Wednesday, January 19, 2011

“I Know What You Did Last Raya” Nyawa politik Anwar dalam tangan Karpal!


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terpaksa menjadi ‘pelacur politik’ dan membiarkan dirinya didagangkan oleh DAP kerana ‘nyawa politik’ beliau berada dalam tangan Pengerusi DAP, Karpal Singh.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, DAP menjadikan kes liwat Anwar sebagai strategi utama untuk mengawal bekas Timbalan Perdana Menteri itu kerana seperti didakwa Karpal, beliau memiliki bukti mengenai aktiviti liwat ketua pembangkang itu.

Menurutnya, sebab itu tidak menghairankan mengapa Karpal sanggup membuat ‘pusingan U’ dan bersikap lidah bercabang dalam isu pendedahannya pada 1997 di Dewan Rakyat dan Hotel Federal berhubung bukti aktiviti seks songsang Anwar.

“Selagi Karpal menjadi peguam bela dalam kes liwat, selagi itulah Anwar dan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) terpaksa akur dan tunduk kepada DAP sehingga terpaksa menjadi ‘pelacur politik’ dengan membiarkan diri mereka didagangkan DAP.

“Karpal menggunakan kes liwat sebagai alat untuk mencari keuntungan politik bagi DAP dan ini menjelaskan keadaan mengapa selama ini PKR menjadi ‘pak turut’ dalam pakatan pembangkang,” katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Karpal yang cuba berdolak-dalik dalam isu pendedahan pada 1997 bahawa beliau mempunyai bukti kukuh mengenai perbuatan Anwar meliwat bekas pemandunya, Azizan Abu Bakar dengan cuba meletakkan kesalahan kepada kerajaan.

Kelmarin Karpal mengakui beliau ada membuat desakan agar kerajaan menyiasat dan mengambil tindakan terhadap Anwar atas dakwaan meliwat Azizan tetapi menjelaskan perkara itu ditolak oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana dikatakan bersifat politik.

Pengerusi DAP itu juga menambah, beliau hanya membantu Anwar selepas diminta oleh bekas Timbalan Perdana Menteri itu pada 1998 iaitu selepas dipecat dari Kabinet dan juga UMNO sebelum dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan meliwat Azizan.

Mengulas lanjut mengenai perbuatan lidah bercabang Karpal dan tindakan Anwar yang sentiasa ‘putar alam’ dalam isu tersebut, Anuar berkata, PKR dan DAP telah merosakkan amalan demokrasi di Malaysia kerana mempraktikkan cara politik yang tidak sihat.

“Apakah motif sebenar mereka? Bagi saya Anwar menggunakan politik cara ini sebagai alat untuk melepaskan diri daripada kes liwat manakala Karpal pula demi mencari keuntungan politik untuk DAP walaupun negara terpaksa diporak-perandakan,” jelasnya. -Politik Harian

PRK Tenang: Mohd Azahar Ibrahim calon BN


LABIS: Penolong Pegawai Daerah Rengit, Mohd Azahar Ibrahim, 37, diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang pada 30 Januari ini. Baca Lagi...

Speker tidak boleh Istihar DUN Klang Kosong - SPR

Pengerusi SPR, Tan Sri Aziz Yusof berkata Speker Selangor tidak boleh istihar sendiri DUN Klang kosong, tugas istihar kerusi Dun kosong bukan tugas Speker. Teng Chang Khim seharusnya memberitahu SPR terlebih dahulu.

Speaker isytihar kerusi DUN Pelabuhan Klang dikosongkan

Lagi Pilihanraya Kecil? Kali ini DUN Pelabuhan Klang

Kerusi DUN Pelabuhan Klang diistihar kosong oleh Speaker Selangor Datuk Teng Chang Khim kerana kegagalan penyandangnya Badrul Hisham Abdullah menghadiri persidangan dewan selama enam bulan tanpa alasan munasabah. Kali terakhir Badrul menghadiri sidang DUN 15 Julai tahun lalu.Baca Lagi...

Panas “nokk”… Mulut Laser Azwan Ali serang Ummi Hafilda!


Kes liwat sensasi merupakan kes yang melibatkan bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika itu Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad. Pada tahun 1998 , Anwar Ibrahim dikatakan melakukan jenayah luar tabii (liwat) terhadap beberapa individu yang rapat dengannya seperti Azizan Abu Bakar dan Sukma Darmawan dan lain-lain. Baca Lagi...