Saturday, July 16, 2011

Malaysia Vs Liverpool Live

Tengok bola Malaysia Vs Liverpool live disini http://atdhenet.tv/38035/watch-malaysia-vs-liverpool

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Separuh Masa Pertama: Penyokong Liverpool Tertelan Air Liur

Separuh masa pertama: Malaysia seri 1-1 dengan Liverpool. Liverpool Charlie Adam (minit ke 26); Malaysia: Safiq Rahim (minit ke 42)

Malaysia menang Piala Suzuki. Liverpool apa pun tak boleh! Hoyeeeee!

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Kumpulan 709 Berdemo Dihadapan KLCC

Kumpulan 709 hari ini berdemonstrasi di KLCC PARK jam 2 petang tadi... Kononnya mahu memperingati Pejuang BERSIH yang telah terkorban.

Sedekah al-fatihah lah kalau nak memperingati arwah! Buat demontrasi jalanan dapat apa? Menyusahkan orang ramai nak ke KLCC je!

Sedih la bila hal kematian arwah Baharuddin terus dipolitikkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Nampak sangat puak pembangkang terdesak, lakukan apa saja demi kepentingan politik kotor mereka.

Biarlah arwah pergi dengan tenang tak perlulah dipolitikkan hal kematian ini. Fikir fikirkan lah...

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Cincin Rosmah RM24 Juta Kecoh Satu Kampung

Siapa pernah melihat ayam yang baru bertelur? Aku selalu perhatikan ayam di reban, bila bertelur kecoh betul ayam tu riuh satu kampong… Begitulah juga cerita cincin Datin Seri Rosmah Mansur bernilai RM24 Juta baru dapat satu telur kecoh puak pakatan pembohong jaja satu Kampung…

Matlamat mereka adalah satu apabila Rosmah Mansur diserang maka tempiasnya akan tercalit kepada Najib Razak. Itu lah agenda mereka Pakatan pembangkang yang setiap hari makan Minum mereka adalah Fitnah semata mata.

Isu ini sengaja direka oleh seorang penglipur lara pembangkang yang bernama Chegu Bard diatas arahan Ketua Pembohong Anwar Ibrahim dengan tujuan untuk menjatuhkan kredibiliti Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak.

Ianya juga untuk mengaburi mata rakyat agar kes liwat, video seks, jam tangan Omega dan segala pembohongan Anwar terhadap rakyat tertutup.


Memang menjadi resam pembangkang mengaibkan orang lain demi kepentingan diri sendiri, tidak kiralah sama ada perkara itu salah disisi agama mahupun tidak mereka akan sentiasa memutarbelitkan fakta agar rakyat yang kurang pemahaman dapat ditipunya..

Jika dinilaikan peranan Ketua Pemuda Umno dengan Ketua Ketua Lanun PAS dan PKR dalam isu kebajikan rakyat, kita boleh lihat dimana Ketua Pakatan Pembangkang tampak jauh ketinggalan.

Ketua Pemuda PAS dan PKR diibaratkan seperti perumpamaan hidup segan mati tak mahu...

Semalam di Kuantan Pahang… Pemuda Barisan Nasional (BN) menyasarkan seramai 30,000 orang akan mengunjungi Karnival Kerjaya Pemuda BN yang diadakan yang menawarkan lebih 6,000 jawatan kosong dalam pelbagai bidang.

Dalam pada itu Karnival Hartanah akan diadakan selama tiga hari bermula 29 Julai ini di Kuala Lumpur.

Karnival itu katanya bagi memberi ruang kepada belia dan orang ramai meninjau sektor hartanah khususnya kediaman yang dipasarkan oleh syarikat perumahan di negara ini.

Ketua Pemuda KJ, menyifatkan pihaknya akan menjadikan program tersebut sebagai acara tahunan kerana ia adalah salah satu usaha Pemuda BN menyumbang bakti kepada masyarakat.

Apa Pakatan Pembangkang buat untuk rakyat? BERSIH? Perhimpunan Haram BERSIH yang berjaya memburukan nama Malaysia di mata dunia!

Friday, July 15, 2011

5 Penampar Tapak Tangan Untuk Khalid Ibrahim, Azmin Ali dan Hassan Ali

Lima penampar tapak tangan harus di berikan kepada tiga pemimpin Pakatan Pembohong yang bernama Khalid Ibrahim, Azmin Ali dan Hassan Ali... Mereka hanya pandai menaburkan kata kata manis tapi habuk pun tarak!

Tengoklah banner ni... dah hampir 2 tahun tersadai di Pinggiran Gombak, mencemarkan keindahan kawasan tersebut...


Kotor, terbiar... MB dan Ahli Parlimen pemalas, tak turun padang.. tak sedar apa yang berlaku dikawasan mereka! mereka tidak buat kerja....
Korang tengok muka dia pun dah tak nampak!


Janji manis dia banner tersebut ialah:

1.Pemulihan dan pembersihan Sungai Klang untuk menjana pembangunan hartanah : Kejayaan: berjaya membiak nyamuk AEDES pembawa wabak demam denggi yang terbesar di Selangor.

2.Perluasan sistem pangkalan pengankutan awam : Kejayaan: HAMPEH!

3.Program pembangunan semula kawasan terbiar di Petaling Jaya Klang & Gombak : Kejayaan: Pasir dicuri oleh penyangak penyangak haram...

4.Pembangunan semula projek projek terbengkalai : Kejayaan tunggu PRU ke 13 nanti... ada udang disebalik batu!

5. Program peningkatan hasil penanaman padi. Kejayaan : Berjaya buat lawak BANGANG!