Wednesday, May 25, 2011

Gempak House PK Kena Cili Gunung Berapi: Harga RON95 Kekal

Tajuk je gempak sebenarnya! Jangan marah papedom House PK badan berbulu.... Kha kak kah!

Syabas diucapkan kepada Pemuda Umno Malaysia dibawah pimpinan Khairy Jamaluddin yang sentiasa mempejuangkan isu rakyat dimana hari ini kerajaan mengumumkan tiada kenaikan harga RON 95, diesel dan LPG.

Semoga Pemuda Umno akan terus menjadi tonggak Juara Rakyat.

Sementara itu ketuanya Khairy mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri YAB Dato’ Sri Mohd Najib Razak kerana mendengar suara rakyat. Baca lagi...

Pemuda Gesa Isu Produk Makanan Halal Diberi Perhatian Serius

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata pergerakan itu terkejut dengan laporan pendedahan Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia mengenai penemuan asid deoksiribonukleik (DNA) babi di dalam bahan ramuan Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder yang digunakan syarikat Puratos Malaysia Sdn. Bhd.

Bahkan, menurut beliau lagi, kejutan berganda menyusur dengan dakwaan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM, bahawa bahan-bahan tersebut dikatakan digunakan oleh sebuah rangkaian kedai francais makanan yang terkenal di Malaysia dengan langganan ramai dari masyarakat Islam. Baca lagi...

Tian Chua Hilang Kelayakkan Sebagai Ahli Parlimen Batu?


Ahli Parlimen Batu dari PKR, Tian Chua dilihat sudah hilang kelayakan untuk menyandang kerusinya walaupun mahkamah yang mendengar rayuannya telah mengurangkan denda daripada RM3,000 kepada RM2,000.

Sebagai contoh katanya, dalam kes Ahli Parlimen DAP kerusi Menglembu Fan Yew Teng mengemukakan kes saman ke atas setiausaha Dewan Rakyat pada 1975. Baca lagi...