Wednesday, July 14, 2010

Terpulanglah kepada Pas sekiranya mahu bersatu dengan UMNO...

By: Hamba Allah

Situasi perubahan arus perdana politik tanahair sekarang ini semakin menjadikan pemikiran rakyat Malaysia menjadi semakin kreatif dan kritis.. Dalam menghadapi survival politik terkini maka timbullah perbagai pandangan untuk menyatukan dua parti iaitu UMNO dan PAS.

Persolannya adakah perlu PAS KELUAR DARI PAKATAN ,jawapan bagi saya YA... PAS perlu keluar sebelum keadaan yang lebih membimbangkan demi bangsa dan agama. PAS mampu membina integriti sendiri. Adakah perlu PAS bersatu dengan UMNO. Jawapannya terpulang pada ahli PAS.

KENAPA PAS MENYERTAI PAKATAN RAKYAT ?

Apa hasrat PAS menyertai Pakatan Rakyat ?

Apa matlamat PAS bersekongkol dengan PKR dan DAP ?

Apa penting PAS menyertai PAKATAN RAKYAT ?

Pemimpin PAS mengambil risiko dalam perjuangan yang hambar, yang tidak mempunyai matlamat sebenar PAS. Seolah PAS sudah di beli oleh sebahagian dari mereka yang mengambil peluang untuk menyampai cita-cita yang karut.

Omong yang tidak menentu, omong yang memecahkan rakus. Cita-cita besar PAKATAN RAKYAT hanyalah untuk membahagikan sama rata. Meminggirkan yang hak. Apa sudah jadi Pulau Pinang. Orang Melayu yang sudah terjun laut.

Pemimpin yang memimpin dengan konsep perniaga dan selepas itu monopoli segalanya. Sekarang sikit sahaja yang tinggal, untuk menangkan hati rakyat, perkara yang tak patut dia buat pun, dia akan cuba lakukan. Bagaimana orang yang sedang mabuk asmara. Sekarang apa pun boleh. Bila dah dalam gemgaman, hidung bertemu hidung pun dia tak menyapa.

PAS dengan DAP mimpi tak sama. Emak bapa pun lain. Jika kereta pun jenama lain, tak sama buatan. Warna lain, logo lain, cap lain. Cara beristinjak pun lain dah.Terkejut beruk saya bila PAS join dalam PAKATAN RAKYAT. Cuma cita-cita nak bakar kelambu masam. Kelambu yang dah lama tak basuh. Nak di sental dengan clorok terus-terusan. Nak di tukar terus dengan kelambu yang masam dan berlubang ini. Apa kata kita cuba tampung yang berlubang dan kita basuh semula, adakah lebih jimat?

PKR apa lagi... Penubuhan banyak melayu suatu ketika dulu. Sekarang dah jadi macam rojak buah timun ada, nenas pun ada, buah pauh pun juga, orang yang kecewa pun ada dalam PKR.

PAS mesti mengutarakan penarikan diri dari PAKATAN RAKYAT. Saya tidak mahu mengistilah pakatan ini secara lebih buruk dalam nawaitu saya.

PAS mesti naik sampan baru? Sampan yang ada tak kemana, kerana sampan ini juga banyak lubang. Sampan ini baru sahaja di buat, tapi kayunya reput, kayu yang tak tahan air, pakunya pun berkarat. Dayungnya akan patah. Ukuran yang tak sama. Ada yang tinggi, berat sebelah. Galanya lain. galanya pun lama.... ada ke yang tahu gala itu apa ?.

Lebih baik PAS bina sampan yang baru dengan ukuran sendiri, semua sendiri, konsep sendiri, perjuangan sendiri. Boleh pilih kayu yang baru, fiber yang berkualiti. Kita buat besar pun tak mengapa... Sebab nanti orang kita nak naik ramai. Ini kita pergi tumpang sampan orang.... Aduh tambang pun mungkin kena bayar... jadi fikir-fikirlah.

Golongan agama komited satukan UMNO-Pas

Muhyiddin, Umno sedia temu PAS jalin kerjasama

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Umno sedia berbincang dengan Pas sama ada secara rasmi atau tidak untuk menjalin kerjasama demi perpaduan Melayu seperti disaran beberapa pihak.

Sambil menyambut baik saranan itu Timbalan Perdana Menteri berkata usaha menjalin kerjasama antara kedua-dua parti Islam itu bukan satu perkara baru kerana ia pernah disuarakan sebelum ini tetapi tidak dapat dilaksanakan.

“Soal perpaduan antara Melayu sama Melayu bukanlah satu perkara tidak baik, lebih-lebih lagi dalam situasi pada masa kini yang memerlukan bentuk kerjasama yang lebih konkrit terhadap isu termasuk ekonomi, kebudayaan dan institusi beraja serta mewujudkan perpaduan untuk membantu membangunkan ummah dan negara,” katanya.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden Umno, berkata terpulang kepada kepimpinan Pas sama ada bersetuju menjalinkan kerjasama itu atau sebaliknya.

Terdahulu, anggota Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Lokman Nor Adam sebagai berkata bahawa hasrat menjadikan Malaysia sebuah negara yang mengamalkan dasar Islam akan menjadi kenyataan sekiranya Pas dan Umno bersatu.

Ketika ditanya mengenai kebimbangan sesetengah pihak sekiranya kerjasama antara Umno dan Pas terjalin, Muhyiddin berkata mereka tidak perlu takut kerana kerajaan tetap akan menjaga kepentingan semua kaum.

“Masyarakat bukan Islam jangan rasa tergugat kalau ada usaha sebegitu kerana selama ini pun dengan kekuatan perpaduan Islam, maka negera lebih terjamin selamat dan tiada masalah,” katanya.

Tuesday, July 13, 2010

Giliran Nazri pula tolak PERKASA! Tidak seiring 1 Malaysia

By: Bro Jinggo

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz berkata Barisan Nasional (BN) memperlihatkan isyarat jelas bahawa perikatan itu tidak bergandingan dengan Perkasa.

Beliau menegaskan, Umno tidak sama sekali menyokong atau mengiktiraf pertubuhan yang mendakwa perjuangkan hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera!

Umno menentang amalan sebarang bentuk sikap perkauman, Oleh itu, idealisme Perkasa, pertubuhan yang berusia hampir dua tahun itu, tidak selari dengan fokus pentadbiran Najib yang menekankan pluraliti dan perpaduan.

Nazri juga menyifatkan cadangan naib presiden MCA, Datuk Donald Lim supaya satu pertubuhan Cina yang menyerupai kumpulan pejuang Melayu PERKASA ditubuhkan sebagai 'mengarut'.

Katanya, cadangan seumpama itu akan hanya menyebabkan ketegangan kaum antara Melayu dengan Cina memuncak, sedangkan pada masa sama kerajaan berusaha mengendurkannya.

"Kita mahu mengetepikan PERKASA dan dia pula mahu menjadi pelampau,” kata Nazri.

Mengulas saranan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Umno sewajarnya membabitkan pemimpin PERKASA dalam perbincangan, Nazri berkata BN tidak mewakili orang Melayu sahaja.

“Siapa rakyat negara ini? Adakah mereka semua Melayu? Ada juga bukan Melayu. Adakah beliau maksudkan mereka tidak mempunyai hak? Adakah mereka rakyat kelas kedua? Ini yang terjadi jika anda bersetuju dengan kenyataan (Mahathir).

“Tak boleh! Kita tidak boleh terima cadangan seumpama itu meskipun ia datang daripada bekas perdana menteri atau sesiapa sekalipun.

Nazri juga memberi amaran bahawa kerajaan akan bertindak jika PERKASA membuat kenyataan berunsur hasutan.

Dalam hal ini, katanya, rakyat yang tersinggung atau berpendapat yang PERKASA adalah ancaman kepada negara perlu membuat laporan polis.

Nota : Kekuatan orang Melayu terletak di bahu Parti UMNO itu sendiri... KERANA MEMANG UMNO ITU PARTI MELAYU! Datuk Ibrahim Ali tak perlu ugut BN!

Azmin-Anwar ibarat dalam Keluarga 69


By: Pemerhati politik

Azmin Ali mungkin sudah berangan-angan tentang Istana Mestika, tentang kerusi panas MB Selangor yang baru. Riwayat seorang Khalid Ibrahim kini di muka surat akhir.

Tokoh korporat yang mengaku dirinya kurang cerdik politik itu dilihat akan disembelih sebelum habis penggal.

Tiada lagi kelebihan anak emas Anwar Ibrahim buat beliau. Tiada lagi puji-pujian, puja-pujaan dari Anwar Ibrahim kepada beliau. ADUN Ijok itu bagai sudah jatuh ditimpa tangga terpijak tahi ayam pula, dibuang dari menjadi ketua PKR negeri kini kerusi MB pula dijangka pergi.

Tumpuan pemerhati politik mula mengarah kepada ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan presiden PKR yang juga isteri beliau untuk buat pengumuman.

Pemerhati politik berpandangan bahawa Anwar hanya ada dua pertimbangan. Mengekalkan Tan Sri Khalid Ibrahim yang didokongi oleh pemimpin Cina, India, Dayak dan sosialis dalam PKR atau melantik orang paling kanan, paling setia beliau iaitu Azmin yang dilihat didokongi oleh pemimpin Melayu dalam PKR.

Cita-cita Azmin untuk jadi MB Selangor adalah normal. Beliau layak serta cukup syarat untuk memasang angan-angan tersebut.

Di samping kedudukan beliau sebagai orang paling kanan Anwar, beliau juga pengasas PKR dan telah lama berkhidmat kepada Anwar. Azmin untuk Anwar ibarat Ibrahim Din untuk P Ramlee dalam cerita Keluarga 69.

Azmin dikata punya kuasa sakti yang boleh digunakan untuk menekan Anwar. Namun dalam pergolakan ini Azmin lebih dilihat anak jantan yang melawan daripada mengguna kuasa sakti politik menundukkan ketua pembangkang itu.

Ketika PKR menang pilihanraya umum lalu dan membentuk kerajaan bersama DAP dan PAS, Azmin adalah calon terbaik sebagai MB Selangor.

Pengorbanan beliau kepada Anwar selama ini adalah cop mohor paling kuat untuk beliau menjadi MB Selangor negeri paling kaya. Namun angan-angan itu hancur apabila Anwar memilih Tan Sri Khalid sebagai MB Selangor dan mengenepi impian dan harapan Azmin untuk menjadi MB pertama dari PKR.

Beliau dipujuk untuk beri laluan kepada Tan Sri Khalid menjadi MB. Beliau dipujuk Anwar dengan dongeng 16 September dan dijanjikan jawatab menteri kanan dalam kabinet. Putrajaya sudah semakin dekat hanya tunggu masa dan ketikanya.

Pada Azmin ini bukan kali pertama Anwar ketepikan beliau. Ketika mahu bertanding jawatan timbalan presiden semasa pemilihan parti 2007, Anwar juga telah ketepikan hasrat beliau dengan memberi ihsan menang percuma kepada Senator Syed Husin Ali.

Namun pendam Azmin diam-diam menjadi dendam. Tragedi kena tipu dengan Anwar dek projek 16 September menjadi iktibar.

Daripada berputih mata lebih baik calar berdarah.

Pertarungan bermula sebelum pemilihan PKR sekitar September tahun ini. Desas-desus Khalid akan bertanding jawatan timbalan presiden telah menggugat cita-cita lama Azmin untuk menjadi orang nombor 2 PKR.

Peringkat parti - Khalid didokong kuat oleh kumpulan sosialis PKR yang diketuai Syed Husin dan kuncu-kuncunya, manakala dalam pentadbiran kerajaan Selangor, beliau disokong oleh Elizabeth Wong, Yaakob Sapari, Xavier Jayakumar dan Rodziah. Semua exco kerajaan Selangor adalah penyokong kuat bos mereka.

Pemerhati politik menjangkakan Khalid punya kelebihan untuk menang jawatan timbalan presiden berbanding Azmin, ini kerana ADUN Ijok dilihat lebih popular terutama di kalangan kumpulan bukan Melayu dalam PKR.

Menyedari perkara ini, dendam Azmin tidak boleh selamanya dipendam. Pergeseran antara kedua-dua tokoh PKR sudah menjadi rahsia umum. Azmin mengorak langkah menyerang Khalid dan menekan Anwar.

Serampang dua mata, langkah pertama membuahkan hasil, terpelanting anak jati Kuala Selangor dari Ketua PKR Selangor. Misi sebenar tidak berakhir dengan hanya menjadi Ketua PKR Selangor tetapi adalah menjadi Ketua PKR Selangor dan MB Selangor sekaligus.

Barangkali pada ketika ini Khalid sedang memikir nasib untung rugi politik beliau sambil mendengar lagu Kris Dayanti “Menghitung Hari”.