Wednesday, September 7, 2011

YB PAS Penceramah Tidak Bertauliah, JAIS Ambil Tindakan Terhadap Khalid Samad!


Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad akan dihadapkan ke Mahkamah Syariah Klang pada 24 November ini atas dakwaan menyampaikan ceramah tanpa tauliah di sebuah surau, bulan lalu.

Beliau hadir di pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kira-kira pukul 10 pagi ini untuk memberikan keterangan terhadap tuduhan yang didakwa dilakukannya di sebuah surau di Taman Seri Sementa, Kapar, Klang.

“Memang saya hadir untuk berikan keterangan kepada JAIS pagi ini kerana didakwa memberi ceramah agama tanpa tauliah dan saya difahamkan sebutan kes akan didengar di Mahkamah Syariah Klang, 24 November ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Khalid yang juga Timbalan Pesuruhjaya II Pas Selangor mendakwa kehadirannya di surau berkenaan hanya mengadakan ceramah mengenai Islam sahaja.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam JAIS, Nur Hamizah Othman ketika dihubungi menyatakan Ahli Parlimen itu dipanggil oleh Bahagian Penguat Kuasa JAIS hari ini bagi membantu siasatan mengenai kes itu.

Bagaimanapun katanya, buat masa ini JAIS tidak menetapkan sebarang tarikh untuk perbicaraan Khalid di mahkamah memandangkan siasatan atas dakwaan itu masih lagi berjalan dan sedang dalam proses untuk disiapkan.

“JAIS menerima aduan daripada orang ramai atas dakwaan Ahli Parlimen (Khalid) itu menyampaikan ceramah tanpa tauliah. JAIS memanggil beliau pada pagi ini untuk memberi keterangan,” katanya.

Seksyen 119, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 memperuntukkan bahawa individu yang mengajar agama Islam atau perkara-perkara tentang Islam tanpa tauliah di bawah Seksyen 118, melakukan kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Dalam pada itu difahamkan, tauliah mengajar yang diterima oleh Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr. Rani Othman pada tahun lalu tidak disambung oleh JAIS setelah tamat tempohnya bulan lalu.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone 

Khairy Buru Mat Sabu! "Anytime Mat"

KJ: Saya tunggu Mat Sabu. Dia setuju atau tak setuju, saya tetap bersedia.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata, bukan beliau yang hendak sangat berdebat mengenai kontroversi kenyataan berkenaan tragedi Bukit Kepong, tetapi dijemput oleh kerajaan negeri Kelantan untuk menjayakan program mereka.

Sehubungan itu kata Khairy, beliau tetap menanti kemunculan Mohamad Sabu, yang merupakan punca kontroversi semasa, untuk berdebat dengannya walaupun sudah ada tiga tawaran lain sekarang manakala timbalan presiden PAS itu sendiri enggan berhadapan dengannya.

"Bukan saya yang nak, tapi saya dijemput asalnya untuk debat Mat Sabu (Mohamad Sabu) oleh kerajaan Kelantan," katanya.

Terdahulu Khairy menyifatkan Mat Sabu sebagai bacul dan tidak bermaruah selepas tidak mahu berdebat denganya juga berkata, beliau sudah menganggap debat yang hendak diadakan tidak akan menjadi kenyataan.

"Saya anggap tiada debat akan berlaku sebab tawaran asal itu ditarik balik oleh PAS sendiri," katanya lagi.

Khairy memberikan penjelasan terperinci dalam 12 mesej yang dihantar menerusi Twitter sekitar 4.30 hingga 5 petang semalam.

Dua jam sebelum itu, Pemuda PAS pusat menghantar surat jemputan untuk berdebat dengan Pemuda Umno.
Surat yang dialamatkan kepada Khairy diserahkan oleh Setiausaha Pemuda PAS Khairul Faizi Ahmad Kamil kepada Penolong Setiausaha Pemuda Umno Datuk Megat Firdouz Megat Junid di Pejabat Pemuda UMNO.

"Sekadar memberi penjelasan dan perkembangan terkini tentang isu debat... semua ini bermula bila saya dijemput oleh kerajaan Kelantan untuk debat dengan Mat Sabu.

"Saya setuju dengan jemputan tersebut. Pengajur pernah jemput saya debat (dengan Exco Kerajan Negeri Kelantan, Datuk Paduka) Husam Musa beberapa tahun lepas," kata Khairy merujuk kepada wacana yang berlangsung di Kota Baru.

Khairy juga berkata Mat Sabu yang tidak mahu "berdebat (dengan) saya dan menolak perkara ini kepada Pemuda PAS."

Khairy menambah, kerajaan Kelantan juga memaklumkan kepadanya bahawa PAS pusat tidak membenarkan Mat Sabu debat dengannya.

"Sekarang tawaran (Ahli Parlimen Shah Alam) YB Khalid Samad pula. Jadi, sekarang Mat Sabu tolak ke (kepada) Pemuda PAS Johor, Pemuda PAS pusat pun hantar surat debat saya dan YB Khalid Samad ditawarkan. Tiga tawaran!" kata Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau.

Bagaimanapun kata Khairy, bagi beliau yang penting Mohamad sebab beliau adalah punca kepada kontroversi semasa.

"Mereka nak tawar orang lain tak pa, tapi asal KJ (Khairy) melawan Mat Sabu," katanya lagi.

Mengenai debat dengan Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan dan Khalid, Khairy berkata, beliau sudah pun 'debat' atau 'berforum' dengan kedua-dua mereka masa dulu tentang pelbagai isu.

"Jadi, tak timbul isu saya tak nak berdepan dengan mereka. Perkara itu sudah berlaku. Lawan (Nasrudin) Tantawi di Sinar (Harian) dirakam dan ada di YouTube.

"Kali ini saya hanya mahu debat dengan Mat Sabu. Sebab dia punca kontroversi dan itu juga jemputan asal dari kerajaan PAS Kelantan," katanya.

Kata Khairy, beliau tetap akan menanti kehadiran Mohamad dan sama ada "dia setuju atau tak setuju, saya tetap bersedia."

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, September 6, 2011

Hantu Bonceng Power Siut... Sampai Nurul Izzah Pun Nak Bonceng Sama!


Memang mantop! kaya lah ko Zizan lepas ni... makin ramai pengarah filem akan ambil Zizan sebagai pelakun utama selepas ini... rezeki bro...

Hantu Bonceng, filem ke-23 karya pengarah terkenal, Ahmad Idham Ahmad Nadzri, mencipta sejarah kutipan tiket terbesar pada musim perayaan dengan jumlah RM5 juta dalam tempoh lima hari tayangan dengan purata kutipan tiket sebanyak RM1 juta untuk setiap hari tayangan.

Filem yang dibintangi oleh Zizan Razak, Juliana Evans, Jue Aziz, Dottie, Tai dan Zahid AF itu mula ditayangkan pada 31 Ogos lalu di 80 pawagam secara serentak di seluruh tanahair, Singapura dan Brunei.

Hantu Bonceng masih lagi hangat berdesup ‘membonceng’ di 80 pawagam tanahair, Singapura dan Brunei, dengan kebanyakkan pawagam dibanjiri penonton yang ingin mendapatkan tiket.



Ini pula cerita terbaru, Nurul Izzah juga nak buat filem besar bergandingan dengan Wardina... hasratnya ini disampaikan melalui twitternya sendiri.. Tu dia, Nurul Izzah nak jadi hantu bonceng jugak...

Masej yang akan disampaikan dalam filem tersebut adalah semata-mata untuk berkempen beb! lain-lain masej ialah Papa Hebat dan selamatkan Papa! hahaha.....

@n_izzah

Nurul Izzah :
"@imShahidah: Awesome project coming up!Watch dis trailer #undilah by @PeteTeo feat @WardinaSafiyyah @n_izzah AfdlinShauki & more

14 hours ago via Twitter for BlackBerry®
 
C'mon... Datuk Ahmad Maslan, bagi la aku bajet sikit... aku pun nak buat filem hantu bonceng hahaha....

Telor Mat Sabu Hilang....


Mat Sabu serah Pemuda PAS 'urus' KJ

Malaysiakini:  Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menyerahkan tugas kepada Pemuda PAS Johor untuk berdebat dengan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berhubung isu sekitar peristiwa Bukit Kepong dan sejarah prakemerdekaan.

Mana pergi telor Mat Sabu... baca di sini...

Dokumen Sejarah Yang Menunjukkan PAS Alat Komunis



- Sumber : Ancaman Kepada Perpaduan Umat Islam dan Keselamatan Negara, Kementerian Dalam Negeri, 8 November 1984. Sejarah memang terukir bahawa PAS pernah ditipu oleh Komunis. Sama-sama kita perhalusi bukti ini.

Info: My Massa

KJ Said "Mat Lu Bacul..." : Kerajaan Pas Kelantan Sahkan Jemput Khairy-Mat Sabu Berdebat


Kerajaan Pas Kelantan mengesahkan telah menghantar jemputan rasmi kepada Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu untuk berdebat berhubung isu sejarah tragedi serangan pengganas komunis ke atas balai polis Bukit Kepong yang menjadi kontroversi ketika ini.

Timbalan Exco Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi negeri, Ahmad Baihaqi Atiqullah berkata, perkara itu telah dimaklumkan kepada kedua-dua pihak berkenaan melalui e-mel semalam.

Beliau berkata, pihaknya bercadang mengadakan debat tersebut di Balai Islam Lundang tetapi tarikh belum ditetapkan kerana sedang menunggu persetujuan daripada kedua-dua belah pihak.

"Kita belum mendapat jawapan rasmi daripada kedua-dua belah pihak. Kita akan maklumkan perkara ini selepas mendapat maklum balas daripada pihak berkenaan.

"Setakat ini Khairy secara tidak rasmi telah mengesahkan untuk hadir pada debat tersebut melalui laman twitternya manakala Mohamad tidak ada sebarang jawapan lagi," katanya ketika dihubungi.

Bagaimanapun sebuah portal propembangkang melaporkan Mat Sabu seolah-olah menolak jemputan itu dan telah menyerahkan soal debat tersebut kepada Pemuda Pas.

Sementara itu, Ketua Pemuda Pas Johor, Suhaizan Kayat dalam kenyataan akhbar hari ini, turut menawarkan diri bagi menggantikan Mat Sabu untuk meneruskan perdebatan tersebut. -UM

Pas pilih Timbalan Presiden yang bacul dan tiada maruah. Takut sebab salah dan tewas sebelum tempur. Baca di sini kenyataan KJ...