Wednesday, June 23, 2010

Dewan Rakyat: Masalah Brain Drain Tidak Akan Selesai Jika Pembangkang Terus Beri Persepsi Buruk

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Masalah "brain drain" (penghijrahan tenaga mahir) di negara ini tidak akan berakhir sekiranya pembangkang berterusan memberikan persepsi buruk terhadap pentadbiran negara, termasuk dakwaan wujudnya diskriminasi dalam sektor pekerjaan.

Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) berkata dakwaan itu memberikan imej buruk negara di mata pakar-pakar dan golongan profesional Malaysia di luar negara untuk kembali berkhidmat di tanah air.

"Bagi saya antara masalahnya ialah pembangkang sendiri tidak ada kepentingan negara sebab tanggapan yang diberi oleh pembangkang kepada anak-anak muda kita yang di luar negara adalah apabila balik ke sini semuanya buruk belaka.

"Diskriminasi, tiada peluang naik pangkat, tiada peluang naik gaji. Persepsi pembangkang sendiri mencemarkan imej negara," katanya ketika membahaskan usul Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) pada persidangan Dewan Rakyat di sini Selasa.

Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) yang sebelum itu mendakwa kerajaan tidak menawarkan insentif menarik untuk membawa pulang tenaga mahir Malaysia di luar negara, bangun mencelah dengan berkata kenyataan Khairy itu tidak bertanggung jawab kerana menyalahkan pembangkang.

Khairy berkata kerajaan tidak pernah lepas tangan dalam menyelesaikan isu "brain drain" ini dengan mewujudkan Talent Corporation bagi menarik dan mengekal modal insan berkemahiran yang diperlukan termasuk rakyat Malaysia yang berkemahiran tinggi.

"Perkara ini ditangani dalam RMK-10 dengan penubuhan Talent Corporation. Ini satu usaha yang sangat baik untuk melihat bagaimana kita dapat membawa pulang bakat-bakat di luar negara," katanya sambil menambah bahawa masalah brain drain turut wujud di negara India dan China.

Persidangan dewan disambung esok.



-- BERNAMA

Tuesday, June 15, 2010

Video Rally 1Malaysia











Anwar di CABAR!!!!

oleh: jejaka lantang

Jika Dahulu kita dikejutkan dengan gimik pembangkang dengan isu klip video VK Lingam yang ahkirnya sehingga kini, kisah itu dilupakan begitu sahaja.Namun perlu di ingat, kisah ciptaan pengarah politik terkenal tanahair, Anwar Ibrahim pasti akan di imbas tayangan apabila hampirnya PRU nanti.

Kali ini, kisah lama dibangkitkan kembali oleh bekas pimpinan PKR yang juga Ahli Parliman Bayan Baru dari parti Bebas, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang mencabar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar menunjukkan kembali bukti-bukti tuduhan yang pernah dilemparkan terhadap ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong yang pada suatu ketika dahulu dimana Anwar pernah memberitahu Zahrain bahawa beliau mempunyai bukti gambar-gambar dan video separuh bogel ADUN tersebut..

Anwar juga turut dicabar membuktikan kewujudan kontrovesi tersebut dimana kini semua orang tahu retorik Anwar yang mahu Elizabeth disingkirkan kerana bagi Anwar, Elizabeth ini tidak layak untuk terus kekal menjadi wakil rakyat dan Exco.Tambahan pula ramai di kalangan ahli PKR tahu Anwar dan Elizabeth tidak ‘ngam’ sejak dulu. (mungkin Elizabeth bukan selera Anwar kot...).

Sekarang ini, giliran Zahrain pula mencabar Anwar buktikannya tuduhan Anwar yang mendakwa Zahrain bersama-sama Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong dan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Nordin menerima imbuhan daripada pihak UMNO/BN. Kononnya mereka mendapat kereta baru, rumah baru....

Tentunya dikalangan orang-orang politik lebih mengenali Anwar ini yang hebat bermain kata-kata dalam mempengaruhi akal dan minda rakyat untuk menjayakan misi peribadi Anwar menawan Malaysia. Tetapi kini, Anwar kebarangkalian kehabisan peluru untuk menyerang ahli-ahli UMNO maka peluru yang berbaki itu ditujukan pula terhadap bekas-bekas ahli PKR yang berpaling tadah menolak matlamat durjana beliau..

Inilah yang dapat disaksikan oleh kita semua bagaimana Anwar menyerang bekas-bekas ahli PKR yang melompat parti dengan menuduh tindakan sebenar mereka itu disebabkan oleh tawaran dan imbuhan daripada UMNO..

Biarpun dakwaan demi dakwaan direka Anwar, namun sedikit pun tidak mempengaruhi minda rakyat kerana sudah jelas sandiwara Anwar kini ke penghujungnya. Jika benar realitinya, mengapa tidak dibuktikan sahaja tanpa perlu membazir air liur berhujah sini sana?.

Politik kebudak-budakan inilah yang akan terus bersemadi didalam jiwa Anwar selagi termampu sebelum impian menakluk kerajaan tidak tercapai. Pasti kita ingat lagi bagaimana hebatnya promosi Anwar menjaja kisah kononnya 16 September kerajaan jadi miliknya? Dan kepastian itu jugalah yang membawa Anwar ini ke muka pengadilan atas tuduhan yang memalukan bangsa melayu-islam itu sendiri..

Tidak habis dengan cerita 16 September, Anwar mulakan pula babak lain dengan menuduh 1 Malaysia meniru 1 Israel..sekarang Anwar ini main pula cerita orang UMNO tawar 2 juta kepada ahli-ahli PR jika sudi melompat parti. .

Sifat dan bakat Anwar ini sebaiknya digunakan didalam mahkamah dimana Anwar selayaknya menjadikan Pendakwa Raya sebagai karier bukannya ahli politik, sebab Anwar ini memang pandai bab tuduh menuduh ni...

Wajarlah jika Anwar berkhidmat sebagai peguambela atau pendakwaraya kerana sikap ‘gentelman’ menuduh orang sebati dengan dirinya.Adalah lebih baiknya jika Anwar segera letak jawatan sebagai ahli politik dan mohon borang kerja di mana-mana mahkamah dalam Malaysia ini. Lebih wajar jika Anwar memilih mahkamah seksyen kerana disitu nanti Anwar dapat membantu menyelesaikan kes-kes liwat atau rogol sejenis kelak.