Terlalu banyak kena kopi, aku menyanyi
ditemani teko berasap dan bau wangi
ditemani cahaya malap dan lagu reggae
hayati, salam
Wednesday, August 12, 2009
Cerita Kedai Kopi
Monday, August 10, 2009
Biar sekarang…jangan nanti sudah terlambat
Kebanyakan mereka sudah dapat membuat jangkaan bagaimana rupa bentuk gelagat masing-masing jika ditakdirkan seluruh negara ini jatuh dibawah naungan pakatan itu.
Bagi mereka biar semua orang buka mata sekarang dari sudah terlambat.Sekalipun kebelakangan ini pakatan pembangkang cuba untuk gambarkan kononnya dapat berpadu dibawah satu bumbung perbezaan antara PAS dan DAP dan sikap ‘ play safe’ PKR membuka banyak ruang kepada sengketa berlarutan. READ MORE
Saturday, August 8, 2009
Suspek pengganas Noordin Mohammed Top dibunuh
Stesen televisyen tempatan - Metro TV - berkata dia terbunuh dalam operasi tersebut, tetapi pihak polis belum mengesahkan laporan tersebut, dan hanya mereka mereka percaya Noordin adalah salah seorang daripada empat penghuni sebuah rumah yang diserbu di Jawa Tengah itu. READ MORE
Friday, August 7, 2009
Isu arak, Ronnie: Anwar hanya diam TERTEPU TEPU!!!
Berita terdahulu, Pas Selangor mendesak kerajaan negeri agar segera menyerahkan portfolio kerajaan tempatan yang dipegang Ronnie Liu kepada anggota Exco lain atau Menteri Besar berikutan beberapa masalah yang ditimbulkan oleh pemimpin DAP itu. Namun Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim tidak berani mengusik Ronnie Liu sebab pemimpin DAP ada 'kekebalan' dan tidak boleh disentuh atau dikritik langsung. READ MORE
Thursday, August 6, 2009
Jeff Ooi perlu minta maaf, tarik balik kenyataan sentuh sensitiviti Islam
KERANA KEMULIAAN SYARAT ISLAM ITULAH MENYEBABKAN RAMAI TOKOH DAN CENDEKIAWAN DI BARAT MEMELUK ISLAM.
UMAT ISLAM MENOLAK JEFF OOI DAN MANUSIA SEUMPAMANYA......!!!!
READ MORE
Wednesday, August 5, 2009
Anwar Pengkhianat Bangsa
Anwar Ibrahim adalah pengamal budaya demonstrasi jalanan bagi memaksa kehendaknya dituruti oleh kerajaan semenjak dari zaman universiti lagi dan setelah beliau dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri , darah meluahkan perasaan di jalanan masih menebal dalam tubuhnya, Dalam satu ucapan beliau Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (ketika Itu) yang berucap sempena minggu Konvokesyen Universiti Islam Antara bangsa (UIA) di Petaling Jaya, memberi keizinan kepada para pelajar universiti tersebut untuk berdemonstrasi. READ MORE
Pemuda Cabar Pemuda Pas Bangkit Tentang Ronnie
Ketuanya, Suhaimi Mohd Ghazali berkata tindakan Ronnie Liu mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memulangkan semula minuman keras dari sebuah kedai serbaneka di Jalan Liku, Seksyen 8 di sini Khamis lalu jelas merupakan satu penghinaan kepada umat Islam. READ MORE
Tuesday, August 4, 2009
Eloklah kumpulkan kaki sex bertanding di Permatang Pasir- tak gitu Mat Sabu ?
Anwar Jutawan Saman Jalanan - Dah kumpul RM520 juta
Ini ekoran Utusan Isnin melaporkan di muka depan kenyataan Muhyiddin yang menyifatkan Anwar sebagai pengkhianat besar terhadap perjuangan orang Melayu. READ MORE
Pro-ISA gesa polis tahan Anwar, Hadi dan Kit Siang
Selain Syed Ibrahim dan Anwar, mereka juga menggesa polis menahan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta pemimpin popular DAP, Lim Kit Siang. READ MORE
Monday, August 3, 2009
Siapa yang selamatkan maruah Pemuda dan Melayu ? Sendiri mahu ingat lah..
Pak Lebai berserban, Mak Cik lebai juga berpurdah dan bertudung, Mahasiswa Melayu yang selesa belajar di Universiti dengan bantuan kerajaan di Universiti kerajaan bangun menjadi kuda turun menjadi anak anak jalanan kerana termakan hasutan seorang yang amat bercita-cita tinggi ingin menjadi Perdana Menteri. Dahulu semasa dalam kerajaan, ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri, kenapa tidak mansuh kan ISA ? READ MORE
ISU ISA : APA KATA ANDA?
Seterusnya klik disini >>> Bloggers United patut beri amaran kepada Parpukari
Sunday, August 2, 2009
Stephen Doss- its no Enigma
READ MORE
Edisi Khas : BPN Mendesak Tindakan Tegas Terhadap Blogger Hina Mufti Perak Setaraf Pelacur
( http://www.malaysiawaves.com/) yang telah menyamakan Mufti Perak dengan gelaran pelacur.
2. Perbuatan ini sangat tidak patut dan begitu menghina seorang Mufti yang begitu dimuliakan di sisi masyarakat sebagai ikutan dalam hal hal agama Islam. Apatah lagi beliau dilantik dan dipilih oleh Sultan Perak sendiri selaku Ketua Agama Islam negeri Perak.
3. Mufti Perak tidak pernah menjadi ahli mana-mana parti mahupun memegang jawatan politik dan bukan orang politik.. Seharusnya tidak patut beliau menjadi sasaran kecaman atau penghinaan yang memalukan tersebut meskipun ada pandangan beliau tidak disenangi oleh mereka.. READ MORE
Saturday, August 1, 2009
Perhimpunan ISA : Anwar Raja Demontrasi Jalanan!!!
Pakatan Rakyat yang retak menanti belah dan hampir hilang kepercayaan rakyat cuba meraih simpati dan memenangi hati rakyat.
Amat memalukan lagi perhimpunan haram ini berlaku di ibu negara Malaysia, ia seolah-olah mengambarkan negara Malaysia berada didalam situasi yang tidak aman. Demontrasi tidak menguntungkan mana-mana pihak, hanya mendatangkan kesan negatif yang buruk kepada rakyat dan pelancong.
Mereka berdepan dengan anggota polis yang melepaskan tembakan gas pemedih mata serta tembakan meriam air di lokasi perhimpunan di kompleks membeli-belah SOGO, sekitar Masjid Jamek, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Raja Laut, Dataran Merdeka, di Masjid Negara serta di ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut. READ MORE
ISA : KJ hanya mangsa keadaan yang dihitamkan untuk agenda tertentu!!!
Suka atau tidak suka kita perlu menerima hakikat ini, apabila bermula satu agenda seperti ini, ruang menghentam kepimpinan Pergerakan Pemuda ini terus meletus bagaikan letusan gunung berapi yang akan mengeluarkan lavanya.
Kesempatan ini telah di ambil oleh penulis-penulis laman web dan juga blog-blog untuk terus memburukkan keadaan. Walaupun ketika ini hampir keseluruhan pemimpin UMNO berada dalam keadaan tersepit dan ramai pula yang mencari jalan selamat dengan mendiamkan diri dan berdiri di atas pagar. READ MORE
Friday, July 31, 2009
Amaran KDN : Jangan menghadiri perhimpunan ISA
1 Ogos depan akan menjadi hari penentuan. Bertempur atau tidak, semuanya mengundang rasa resah di kalangan masyarakat.
"Perhimpunan haram seperti ini hanya akan menyusahkan rakyat dan bantahan beribu orang adalah hanya suara minoriti sahaja berbanding dengan majoriti rakyat yang muak dengan demonstrasi dan perjuangan yang tidak berasas serta tidak mendapat sokongan majoriti rakyat Malaysia," tegas kanyataan bersama itu. READ MORE
Thursday, July 30, 2009
Airmata reformis PKR menitis di negeri yang mereka perintah – kecewa dengan Khalid Ibrahim !!
Belum pun sampai sepenggal PKR memerintah Negeri Selangor, bermacam–macam penyelewengan yang kita dengar, baik penyelewengan besar sehinggalah penyelewengan kecil . Belum sepenggal lagi, kita sudah merasakan bagaikan tidak sabar mahu menghumban kerajaan ini dan terasa lama sangat pilihan raya umum yang ke tiga belas akan di adakan.
Bukan kita saja yang menyokong kerajaan BN yang merasakan demikian, malahan penyokong mereka yang bermati-matian dahulu untuk memenangkan PKR dalam pilihan raya yang lalu sudah mula merasa lemas dan mereka juga sudah mula merungut dan menulis di blog blog mereka. Jika hanya orang BN yang merasa demikian, mungkin rakyat akan menyatakan bahawa sudah menjadi lumrah orang BN memburukkan parti lawan. Bagaimana pula jika ini dilakukan oleh penyokong kuat pembangkang yang kini bercelaru sesama mereka dan mendedahkan perompak perompak di kalangan mereka di blog mereka sendiri. Tak percaya juga – sila baca
(Nora ada lah seorang reformis wanita tua dalam PKR yang telah berbelas kali ditangkap oleh Polis, malahan setiap kali ada demonstrasi Nora akan melakukan sesuatu di hadapan polis untuk di tangkap bagi mengumpul caps beliau di tangkap. Kerana bagi reformis PKR, lagi banyak di tangkap lagi tinggilah martabat mereka. Kini Nora juga keasal dengan apa yang berlaku dalam kerajaan PKR.)
Malahan ada diantara mereka yang sudah bosan dan kini menderita dan sanggup menulis dan meluahkan perasaan mereka . Kami tahu mereka ini sebenar diperalat kan oleh Anwar Ibrahim sebelum ini dan hanya mereka sahaja yang tidak menyedarinya, Hari ini mereka semua yang merupakan pejuang kuat PKR menangis dan lahirlah sebuah blog yang bertajuk air mata Selangor.
Apa lagi yang dapat kita nafikan, segala ini bukannya cerita rekaan UMNO semuanya datang dari pejuang PKR sendiri, jika kita terus mengorek kita pasti akan mendapat banyak lagi blog blog reformis PKR yang kini menyesal dengan perjuangan mereka. Kini mereka baru sedar yang mana intan dan yang mana kaca,
Antara ayat yang ditulis dalam blog air mata Selangor
blog ini dikendalikan oleh sekumpulan aktivis reformasi yang amat kecewa dengan kesombongan Khalid Ibrahim dan kegagalan serta kelemahanya menjalankan tugas sebagai MB. Kami telah menegur secara elok, sampaikan juga kepada pimpinan parti namun keadaan tidak berubah maka kami putuskan untuk menerbitkan blog ini.
Kami lakukan kerana sayangkan perjuangan.
Ketika kami bangkit berjuang kena buang kerja sakit dipukul dilokap dan seumpamanya Khalid masih seronok dalam PNB…ketika Anwar keluar Khalid masuk parti….kami tidak kecil hati kerana keadilan maksudnya meletakkan hak pada tempatnya…
namun sekarang kami pasti Khalid tidak berhak untuk kerusi itu…
kepada DSAI kami mohon maaf blog ini bukan kianat tapi untuk menyelamatkan perjuangan. Kami tahu Khalid juga sudah tidak mendengar cakap kamu…
Sumber: KPMU