Monday, May 16, 2011

Liwat II: Penyokong Anwar Kecoh


Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta, di sini hari ini dipenuhi para penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang hadir bagi mengetahui keputusan di akhir pendakwaan kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang itu dan bekas pembantu peribadinya.

Dipercayai sebanyak tiga buah bas yang membawa para penyokong Anwar tiba di sini dan berkumpul di Masjid Wilayah, berhampiran kompleks mahkamah tersebut.

Beberapa anggota pemuda PKR bertengkar dengan pihak polis yang membuat sekatan jalan ke perkarangan kompleks Mahkamah, Seorang daripada mereka menuntut supaya polis menghentikan sekatan itu. Baca Lagi...

Sunday, May 15, 2011

Hanya UMNO Dan PAS Mampu Menghentikan Perpecahan Dikalangan Melayu


Melihat pada keadaan isu semasa sekarang, kita berasa takut melihat perpecahan berlaku pada orang melayu. Apakah melayu di zaman teknologi serba canggih ini melayu sudah begitu hebat? Atau hanya gah pada nama ‘Melayu’ sahaja?

Tidak keterlaluan jika dikatakan kerana Anwar Ibrahim lah punca segala perpecahan diantara orang melayu. Fitnah, dizalimi, simpati hanyalah permainan politik demi kepentingan peribadi dan cita citanya! Baca Lagi....