Monday, July 18, 2011

Video: Pendemo Bersih Di UK Hanya 30 Orang Sahaja... Puak Pembangkang Spin 300 Orang?


Ramai sungguh yang berdemo di London rupanya... bila dikira adalah 30 orang... Syabas anda berjaya memalukan negara anda sendiri! Akai tarak! Apa pun tak boleh!!

You Tube: http://youtu.be/zw8ylW4HvGc


You Tube: http://youtu.be/5gE_U2mvjV4

Mereka bertindak keterlaluan... Bodoh, Biadap dan Kurang ajar!
Kalau  tak puas hati lagi... Jangan balik Malaysia.. 

Sunday, July 17, 2011

Dr Lo' Lo' Menghembuskan Nafas Terakhir Jam 10.15 Malam


Ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang kira-kira jam 10.15 malam ini.

Jenazah beliau kini sedang diusahakan untuk dibawa ke Masjid Al-Akram, Dato Keramat.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof.


Maklumat berkenaan kematian itu juga turut dimuatkan pada laman Facebook dan Twitter Allahyarhamah.

Beliau sebelum ini menerima rawatan akibat kanser. Al Fatihah... Semoga roh Allahyarhamah di tempatkan bersama roh-roh orang yang beriman.

PAS 'Sujud' Perintah DAP Part II


Exco Pemuda UMNO Malaysia, Lokman Nor Adam hari ini menyelar Puak PAS yang menarik balik cadangan larangan ke atas pusat hiburan daripada beroperasi sepanjang bulan Ramadhan.

"Akhirnya PAS terbukti sebagai Parti yang berkiblatkan DAP. Dalam kenyataan Hj Hadi tadi, beliau menegaskan bahawa PAS tarik balik larangan pusat hiburan beroperasi pada bulan ramadhan."

"Dulu beria beria nak tutup semua pusat hiburan jika dapat memerintah. Sekarang tutup bulan ramadhan pun tak boleh takut DAP marah."

"Amat menyedihkan. Lain kali jangan janji perkara yg tak mampu kamu lakukan." Kata Lokman.

PAS sudah tidak lagi memperjuangkan Islam demi menjaga hati parti sekutu mereka. Pas lebih Takut DAP dari Allah. Fikir fikirkanlah...

PAS 'Sujud' Perintah DAP Part I http://bit.ly/prfeAg

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone