Monday, March 1, 2010

Fairus keluar PKR masuk UMNO

Bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin hari ini mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menyertai UMNO.

Keputusan beliau menyertai Umno diumumkan selepas menghadiri Perjumpaan Kepimpinan Tertinggi Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Bersama Perdana Menteri Malaysia yang turut dihadiri Datuk Seri Najib Razak.

Terdahulu Fairus dengan berpakaian ahli Pertubuhan Silat Seni Gayong menyambut ketibaan Najib, yang juga Presiden Umno, di lobi hotel tempat berlangsungnya majlis itu.

Fairus 33 pernah disiasat kerana dakwaan rasuah melibatkan syarikat kuari di Seberang Perai.
Beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti berkuat kuasa 16 April tahun lalu.

Fairus mengambil keputusan melepas jawatan Adun bagi membolehkan beliau memberi tumpuan penuh terhadap usahanya melanjutkan pelajaran ke pascasiswazah dan sekali gus memberikan masa kepadanya untuk bersama dengan keluarga yang selama ini terpaksa berkorban dalam memenuhi tugasannya.

Beliau juga merupakan bekas Pengerusi Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi, Penerangan dan Perhubungan Masyarakat Pulau Pinang.

Fairus dalam ucapannya pada majlis itu berkata, beliau membuat keputusan selepas mengambil kira perkembangan sepanjang tiga bulan lalu khususnya selepas tercetusnya isu kalimah “Allah”.

Beliau mendakwa pendirian yang dibuat oleh PKR, salah satu komponen Pakatan Rakyat, amat mendukacitakan dan tidak menyenangkan kerana bertentangan dengan perjuangan parti.

“Saya akhirnya mendapat petunjuk yang sangat jelas dan saya dengan ini atas prinsip mempertahankan agama dan kepentingan rakyat, hari ini saya membuat pengisytiharan untuk keluar PKR dan menyertai Umno,” katanya yang menyampaikan ucapan khas sebelum Najib mula berucap.

Thursday, February 25, 2010

Layakkah Lim Guan Eng Jadi PM???

DIKEHENDAKI POLIS DIATAS DAKWAAN JENAYAH FITNAH DAN PERHIMPUNAN HARAM!

Bekas banduan yang juga kaki fitnah yang banyak masalah mahu diangkat untuk jadikan seorang Perdana Menteri. Harakah Daily:klik sini . Apa punya bodoh dan dangkal orang PAS ni.

Kebangkitan rakyat Pulau Pinang menyatakan bantahan secara terbuka terhadap kepimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng, adalah bukti jelas mereka tidak berpuas hati dengan cara pentadbiran dan pendirian beliau.

Sudah tiba masanya untuk rakyat Pulau Pinang menentukan kedudukan Guan Eng pada pilihan raya umum akan datang. Ramai wakil rakyat PKR dan Ketua Bahagian PKR di Pulau Pinang kecewa dengan pentadbiran Guan Eng.



Menurut notis diatas, empat laporan ialah mengenai dakwaan menyertai perhimpunan haram, satu lagi berkaitan Akta Hasutan 1948 dan tiga laporan mengenai dakwaan jenayah fitnah. Kesemuanya enam laporan polis dibuat terhadap Lim Guan Eng! Siasatan tersebut dijalankan berdasarkan laporan yang dibuat Sungai Nibong, Kg Baru, Kubang Semang, Seberang Jaya, Sungai Pinang dan Kepala Batas.

Kerajaan negeri pimpinan DAP dikritik hebat sejak kebelakangan ini dengan Anggota Parlimen Bayan Baru, Datuk Zaharin Mohamed Hashim daripada PKR, melabelkan Lim sebagai diktator, cauvinis dan berfikiran komunis.

Selain itu, Anggota Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng, juga daripada PKR turut mengkritik Ketua Menteri dengan mendakwa pentadbiran kerajaan negeri meminggirkan Anggota Parlimen PKR serta tidak boleh dikritik.

Malahan Jumaat lepas, kira-kira 3,000 anggota daripada 50 pertubuhan bukan kerajaan mengadakan demonstrasi bagi menunjukkan bantahan terhadap pentadbiran kerajaan negeri yang didakwa meminggirkan orang Melayu.

Selepas Anwar Ibrahim tidak boleh menerajui Pakatan Rakyat, layakkah Lim Guan Eng diangkat menjadi Perdana Menteri..... LU PIKIR LA SENDIRI!

Artikel dari : http://jebat2010.blogspot.com/

Tuesday, February 23, 2010

Guan Eng Umpama Cacing Kepanasan, Putar Belit Fakta

Kenyataan Media Pemuda UMNO Pulau Pinang

Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang di bawah kepimpinan YAB Lim Guan Eng kini umpama cacing kepanasan yang sedang mencuba pelbagai helah memutar belitkan fakta untuk terus membohongi rakyat sejurus daripada pendedahan surat Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang bertarikh 5 Februari 2010 oleh Pergerakan Pemuda UMNO (Pemuda UMNO) menerusi blog Saudara Khairy Jamaluddin.

Keadaan ini amat berbeza jika dibandingkan sebelum ini dengan YAB Lim Guan Eng kelihatan begitu lantang menepis dan mempersendakan kenyataan dari pelbagai pihak dan laporan media mengenai pembatalan perarakan Maulidur Rasul di Pulau Pinang.

Dalam usaha memutarbelitkan fakta ini, Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang telah dilihat mengambil beberapa tindakan berikut : -

PERTAMA, pada 13 Februari 2010, Abdul Malek Abul Kasim, selaku Exco yang terbabit bagi portfolio Agama Islam, telah tampil menyatakan bahawa kandungan surat yang dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaa Negeri itu hanyalah satu cetusan idea mengenai penyusunan program sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri.

KEDUA, Manakala pada 14 Februari pula, YAB Lim Guan Eng telah dilaporkan oleh sebuah akhbar internet bahawa sebenarnya terdapat tiga surat yang telah dihantar berkenaan sambutan Maulidur Rasul peringkat Negeri Pulau Pinang. Menurut beliau, surat pertama bertarikh 13 Januari 2010, kedua – pada 15 Januari untuk pihak masjid dan organisasi berkaitan Agama Islam bagi mendapat pandangan berkenaan sambutan Majlis Maulidur Rasul dan surat yang terakhir pula bertarikh 12 Februari – berkenaan keputusan untuk mengadakan perarakan dan majlis sambutan.

Daripada segala kenyataan-kenyataan ini, Pemuda UMNO Pulau Pinang ingin menjelaskan bahawa : -

1) Bermula dari kenyataan Abdul Malek, penjelasan beliau bukan sahaja telah membuktikan kesahihan salinan surat berkenaan malah menunjukkan pembohongan dan sandiwara berterusan pihak Kerajaan Negeri.

Ini kerana, surat tersebut dengan jelas dan amat terang sekali telah menyatakan bahawa Jawatankuasa Induk Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Pulau Pinang telah memutuskan untuk membatalkan perarakan tradisi Maulidur Rasul di dalam mesyuaratnya pada 3 Februari lalu.

Itu adalah satu pembatalan mutlak.

Oleh itu, surat berkenaan dihantar untuk memaklumkan pihak terbabit tentang pembatalan perarakan Maulidur Rasul peringkat negeri serta bagi menjemput wakil-wakil untuk suatu majlis gantian yang diberi nama Majlis Perhimpunan Ummah.

Tidak ada langsung sebarang rujukan tentang perbincangan mahupun proses percenaan idea di dalam surat yang ditandatangani oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan itu.

Malah, jika dilihat kepada atur cara Majlis Perhimpunan Ummah yang bakal diadakan, Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga telah memberhentikan tradisi penganugerahan Tokoh Maulidur Rasul bagi rakyat negeri Pulau Pinang.

2) Kenyataan YAB Lim Guan Eng pula amat bercanggah sekali. Pertama sekali beliau telah dilaporkan oleh akhabr internet berkenaan bahawa surat yang dirujuk oleh YB Ketua Pemuda UMNO dan juga pihak lain adalah surat kedua yang bertarikh 15 Januari 2010.

Kenyataan ini bukan sahaja menyalahi fakta kerana Saudara Khairy merujuk kepada surat dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri yang bertarikh 5 Februari – dan bukannya 15 Januari 2010.

Surat 5 Februari itu ditujukan kepada ketua-ketua jabatan serta agensi peringkat persekutuan, negeri dan pihak berkuasa tempatan – bukannya kepada masjid dan badan atau organisasi berkaitan Agama Islam.

Keduanya pula, tiada langsung ayat atau maksud di dalam surat 5 Februari yang merujuk kepada usaha perbincangan atau ransangan idea untuk sambutan Majlis Maulidur Rasul peringkat Pulau Pinang sebagaimana yang dihuraikan oleh YAB Lim Guan Eng.

Ketiganya, terdapat perselisihan rujukan surat oleh YAB Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri dan Exco beliau, Abdul Malek Abu Kassim. YAB Lim merujuk kepada surat 15 Januari 2010 dan Abdul Malek pula kepada surat 5 Februari 2010.

Ini umpama tiada ketelusan dan profesionalisme di dalam pentadbiran YAB Lim Guan Eng yang dikatakan menjurus kepada Cekap, Akauntabiliti dan Telus.

Lanjutan itu, kini, kredibiliti dan ketelusan Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah kepimpinan YAB Lim Guan Eng sudah tercalar dengan penafian dan sandiwara mereka tentang satu perkara yang sudah terang lagi bersuluh bagi seluruh rakyat Malaysia, amnya, dan Pulau Pinang, khususnya.

Rakyat Pulau Pinang ini telah melihat betapa tidak cekapnya, betapa tiada akauntabilitinya serta betapa tidak ada ketelusannya pentadbiran YAB Lim Guan Eng di Pulau Pinang, yang disanjung oleh Parti Islam sebagai pemimpin ala Khalifah Umar Abdul Aziz.

Malahan, tindakan bagi menyelitkan aturcara perarakan sambutan Maulidur Rasul adalah satu usaha yang tidak ubah seperti tindakan susulan bagi menyelamatkan diri, selepas reaksi dan protes rakyat yang beragama Islam di Pulau Pinang.

Di dalam kesibukan YAB Lim Guan Eng berusaha meminda sejarah, Pemuda UMNO Pulau Pinang menyeru seluruh rakyat Pulau Pinang bersatu bagi melakar masa hadapan kita bersama.
Sumber : KPMU.NET