Saturday, July 9, 2011

Terkini Bersih 2.0 Pelajar Ditahan

Rupa rupanya Bersih 2.0 memperalatkan pelajar sekolah di seluruh negara...

Terkini Polis menahan sekumpulan pelajar berhampiran hentian Putra The Mall.

Mereka didapati membawa baju dan logo Bersih.

Inilah taktik kotor Pakatan Haram Bersih yang akan melakukan apa sahaja demi untuk mengadakan perhimpunan haram yang tidak berfaedah dan membuang masa ini.

Kepada Ibu Bapa kepada pelajar pelajar ini sila ambil anak anda di balai polis Bukit Aman.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Perhimpunan Haram Bersih 2.0 KL Menjerit!

Keadaan di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) dikawal ketat pihak polis bermula jam 6 pagi tadi namun beberapa kenderaan awam yang datang dari arah Jalan Chow Kit dan Jalan Sultan Ismail masih boleh melalui laluan berkenaan.

Sehingga kini sepanjang laluan kiri dan kanan dari Maju Junction hingga ke Dataran Merdeka dikawal sepenuhnya oleh pihak polis.

Sementara itu, orang awam dilihat memenuhi sekitar kawasan Masjid India dan berkumpul di beberapa tempat ekoran laluan utama dipenuhi polis.

Manakala keadaan di Masjid Jamek terkawal. Operasi stesen Star LRT berjalan seperti biasa tetapi stesen Putra LRT ditutup. Difahamkan, sekumpulan anak muda yang datang dari Alor Setar, Kedah diminta meninggalkan Masjid Jamek selepas dikatakan cuba bermalam di situ.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, July 8, 2011

Perhimpunan Haram Bersih 2.0 Bertukar Ke Shah Alam

Perhimpunan haram BERSIH esok sudah bertukar tempat ke Stadium Melawati, Shah Alam.

Namun demi maruah dan sebagai langkah berjaga-jaga. Esok 9/7 jam 10am, PATRIOT tetap akan berarak dari KFC Jalan Bukit Bintang ke Stadium Merdeka.

Kepada rakyat Malaysia yang cintakan tanahair, ayuh bangkit bersama kami!

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

PATRIOT Berhimpun Di Bukit Bintang Besok

Ayuh semua pemuda UMNO bersama2 dalam HIMPUNAN PATRIOT dengan T- Shirt merah esok bermula jam 9 pagi depan Bukit Bintang Plaza.. Jom semarakkan lagi semangat PATRIOT kita.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Pemuda Umno Teruskan Perhimpunan


Pemuda Umno dan Kelab Putera 1Malaysia akan tetap meneruskan perhimpunan mereka pada Sabtu biarpun polis telah memberi amaran akan menahan mereka yang menyertai sebarang perhimpunan di Kuala Lumpur.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata Himpunan Patriot akan diadakan di Jalan Bukit Bintang pada pukul 10 pagi.

"Ini adalah hak kita untuk berhimpun seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.

"Kita akan terima apa sahaj tindakan yang akan dikenakan kepada kita," katanya kepada pemberita pada sidang media di pejabat Pemuda Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra pada, Jumaat.

Beliau berkata pihaknya akan berarak daripada Jalan Bukit Bintang ke Stadium Merdeka.

"Kita akan cuba mencari jalan untuk berkumpul di Stadium Merdeka. Kita telah lebih awal memohon untuk menggunakan Stadium Merdeka sebagai tempat himpunan kita.

"Petang ini sekali lagi kita akan buat permohonan kepada polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi untuk dapatkan permit berkumpul di Stadium Merdeka esok," katanya.

Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, Pemuda Umno telah memohon permit polis pada 24 Jun yang lalu bagaimanapun pihak polis telah menolaknya pada 6 Julai.

Tuesday, July 5, 2011

KJ Desak Kerajaan Greece Benarkan Kapal Misi Flotila Berlepas Ke Gaza


Pasukan Malaysia yang menyertai pelayaran misi kemanusiaan International Freedom Flotilla 2 bertekad meneruskan pelayaran jam 3.00 petang ini walaupun tidak dibenarkan untuk meninggalkan Pelabuhan Corfu, Greece dan menghadapi kesukaran bagi meneruskan misi tersebut.

Isnin, semalam dipekan Cafu, Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin memberi dua ceramah dihadapan warga corfu menyeru solidariti kepada flotilla dan rakyat palestin mengesa rakyat tolak kerajaan yang tunduk kepada tekanan Benjamin Netanyahu. Baca Lagi...