Tuesday, May 24, 2011

PANAS BERAPI ! (pinjam tag line parpukari): KJ Bunuh Saifuddin Nasution

Cili Kasi Taruk! Kah Kah Kah! ayoooo.. mcm Papedom Gemuk Badan Berbulu stail ayat aku kali ni!

Menjawab tuduhan Setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail yang mendakwakan Ketua Pemuda Umno, hanya bersandiwara untuk berlagak sebagai jaguh rakyat ketika pilihan raya umum semakin dekat apabila menentang usul kenaikan harga minyak kerana membebankan rakyat.

Khairy berkata bagai belut digetir ekornya, pembangkang yang sememangnya kini bertongkatkan ranting yang patah bagi menutup aib dan retak sesama mereka menderu membuat riuh bagi mengubah tumpuan rakyat dengan dakwaan Setiausaha Agung Parti Keadilan Nasional, Saifuddin Nasution bahawa saya mengubah pendirian apabila menggesa Kerajaan agar mengekalkan subsidi minyak RON95. Baca lagi...


Monday, May 23, 2011

KJ: Perkukuh Jentera Pilihan Raya

Ahli UMNO diminta memberi tumpuan terhadap usaha menguatkan jentera pilihan raya parti, bukannya pemilihan di peringkat bahagian yang akan diadakan tidak lama lagi. Baca lagi...

Sunday, May 22, 2011

Isu Pasir: PKR Jadi Bacul Lagi

Pemuda Barisan Nasional (BN) Negeri Perak meminta pembangkang menyatakan pendiriannya berhubung isu penjualan pasir ke Singapura yang didakwa diminta oleh DAP semasa pemerintahan 11 bulan Pakatan Rakyat (PR).

Pengerusinya, Khairul Azwan Harun berkata, pihaknya mempunyai bukti DAP mahu Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat membenarkan penjualan pasir ke Singapura. Baca lagi...

Saturday, May 21, 2011

Khairy: AMK Penakut

Pergerakan Pemuda UMNO akan sentiasa mempertahankan akhbar Utusan Malaysia untuk memastikan wadah perjuangan Melayu itu dapat diteruskan, biarpun ia dikecam dan diancam pihak pembangkang.

Malah Ketuanya, Khairy Jamaluddin turut menyifatkan Angkatan Muda Keadilan (AMK) sebagai penakut kerana tidak berani bertembung dengan pihaknya di hadapan ibu pejabat akhbar tersebut untuk menyerahkan memorandum semalam. Baca lagi...

Friday, May 20, 2011

AMK (PKR) Kecut, Perkasa, Pemuda UMNO Serah Memorandum Sokongan

Hari ini dalam sejarah Angkatan Muda Keadilan (PKR) menjadi bacul menangguhkan protes bantahan terhadap Utusan Malaysia seperti yang dijadualkan.

Terdahulu pergerakan itu berkata tidak gentar dengan ancaman daripada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dan Pemuda Umno yang akan turut berhimpun di hadapan pejabat akhbar Utusan Malaysia. Baca lagi...

Demo Di Utusan Terpaksa Dikawal Pihak Polis


Sekumpulan anggota polis dilihat berkawal di hadapan ibu pejabat Utusan Melayu (M) Bhd. di Jalan Chan Sow Lin di sini sejak pukul 10 pagi ini, berikutan Angkatan Muda Keadilan (AMK) dikatakan berhasrat mahu mengadakan demonstrasi terhadap akhbar Utusan Malaysia. Baca Lagi...

Wednesday, May 18, 2011

AMK Akan Buat Kacau Di Hadapan Pejabat Utusan Jumaat Ini


Ketua penerangan AMK, Rozan Azen Mat Rasip berkata pergerakan itu tidak gentar dengan ancaman daripada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) yang akan turut berhimpun di hadapan pejabat akhbar Utusan Malaysia.

Manakala Krew Politik Harian menghubunggi SUK Pemuda Umno, Sdr Sumali, beliau menyatakan bukan sahaja PERKASA sahaja yang turun malahan Pemuda Umno juga akan turut berada di perhimpunnan tersebut. Baca lagi...

RON 95: KJ Jangan Naik Harga Sekarang


Pergerakan Pemuda UMNO di seluruh negara diminta mengemukakan usul membantah kenaikan harga petrol RON95 dan tarif elektrik pada persidangan perwakilan bahagian masing-masing.

Ketua pergerakan itu, Khairy Jamaluddin berkata, pergerakan itu tidak bersetuju kenaikan tersebut dibuat sekarang kerana ia akan membebankan rakyat yang sedang merasai kesan kenaikan harga barang makanan secara purata sebanyak enam peratus, lebih tinggi berbanding kadar inflasi sebanyak tiga peratus. Baca lagi...

Tuesday, May 17, 2011

KJ dituduh berkomplot-ada musang berbulu ayam!


SETELAH menulis tentang betapa perlunya institusi Pemuda UMNO diperkukuhkan menjelang PRU13,saya telah diserang bertubi-tubi oleh sekumpulan yang anti KJ melalui komen-komen liar melalui blog ini yang tidak tergamak untuk saya siarkan dan bila pertama kali menulis tentang Ketua Pemuda UMNO Malaysia ini,barulah sedar betapa banyaknya persepi buruk dan tuduhan dilabelkan kepada KJ dan saya juga turut dimusuhi,dihina dan dicerca. Baca lagi...

Pemuda Umno Berjuang Untuk Rakyat! AMK Berjuang Untuk Merosakan Rakyat


Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin atau lebih dikenali panggilan KJ, tampak lebih 'gah' bergerak dengan nada politik baru berjuang untuk generasi muda, manakala Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin dilihat lebih cenderung untuk merosakan akhlak anak muda di negara ini. Baca lagi...