Saturday, July 9, 2011

Perhimpunan Haram Bersih 2.0 KL Menjerit!

Keadaan di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) dikawal ketat pihak polis bermula jam 6 pagi tadi namun beberapa kenderaan awam yang datang dari arah Jalan Chow Kit dan Jalan Sultan Ismail masih boleh melalui laluan berkenaan.

Sehingga kini sepanjang laluan kiri dan kanan dari Maju Junction hingga ke Dataran Merdeka dikawal sepenuhnya oleh pihak polis.

Sementara itu, orang awam dilihat memenuhi sekitar kawasan Masjid India dan berkumpul di beberapa tempat ekoran laluan utama dipenuhi polis.

Manakala keadaan di Masjid Jamek terkawal. Operasi stesen Star LRT berjalan seperti biasa tetapi stesen Putra LRT ditutup. Difahamkan, sekumpulan anak muda yang datang dari Alor Setar, Kedah diminta meninggalkan Masjid Jamek selepas dikatakan cuba bermalam di situ.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, July 8, 2011

Perhimpunan Haram Bersih 2.0 Bertukar Ke Shah Alam

Perhimpunan haram BERSIH esok sudah bertukar tempat ke Stadium Melawati, Shah Alam.

Namun demi maruah dan sebagai langkah berjaga-jaga. Esok 9/7 jam 10am, PATRIOT tetap akan berarak dari KFC Jalan Bukit Bintang ke Stadium Merdeka.

Kepada rakyat Malaysia yang cintakan tanahair, ayuh bangkit bersama kami!

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

PATRIOT Berhimpun Di Bukit Bintang Besok

Ayuh semua pemuda UMNO bersama2 dalam HIMPUNAN PATRIOT dengan T- Shirt merah esok bermula jam 9 pagi depan Bukit Bintang Plaza.. Jom semarakkan lagi semangat PATRIOT kita.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone