Wednesday, July 13, 2011

Video Tian Chua Menganas Serang Polis



http://youtu.be/uFWduXFANAI

Pembangkang dipercayai sengaja merancang drama bagi memastikan Datuk Seri Anwar Ibrahim cedera semasa menyertai demonstrasi haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) di KL Sentral Sabtu lalu.

Hakikat itu terbukti apabila satu rakaman video mendedahkan bagaimana Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua, mengetuai puluhan lelaki cuba menyerang Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) sewaktu berhimpun bersama dengan Anwar di situ.

Ia sekali gus menyangkal dakwaan kononnya polis bertindak ganas sewaktu menyuraikan demonstrasi haram itu, sebaliknya mendedahkan hakikat sebenar iaitu, golongan yang liar adalah pihak pembangkang dan pihak berkuasa cuma mempertahankan diri.

Serang!!!!!! Serang!!!!

Video diatas dengan jelas memaparkan Tian Chua serta puluhan lelaki melaungkan perkataan 'serang' kemudian membuat kiraan satu sampai tiga, sebelum meluru ke arah FRU.

Keadaan itu memaksa, anggota FRU yang berada kira-kira 10 meter dari Tian Chua dan kumpulan perusuh, melepaskan gas pemedih mata yang mana salah satu daripada kelongsong peluru dipercayai terkena muka pengawal peribadi Anwar. Dan pada waktu itulah Anwar mengambil kesempatan berlakon cedera parah...

KANTOI LAGI!!

Tuesday, July 12, 2011

Selak Sikit: Kisah Pembunuhan Mangsa Bersih 2.0

Sebenarnya tidak elok jika kita politikan isu kematian... kerana ajal dan maut itu ditangan tuhan... tetapi oleh kerana puak Pakatan Haram nampak terdesak untuk menjaja cerita kematian demi kepentingan politik mereka.. Kita selak sikit Konspirasi Pembunuhan Mangsa BERSIH Di Bongkar. Sila baca disini....

p/s: Harap Latheefa Koya baca dan komen artikel tersebut... jangan suka syok sendiri...

Bersih Rally : Globalist Sedition Takes To Malaysian Streets

Calling themselves “Bersih, or the “Coalition for Clean and Fair Elections,” the so-called civic group has attempted to rally in the streets of Malaysia’s capital, Kuala Lumpur, only to meet a wall of resistance from a government more than aware of their true intentions.According to the Australian Broadcasting Corporation (ABC), Ambiga Sreenevasan, the head of the Bersih group said, “we are fighting for free and fair elections.” Undoubtedly Bersih’s rank and file believe this to be true, but the Malaysian government insists that Bersih is a front group for Malaysia’s opposition parties led by dedicated globalist Anwar Ibrahim. Read More...