Friday, August 12, 2011

PAS Berpecah!! Pemimpin Pas ‘Anwarinas’ Serang Nasrudin!


Selepas Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali menjadi mangsa kecaman pemimpin Pas ekoran sokongannya terhadap Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memeriksa gereja Methodist di Damansara Utama baru-baru ini, nasib yang sama dipercayai menimpa Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan.


Nasrudin dipercayai menerima kecaman serta tekanan hebat daripada pemimpin Pas terutamanya golongan ‘Anwarinas’ iaitu kumpulan yang menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tindakan itu dilakukan selepas Nasrudin mengeluarkan kenyataan keras kelmarin, bahawa Dewan Pemuda Pas Pusat akan tetap mempertahankan akidah umat Islam daripada dirosakkan, sekalipun dengan darah dan nyawa.

Ia diperkukuhkan lagi dengan status terkini Ketua Dewan Pemuda Pas itu di laman Facebooknya yang membayangkan beliau sedang ‘diserang’ apabila berkata: “Tidak mudah untuk kita memperjuangkan Islam. Kadang-kadang cabaran dalaman lebih perit dialami berbanding cabaran luaran. Ya Allah, Engkau berilah aku kekuatan,”.

Kelmarin, Nasrudin melalui laman blognya, http://www.eperjuangan.com , dilihat memberi ‘kejutan’ bermakna kepada pucuk pimpinan Pas yang sebelum ini takut untuk bersuara, apabila menyeru umat Islam bersatu di bawah payung akidah bagi memastikan tiada ruang yang membolehkan musuh Islam menyelinap masuk.

Lebih menambahkan kemarahan kumpulan ‘Anwarinas’ apabila beliau berkata: “Harga akidah tidak boleh dibayar dengan nilai sebuah atau lebih kerusi Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN), tidak boleh ditebus dengan jawatan bertaraf menteri atau wakil rakyat, sebaliknya nilai akidah, taruhannya ialah darah dan nyawa,”.

Dalam pada itu, tidak cukup dengan status tersebut, Nasrudin juga dilihat cuba meluahkan tekanan yang sedang dilalui akibat mengambil pendirian berbeza berbanding pucuk pimpinan Pas, melalui satu lagi status terdahulu yang penuh dengan maksud tersirat.

“Aku cuba berlari di kaki pelangi, mengukur jarak berbanding masa. Aku cuba gapai warna-warni, akhirnya akur ditipu fatamorgana. Begitulah realiti sisa umur di alam ini. Moga nur hidayah Ilahi dapat aku gapai, menyuluh lorong gelap dan kelam menuju mahligai berseri bidadari, satu destinasi yang tidak dijangkau pelangi,” katanya.

Sementara itu, cubaan Utusan Malaysia untuk mendapatkan penjelasan Nasrudin sendiri berhubung dakwaan beliau sedang ditekan dan dikecam oleh pucuk pimpinan Pas, termasuk apa maksud sebenar di sebalik status Facebook gagal kerana telefon bimbitnya dimatikan.


Rakan-rakan yang berada dalam parti PAS yang mempunyai kesedaran tu saya ucapkan "Welcome To UMNO". Marilah kita berjuang bersama untuk Islam bukan untuk ‘Anwarinas’!
Allahu Akbar Takbir!!!
Allahu Akbar Takbir!!!
Allahu Akbar Takbir!!!

Perhimpunan Aman Anti Murtad Di Shah Alam Selepas Solat Jumaat


Satu perhimpunan aman isu murtad akan diadakan di sekitar Masjid Negeri Shah Alam hari ini, ianya bagi mempertahankan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berhubung insiden serbuan JAIS ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) Rabu malam ketika berlangsung majlis murtad. 

Penceramah yang hadir Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Nordin.

Kepada rakan-rakan dari parti PAS, PKR yang mempunyai kesedaran digalakkan untuk hadir bersama mempertahankan Islam.

Siar Menu Babi Dalam Juadah Ramadan: Pengarang The Star Khinzir Mungkin Berasal Dari China


Apakah maksud sebenarnya yang tersirat dan tersurat sehingga sanggup siarkan gambar menu BABI di muka hadapan Akhbar The Star yang diberi tajuk 'Ramadan Delights dalam juadah ramdahan!

Adakah Ketua Pengarang The Star tersebut berasal dari China sehingga tidak mengetahui adat resam sebagai rakyat Malaysia??!!!!

Sikap mereka ini di lihat tidak sensitif dan BIADAP terhadap kesucian bulan Ramadan. Panas betul hati aku ketika menulis ketika ini... ok lah bawa bersabar sikit!

Sehubung dengan itu Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah memanggil Ketua Pengarang akhbar The Star kerana menyiarkan artikel mengenai berbuka puasa dengan memuatkan berita tentang restoran tidak halal dalam segmen sisipannya.

Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN Datuk Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata artikel itu dimuatkan dalam sisipan 'Dining Out' akhbar itu dengan 'Ramadan Delights' sebagai tajuk muka depan.

Beliau berkata kementerian ingin menyatakan kesalahan akhbar itu berikutan tindakannya yang tidak sensitif kerana menyiarkan artikel berkenaan.

Beliau berkata akhbar tersebut telah mengakui kesilapan dan akan menyiarkan kenyataan memohon maaf di atas perkara itu.