Monday, July 11, 2011

Pelajar IPTA Bakal Dikenakan Tindakan

Inilah wajah wajah pelajar IPT yang menyertai perhimpuan haram... Mak bapak bagi duit suruh belajar bukan menyertai perhimpuanan haram! Menghabiskan boreh yooo!

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, beliau masih menunggu laporan daripada polis berhubung pembabitan penuntut institusi pengajian tinggi awam dalam perhimpunan haram di Kuala Lumpur, Sabtu lepas.

Beliau berkata, senarai pelajar itu nanti akan diserahkan kepada universiti terbabit untuk tindakan selanjutnya. Baca lagi...

Sunday, July 10, 2011

Tidak Adil... Auto Robot Transformer Bantu Bersih 2.0

Tak aci Bumblebee tolong berSHIT 2.0

Bumblebee tak tolong PATRIOT pon :(

Polis menjalankan tugas mereka dengan baik, tidak memilih kasih. PATRIOT juga mendapat layanan yang sama seperti kumpulan BERSIH 2.0. Lagi

Saturday, July 9, 2011

Perhimpunan Haram Bersih 2.0 Gagal Raih Sokongan Rakyat

Perhimpunan haram yang dirancang Sabtu gagal meraih sokongan orang ramai apabila sasaran penganjur perhimpunan, Bersih, sebuah badan tidak berdaftar, untuk mengumpul 100,000 penyokong tidak kesampaian apabila hanya 10,000 orang “turun padang” sehingga petang ini.

Ini memperlihatkan matlamat kumpulan itu kononnya untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil tidak mendapat sokongan rakyat sepenuhnya memandangkan mereka sedar akan tujuan sebenar perhimpunan itu yang lebih bermotifkan politik. Baca lagi...

Al-Fatihah Buat Anwar Ibrahim

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Bersih 2.0: Penyokong Mula Bersurai

Penyokong-penyokong Bersih 2.0 yang berhimpun di luar Stadium Merdeka sejak pukul 2.30 petang mula bersurai.

Sementara itu, sekumpulan penyokong perhimpunan haram itu dipercayai mula berhimpun di sekitar Kuala Lumpur, menurut sumber polis.

DAP peralatkan bangsa melayu untuk agenda kepentingan mereka!
Sedarlah melayu! Jangan diperalatkan oleh komunis jahanam!

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Polis Tak Pilih Kasih. Pemuda Anak Jantan!!!!

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Pemimpin Utama Bersih 2.0 Di Tahan Polis

Pemimpin utama bersih Ambiaga, Anwar Ibrahim, Hadi sudah ditahan Polis.

Kepada penyokong Bersih tidak ada guna lagi berhimpun. Pemimpin anda sudah menyerah anda tidak dipemimpin lagi.

DAP peralatkan bangsa melayu untuk agenda kepentingan mereka! Sedarlah melayu! Jangan diperlatakan oleh komunis jahanam!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

KJ ditahan polis

Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin dan beberapa barisan exco ditangkap polis.

Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang disembur gas pemedih mata di KL Sentral.

Perhimpunan Di Masjid Jamek belum lagi bersurai.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Penyokong Bersih sudah Mula mengotori bandaraya!

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Penyokong Bersih Menganas di Pudu Raya

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

PATRIOT bertempur dengan FRU d Bukit Bintang

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Hujan Membasahi Bumi Bukit Bintang!

PATRIOT tetap teguh walaupun hujan membasahi bumi Bukit Bintang!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

PATRIOT berarak ke Stadium Merdeka!

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sedia gempur!

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

PATRIOT d Bukit Bintang sedia pertahankan Malaysia!

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Himpunan haram di mulaka d Jalan Bukit Bintang!!!b

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Perhimpunan Haram Bersih 99 Peratus Melayu Ditahan!

Perhimpunan haram Bersih menyaksikan 99% orang yang ditangkap adalah orang melayu yang datang dari luar bandar. Persoalnya dimana orang bukan melayu? ..

Ini bukan kenyataan rasis tapi adalah peringatan kepada orang melayu PAS dan PKR yang dijadikan alat oleh Ambiga bangsat!

DAP peralatkan bangsa melayu untuk agenda tertentu mereka! Sedarlah melayu! Jangan diperlatakan oleh komunis jahanam!

Jangan sampai jadi hamba di negara sendiri..menang sorak kampung tergadai..

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Nik Aziz di Tahan Polis

Yang ditahan polis Nik Aziz Nik Sheik bukan Nik Aziz Nik Mat.

Perkembangan Terkini di Kuala Lumpur.

11.30 pagi: Jumlah tangkapan di sekitar Kuala Lumpur adalah seramai 236 orang termasuk lapan wanita, kata polis.

11.20 pagi: Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga menghantar mesej tweet meminta semua orang keluar dengan memakai baju kuning.

11.18 pagi: Sebuah trak polis membawa sekumpulan lelaki yang ditahan keluar dari kawasan Masjid Jamek menuju ke kawasan tahanan di Pulapol.


11.02 pagi: Tren RapidKL tidak akan berhenti di tiga stesen dari 10.15 pagi atas arahan polis. Stesen-stesen tersebut ialah Hang Tuah dan Maharajalela (laluan monorel) dan Hang Tuah (laluan Ampang).

11.00 pagi: Seorang lelaki memakai baju kemeja merah ditahan oleh polis dekat dengan stesen LRT Masjid Jamek.

10.40 pagi: Pusat media Bukit Media mengeluarkan kenyataan bahawa seorang daripada 21 orang yang ditahan pada awal Sabtu telah dibebaskan.

10.35 pagi: Sebuah Black Maria di Masjid Jamek memuatkan 13 orang ditahan, kebanyakannya lelaki. Mereka dipercayai merupakan penunjuk perasaan Bersih.

10.30 pagi: Ramai berkumpul di stesen keretapi berdekatan Masjid Negara. Turut kelihatan ramai anggota polis diketuai Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner (ACP) Mohamad Zulkarnain Abdul Rahman mengawal situasi.

10.30 pagi: Lebih banyak trak polis tiba menyertai trak FRU di pintu utama Istana Negara tetapi situasi masih lengang.

10.01 pagi: Kedai-kedai dibuka untuk perniagaan. 100 pelanggan beratur di hadapan Machines, Lot 10, untuk membeli iPad2.

10.00 pagi: Seorang lelaki ditahan polis di Jalan Melayu, off Jalan Masjid India, selepas menjerit secara agresif terhadap orang ramai dan wakil media.

9.50 pagi: Anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) mengawal pintu masuk Pasar Seni. Mereka berkata, ia akan dibuka seperti biasa pada pukul 10 pagi tetapi mereka akan mengawalnya. Polis meronda di sekitar Pasar Seni sebelum ia dibuka.

9.45 pagi: Sekumpulan 100 orang di sekitar Masjid India diarahkan bersurai oleh polis.

9.28 pagi: 12 peguam berjaket dan bertali leher berada di luar stesen LRT Masjid Jamek. Kehadiran ramai anggota polis. Aktiviti normal. Stesen masih dibuka.

9.15 pagi: Satu kumpulan dengan lebih 100 orang berada di stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) berdekatan Masjid Negara. Polis sedang memantau mereka.

9.10 pagi: Polis menahan satu kumpulan yang berkumpul berdekatan masjid Kampung Baru.

9.07 pagi: Sekatan jalan raya di lebuh-lebuh raya menghala ke Kuala Lumpur menyebabkan trafik bergerak perlahan. Satu sekatan berdekatan Batu Tiga menyebabkan kesesakan teruk.

Pemandu terpaksa menggunakan lebih sejam untuk bergerak dari Shah Alam ke plaza tol menghala ke Kuala Lumpur. Bagaimanapun, trafik berjalan lancar selepas plaza tol itu.

9.05 pagi: Tiga peguam, berjaket hitam dan bertali leher, berjalan di Jalan TAR. Mereka memberitahu wartawan bahawa kehadiran mereka di situ adalah untuk memberikan bantuan guaman.

8.50 pagi: Kira-kira 15 trak Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) berada di luar Istana Negara. Sekatan jalan dibuat 500 meter dari pinta utama ke istana.

8.45 pagi: Enam ambulans memasuki Jalan TAR dipercayai bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan.

8.40 pagi: 12 trak polis dan sebuah Black Maria ditempatkan di luar Sogo. Kira-kira 120 anggota polis di sekitar situ. Pemeriksaan rambang dibuat terhadap pejalan kaki di Jalan TAR.

8.15 pagi: Polis menutup laluan ke Jalan Stadium dengan dawai berduri. 20 Black Maria diletakkan di depan tempat letak kereta.

8.10 pagi: Kehadiran ramai anggota polis, kurang kenderaan di jalan raya dan tidak kelihatan kumpulan besar di kawasan sekitar Chow Kit dan Kampung Baru.

8.05 pagi: Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) ditutup dengan kehadiran ramai anggota polis di luar Sogo.

8.00 pagi: Kuala Lumpur hampir lengang. Di Jalan Raja Laut, hanya kelihatan anggota polis bertugas. Di luar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, kira-kira 200 anggota polis kelihatan bersarapan pagi. Sebuah helikopter polis berlegar-legar di ruang udara.

7.55 pagi: Lebih ramai anggota tiba dengan menggunakan monorel dan mereka turun di stesen Maharajalela bertentangan dengan Stadium Merdeka.

7.30 pagi: Sejumlah besar trak Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) termasuk yang dilengkapi dengan meriam air, melalui Jalan Maharajalela dan menghala ke Masjid Negara serta Masjid Jamek.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Bandaraya KL Lumpuh Angkara Perhimpunan Haram Bersih 2.0

Jalan Sultan Ismail sunyi sepi.... Pihak Polis memperketatkan kawalan...

Tahniah PDRM kerana berjaya menghalang Himpunan Haram Jadah!

Penyokong Bershit kelihatan menyuruk di lorong lorong bagunan!

Inikah yang Pakatan Haram Jadah mahukan? Tak habis habis menyusahkan rakyat!

Marilah kita sama mendoakan keselamatan rakyat dan negara,jauhkan dari musibah kekalkan harmoni TOLAK perhimpunan Haramjadah BERSIH.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone