Monday, January 31, 2011

Kekalahan PAS Di Tenang, Nik Aziz Disyor Bersara…

Selepas parti PAS mengalami kekalahan besar di DUN Tenang, Nik Aziz dicadangkan supaya berehat dan meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan.

Nik Aziz sepatutnya menghabiskan masa dengan bertaubat dan bermuhasabah dengan diri sendiri mengenai keupayaannya yang semakin terbatas, masanya sudah sampai untuk Nik Aziz bersara dan berehat sepenuhnya.

Nik Aziz perlu sedar bahawa ramai orang PAS sendiri yang mahu Mursyidul Am itu sendiri meletakan jawatan dengan segera.

Dalam PAS, ahli-ahli PAS tidak berkuasa untuk menentukan kedudukkan Nik Aziz kerana jawatan Mursyidul Am tu adalah jawatan seumur hidup dan dibuat tanpa suara majoriti daripada ahli jadi sesiapa pun berhak untuk meminta Nik Ajis letak jawatan. Baca Lagi...

Sunday, January 30, 2011

PRK Tenang: BN Menang Dengan Majoriti 3707

Secara rasmi BN menang dengan majoriti 3707 calon BN Mohd Azahar Ibrahim dapat 6699 undi calon PAS Normala Sudirman 2992.

Keputusan pilihan raya kecil itu diumumkan tepat jam 10.03 malam oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Md Asri Amir di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis di sini.

Dalam pilihan raya kecil itu, Mohd Azahar, 39, yang juga bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Batu Pahat, dicabar oleh Normala, 38, yang juga seorang bekas guru.

Sebanyak 71.8 peratus atau 10,579 pengundi daripada 14,753 pemilih berdaftar bagi pilihan raya kecil DUN Tenang keluar mengundi sehingga proses pengundian ditutup 5 petang tadi.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, jumlah peratusan itu lebih rendah berbanding pilihan raya umum 2008 iaitu 73.52 peratus.

“Ini disebabkan oleh keadaan cuaca yang buruk sehingga laluan ke beberapa pusat pengundian dinaiki air serta kawasan seperti Pekan Lama Labis dilanda banjir,” katanya.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-12 menyaksikan Allahyarham Datuk Sulaiman Taha menewaskan calon PAS, Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi.

Tahniah kepada BN kerana memenangi kerusi DUN Tenang.. Terbukti BN merupakan parti yang di kagumi dan dipercayai oleh rakyat.. Syabas juga kepada semua jentera penggerak parti BN untuk pilihanraya kerana menjalankan tanggung jawab dengan cemerlang dan semangat juang yang tinggi seterusnya memperolehi kemenangan untuk parti! -PolitikHarian

Saturday, January 29, 2011

Khairy – Waspada Pengundi Luar


Labis: Pemuda Umno mengambil langkah berwaspada terhadap kepulangan pengundi luar disaat-saat akhir terutama kepada segelintir penyokong pembangkang menjelang hari pengundian pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Ahad.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, ini bagi memastikan pengundi tempatan tidak dipengaruhi dengan isu atau fakta negatif yang dibawa pengundi luar terlibat.

“Saya meminta pengundi tempatan yang tinggal di sini memantau pengundi-pengundi luar yang pulang pada saat-saat terakhir yang membawa propaganda tidak tepat tentang kerajaan untuk mengelirukan pengundi lain.

“Bagaimanapun, bukan semua pengundi luar begitu kerana mungkin ada segelintir pengundi tersebut mempunyai pandangan peribadi berasasakan fakta yang tidak betul untuk disebarkan kepada pengundi disini,” katanya kepada media selepas pertemuan dengan generasi muda di Pusat Gerakan BN di Kampung Tenang pada Jumaat.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan pihaknya kini sedang menyusun strategi untuk membawa pulang pengundi generasi muda pada hari pengundian Ahad ini dengan selamat tanpa sebarang gangguan.

“Kita sedang meneliti beberapa aspek terutama kesesakan jalan dan cuaca dalam memastikan seramai mungkin pengundi muda dapat keluar mengundi pada hari tersebut.

“Malahan kini dapat dilihat gelombang pengundi muda semakin memihak kepada BN berdasarkan gerak kerja seluruh anggota parti untuk memastikan kemenangan parti,” katanya.-Politik Harian