kalau ada orang yang cuba putar belitkan kenyataan yang kononnya UMNO memperjuangakn kebangasaan, tentu sekali orang ini sudha nyayuk kerana nama UMNO itu sendiri adalah mewakili Melayu. Di Malaysia ini 99 % Melayu adalah Islam.
Tak perlu lah percaya dengan kartut marut PAS yang mehukan rakyat menolak UMNO kerana UMNO menolak Islam , kata pemimpin mereka. Pemimpin yang begitu marah dengan kerajaan BN yang telah banyak membina masjid di Malaysia yang mana mereka menuduh kerajaan bina masjid kerana mahukan komisyen. Tanggung lah dosa dosa itu di akhirat nanti.
-N9kini.net
Abby Abadi Bernikah Dengan Lelaki Muda
Bekas Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi hari ini telah mengesahkan bahawa beliau telah melangsungkan perkahwinan lebih seminggu lalu.
“Ya memang betul saya sudah berkahwin,” jawapnya ringkas ketika dihubungi Sinar Harian Online, sebentar tadi.
Abby atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abdul Manan sebelum ini pernah mendirikan rumahtangga bersama pelakon, Norman Hakim pada 2002 tetapi bercerai pada 2008.
Mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Ketika diminta mengulas lanjut mengenai berita pernikahannya itu, Abby enggan mengulas lanjut.
“Pasal perkahwinan itu, saya tidak boleh ulas lanjut lagi.
“Nanti saya beritahu perkembangan kerana saya sedang memandu ke Kuala Besut,” katanya lagi.
Sementara itu, melalui laman mikro Twitternya, Abby berkata, beliau telah sah menjadi isteri.
“Dipendekkan cerita, sebenarnya sudah 12 hari dia sah menjadi suami saya.
“Maaf sebab maklumkan lambat,” katanya.
Abby sering mendapat kritikkan oleh pengikutnya di twitter kerana keceluparan mulutnya... harap di bulan puasa ini Abby dapat muhasabahlah diri disamping suami mudanya...
Tanah Bukit Kiara: Raja Nong Chik saman Nurul Izzah
Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin memfailkan saman terhadap anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dan dua lagi atas dakwaan menerbitkan kenyataan fitnah berhubung pembelian tanah di Bukit Kiara.
Bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar itu memfailkan saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil pada 17 Julai lepas melalui Tetuan Raja Riza & Associates.
Beliau menamakan Nurul Izzah, yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Mkini Dotcom Sdn Bhd, pemilik portal berita Malaysiakini dan wartawan Malaysiakini Lu Wei Hoong, sebagai defendan.
Media memperoleh writ saman itu hari ini.
Peguam M.Reza Hassan memberitahu pemberita bahawa kes itu ditetapkan untuk pengurusan kes pada 19 Ogos ini di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datin Yeoh Wee Siam.
Dalam pernyataan tuntutannya, Raja Nong Chik, 60, mendakwa Nurul Izzah, 33, telah mengeluarkan kenyataan fitnah serta palsu berhubung pembelian tanah itu pada sidang akhbar di Bangunan Bakti, Taman Tun Dr Ismail di sini, sehari sebelum hari pengundian pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
Raja Nong Chik mendakwa kenyataan Nurul Izzah itu telah diterbitkan di laman web Malaysiakini pada hari sama iaitu 4 Mei lepas.
Beliau memohon perintah injunksi agar defendan-defendan sama ada melalui dirinya atau ejen-ejennya dihalang daripada mengeluarkan atau menerbitkan perkataan sama yang menfitnah dirinya.
Beliau juga memohon ganti rugi am, teruk, teladan, satu perintah supaya defendan menerbitkan satu permohonan maaf, faedah, kos dan lain-lain relif yang difikirkan wajar oleh mahkamah.
Katanya akibat penerbitan kenyataan itu, reputasi dan maruahnya sebagai ahli politik, bekas menteri dan senator yang dihormati di negara ini telah terjejas teruk.
Subscribe to:
Posts (Atom)