Friday, August 19, 2011

PAS Fitnah Warga Tua Pulak Dah!

Tak habis-habis puak PAS dengan pembohongan mereka... Ingat bulan puasa setan yang menyesatkan Puak PAS diikat rupanya merekalah setan yang sebenarnya...

'Sampai hati Pas fitnah saya'



"Ya Allah, sampai hati depa gunakan nama saya. Saya tuntut depa minta maaf kerana buat fitnah terhadap saya pada bulan Ramadan."

Demikian luahan kekesalan seorang daripada dua Besah binti Mat (450713-09-5010) ketika ditemui Sinar Harian di Taman Gasing, Jejawi Batas, di sini semalam dalam misi menjejak kebenaran susulan dakwaan Pemuda Pas bahawa berlaku penyelewengan data pilihan raya membabitkan tiga individu yang masing-masing didakwa memiliki dua kad pengenalan.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan kecurigaan Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pemuda Pas, Suhaiza Kaiat apabila mendapati dua individu bernama sama dengan nombor kad pengenalan yang hanya berlainan pada dua digit terakhir didaftarkan sebagai pengundi di tempat berbeza.

Masih tergamam apabila Sinar Harian memaklumkan nama dan maklumat peribadinya didedahkan dalam akhbar, Besah mengakui tidak menyangka dirinya didakwa mengundi dua kali di tempat berasingan.

Menurutnya, dia hanya mengundi di Alor Lanchang, di sini bersama suaminya, Meh @ Bahari Yaakob, 73, pada setiap pilihan raya dan tidak pernah menukar daerah mengundi.

"Saya berasal dari Bohor Mempelam, Arau sebelum berpindah ke Jejawi Alor Lanchang setelah berkahwin pada usia 16 tahun.

"Kami sekeluarga tidak pernah berpindah keluar dari kawasan Jejawi Batas dan sekiranya saya didakwa mengundi dua kali di kawasan lain, itu bohong," katanya.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Majlis Berbuka Puasa Perdana Pemuda UMNO - Pemuda Rai Golongan Kurang Bernasib Baik


Sempena bulan Ramadhan, Pergerakan Pemuda Umno Malaysia telah meraikan anak-anak yatim, ibu-ibu tunggal, warga-warga emas dan orang kurang upaya (OKU) pada Majlis Berbuka Puasa Perdana Pemuda UMNO.

Majlis Berbuka Puasa Perdana Pemuda yang berlangsung semalam, Khamis, bertempat di Dewan Masjid Wilayah, Jalan Duta, tersebut dirasmikan oleh Naib Presiden Umno, Datuk Seri Zahid Hamidi .


Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin memberi ucapan serta meraikan 800 anak-anak yatim, OKU serta ibu-ibu tunggal, warga-warga emas.


Khairy bersama Naibnya, Datuk Razali Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada warga tua, anak-anak yatim, Ibu tunggal dan OKU.

Khairy memberitahu program Pemuda UMNO bersama golongan penerima sumbangan bukan sahaja dilakukan di ibu kota sahaja tetapi meliputi negeri-negeri lain.

“Saya bersama Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Razali Ibrahim telah menjelajah ke negeri-negeri untuk menyampaikan sumbangan tersebut dibawah nama 'Jom Ramadhan',” jelas beliau.

Menurut Khairy, melalui program 'Jom' yang dimulakan tahun lepas, Pemuda UMNO Malaysia telah menjelajah ke setiap kawasan Parlimen bagi mengadakan khidmat bakti melakukan kerja-kerja membaiki rumah-rumah orang miskin yang rosak bumbung, lantai, membina tandas, bilik mandi dan membaiki dapur.

Katanya, “kita bekerjasama dengan Giatmara melakukan kerja-kerja baikpulih rumah yang terpilih dengan purata perbelanjaan RM5000. Tahun lepas dibawah Jelajah 1Malaysia Pemuda Barisan Nasional (Jom Pemuda BN) telah berjaya membaikpulih tidak kurang 500 buah rumah seluruh negara.”

Bagaimanapun, di bulan Ramadhan ini, kata Khairy, “Pemuda UMNO mengambil pendekatan membaikpulih sebuah surau untuk satu negeri dan ianya telah berjalan lancar, ianya juga mendapat kerjasama dengan Giatmara. Setakat ini kerja-kerja baikpulih surau itu telah dilakukan di Melaka, Johor, Perak, Negeri Sembilan dan Terengganu.


Syabas Pemuda Umno Malaysia, usaha membantu golongan yang kurang bernasib baik dan berkemampuan adalah suatu amal kebajikan yang perlu dilaksanakan dari masa ke semasa.


Amalan mendekatkan diri dengan golongan tersebut merupakan sesuatu aktiviti yang amat baik apatah lagi pada bulan Ramadan.

Politik Harian/Bro Jinggo

Pas gagal jadi Talam Dua Muka JAIS Dan Gereja Di Selangor - Ungku Salleh


Setelah dibidas oleh pelbagai pihak termasuk Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang menggelarkan Pas sebagai dayus berhubung polemik Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Gereja Methodist di Damansara baru-baru ini, Pemuda Selangor pula hari ini tampil dengan melihat Pas sebenarnya sedang mencari dahan untuk berpaut sebelum mengeluarkan pendirian rasmi.

Ketua Pemuda Selangor, Ungku Salleh Ungku Jamal berkata perkara itu boleh dilihat daripada tindak-tanduk Pas yang seolah-olah “hidung tak mancung pipi tersorong-sorong” apabila seolah-olah dilihat tidak dilayani oleh pihak Gereja mahu pun pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Menurut beliau persoalan yang timbul ialah kenapakah kedua-dua pihak menganggguhkan perjumpaan dengan pucuk pimpinan Pas yang hari ini nampak terserlah cuba bermain wayang semata-mata untuk menjaga kepentingan politik mereka khususnya di kalangan pengundi bukan Islam.

“Saya cukup hairan…Apakah kedua-dua pihak yang terlibat dalam isu berkenaan tidak yakin dengan Pas tatkala parti itu cuba mencari dahan untik berpaut sebelum mengeluarkan kenyataan rasmi.

“Mungkin atas faktor sikap talam dua muka pihak JAIS dan Gereja masing-masing hingga ke hari ini tidak mencapai kata sepakat untuk mengakan perjumpaan dengan pucuk pimpinan Pas,”katanya.

Sejak tercetusnya polemik JAIS dan Gereja Methodist di Damansara baru-baru ini, Pas sehingga kini mengambil sikap berdiam diri dan mereka terus diasak oleh pelbagai pihak termasuk Ketua Pemudanya sendiri, Nasaruddin Tantawi agar megeluarkan pendirian.

Mereka kononnya mahu memberikan keadilan kepada semua pihak apabila mahu mengadakan pertemuan terlebih dahulu dengan JAIS dan pihak Gereja sebelum mengeluarkan sebarang pendirian rasmi.

Namun hingga ke hari ini baik daripada pihak JAIS mahu pun pihak Gereja Methodist, masing-masing menagguhkan pertemuan dengan pucuk pimpinan Pas dengan alasan tertentu.

Mengulas lebih lanjut, Ungku Salleh yang juga Ketua Pemuda Serdang seterusnya menambah Pas hari ini bukan sahaja tidak bermaruah, malah lebih daripada itu apabila membiarkan Islam diperkotak-katikkan oleh pihak lain.

“Soal beliau apakah DAP begitu berkuasa…Apakah PKR cukup bertenaga hinggakan Pas seolah-olah kelu dalam memperkatakan hal berkenaan yang mana ianya merupakan maruah umat Islam.

“Berpolitik ada batasnya…Janganlah kerana politik, Serban dan Kopiah yang dipakai sekadar alat untuk menghiaskan badan semata-mata,”katanya. -Pemuda Umno