Sunday, August 7, 2011

Khabar Angin Rombak Exco Kerajaan Negeri Pahang Tidak Benar


Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob menafikan khabar angin kononnya beliau akan melakukan rombokan kecil exco negeri tidak lama lagi.

Beliau menegaskan, tiada sebab untuk melakukan rombakan tersebut memandangkan semua anggota exco telah menjalankan tugas dengan baik.

“Soal rombakan exco tidak timbul sama sekali. Saya berpuas hati dengan semua anggota exco dan wakil rakyat Barisan Nasional (BN).

“Berita tersebut mungkin sengaja digembar-gemburkan atau hanya cakap-cakap kedai kopi yang tidak boleh dipakai,'' katanya kepada pemberita selepas majlis Titipan Kasih di masjid Sultan Haji Ahmad Shah di Kampung Simpang Pelangai semalam.

Jangan tak tahu politik kedai kopi pun sama hebat dengan politik di Parlimen, boleh gegar satu negara bro...

Tangguh! : Anwar Sentiasa Elak Bela Diri, Sebab Tiada Alibi


AIDCNews – Sejak Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah memutuskan Datuk Seri Anwar Ibrahim membela diri pada 16 Mei hingga ke hari ini, Ketua Umum PKR itu dilihat berusaha mengelakkan dirinya daripada tampil ke mahkamah untuk memberikan keterangan.

Sudah dua kali mahkamah telah menetapkan tarikh untuk Anwar membela diri namun kedua-duanya dirombak oleh pihak Anwar dengan permohonan-permohonan baru supaya akan wujud bicara dalam bicara sehingga berjaya mengelakkan Anwar tampil beri keterangan bela diri.


Kali pertama, mahkamah tetapkan pada 6 Jun hingga 30 Jun, namun empat hari menjelang tarikh membela diri, pada 2 Jun, Anwar membuat permohonan baru untuk menggugurkan hakim. Klik di sini

Pada 6 Jun, hakim membuat keputusan tidak akan mengundurkan diri kerana tiada merit dan ini merupakan percubaan ketiga Anwar mahu menggugurkan hakim.

Bagaimanapun, Hakim Mohd Zabidin membenarkan permohonan barisan pembelaan untuk menangguhkan perbicaraan kes tersebut selama 37 hari sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan.

Mahkamah menetapkan pada 13 Julai untuk prosiding bermula semula.
Klik di sini dan di sini

Pada 6 Julai, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Anwar terhadap keengganan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah supaya menarik diri daripada mendengar perbicaraan liwatnya.

Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Hasan Lah membuat keputusan tersebut setelah menimbangkan hujah-hujah pihak peguam bela dan pendakwa raya.

“Kami berpendapat tidak ada sebab kami tidak bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi pada 6 Jun lalu,” katanya.

Susulan keputusan mahkamah menolak rayuan itu, peguam bela Anwar, Karpal Singh memohon mahkamah menangguhkan sebutan pada 13 Julai ini.

Bagaimanapun, Hasan tidak membenarkan permohonan Karpal tersebut. Klik di sini, sini dan di sini
Anwar berjaya menangguhkan diri daripada membela diri dengan permohonan menggugurkan hakim selama 40 hari iaitu dari 2 Jun hingga 13 Julai.

Pada 13 Julai, mahkamah sekali lagi menetapkan tarikh baru untuk Ketua Umum PKR itu membela diri iaitu dari 8 Ogos hingga 26 Ogos.

Namun 14 hari sebelum tarikh Anwar membela diri pada pada 26 Julai dan 1 Ogos Ketua Umum PKR itu membuat dua lagi permohonan baru untuk menemu bual 15 saksi terlebih dahulu, sebelum beliau membela diri. Klik di sini dan sini

Nampaknya Anwar kembali mengulangi taktik lama seperti yang pernah dilakukan pada 6 Jun lalu iaitu membuat permohonan baru untuk mengelakkan dirinya memberi keterangan.

Bermakna pada 8 Ogos, sepertimana yang ditetapkan Anwar membela diri terpaksa ditangguhkan kerana mahkamah terpaksa membicarakan kedua-dua permohonan Anwar untuk mendapatkan 15 saksi tersebut.

Persoalannya kenapa Anwar kelihatan keberatan untuk membela diri ?

Kenapa beliau sentiasa mengelak dan sentiasa mencari helah untuk menangguh-nanguhkan kes ?

Sebab yang paling besar adalah Anwar Ibrahim tidak ada alibi untuk mempertahankan dirinya. Klik di sini dan sini

Kita tunggu apa langkah Anwar seterusnya…

sumber AIDC

Plat No “KDA 1” Bernilai RM112,200


Nombor pendaftaran kenderaan “KDA 1” mencatat sejarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah sebagai nombor yang paling tinggi dibida iaitu dengan harga RM112,200 oleh individu kenamaan di negeri ini.

Pengarah JPJ Kedah, Ahmad Musadad Sulaiman berkata, selain “KDA 1”, antara nombor pendaftaran lain yang dibida dengan harga yang tinggi ialah “KDA 11” dengan nilai RM18,480; “KDA 212” (RM11,100) dan “KDA 118” (RM1,010).

“Sambutan yang diterima daripada orang ramai sangat menggalakkan dan ramai yang beratur di kaunter bermula 8.30 pagi hingga 5.30 petang.

“Jumlah kutipan yang diperoleh oleh JPJ daripada nombor “KDA 1” hingga “KDA 9999” ialah RM762,601.90," katanya selepas merasmikan kaunter online JPJ di Stadium Darul Aman di sini semalam.

Menurutnya, nombor pendaftaran KDA telah habis ditempah dan kini nombor pendaftaran KDB pula dibuka untuk tempahan mulai Rabu ini hingga 17 Ogos.

Tunggu tunggu..! Aku pun nak tempah KDA 916 Untuk Anwar Ibrahim
"Bodek Sikit Supaya Dapat Jadi MB Kedah Lantikan..."