Monday, September 19, 2011

Video Seks 99.99% Anwar Ibrahim



Klip video berwarna yang menunjukkan 99.99% Datuk Seri Anwar Ibrahim memasuki lif sebuah pangsapuri tempat ketua pembangkang itu melakukan hubungan seks dengan seorang perempuan warga China.

Rakaman berdurasi selama 1:50 minit ini dimuat naik hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipercayai diperoleh dari pangsapuri berkenaan.

Dalam klip ini turut kelihatan ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang sebelum ini mengaku bertanggungjawab terhadap pendedahan video hubungan seks melibatkan Anwar dengan wanita tersebut.


Dalam klip video itu tertera waktu 10.09 malam 21 Februari lalu, menunjukkan dua individu termasuk Anwar memakai baju kemeja lengan pendek dan seluar panjang gelap serta sandal.

Individu yang didakwa Shazryl Eskay pula memakai baju lengan pendek dan seluar gelap memasuki salah satu daripada tiga lif di pangsapuri itu.

Di akhir babak tersebut, kelihatan lelaki yang didakwa Anwar keluar dari lif dipercayai selepas selesai melakukan hubungan seks.

MB N9 Ajak Bersatu Untuk Terus Berjaya

Mohamad Hasan dan Khairy Jamaluddin (kiri) menyenduk hidangan untuk orang ramai pada sambutan Hari Raya Aidilfitri di Taman Tuanku Ja'afar, kelmarin.

Sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-54, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan mengajak rakyat di semua peringkat di negeri ini bersatu padu dan menghentikan pertelingkahan.

Beliau berkata, ia bagi membolehkan negeri itu dan negara mencapai kejayaan dan membawa pembangunan dalam semua aspek yang lebih hebat dan tinggi pada masa depan.

“Yakinlah di atas asas semangat perpaduan ini sahajalah yang akan menjamin masa depan kita hidup dalam keadaan aman, damai dan sejahtera pada hari ini,” katanya ketika berucap pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri dan kemerdekaan ke-54 bersama penduduk Taman Tuanku Ja‘afar kemarin.

Turut hadir, Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chembong, Zaifulbahri Idris; ADUN Kota, Datuk Dr. Awaludin Said; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Nilai, Datuk Abdul Halim Abdul Latiff dan Setiausaha UMNO Bahagian Rembau, Datuk Azman Hasan.

Mohamad berkata, perpaduan antara rakyat amat penting bagi membolehkan kerajaan meneruskan agenda pembangunan dan membasmi kemiskinan serta membina masyarakat majmuk yang maju, progresif dan saling bergantung antara satu sama lain.

Katanya, rakyat juga perlu bersatu menghalang orang yang cuba memecah-belahkan masyarakat dengan menyebarkan hasutan dan fitnah yang keterlaluan dalam percubaan mereka untuk melihat rakyat bercakaran sesama mereka.

“Ia termasuk pihak yang sengaja menimbulkan polemik dalam percubaan mereka untuk mengiktiraf pengganas komunis sebagai pejuang kemerdekaan.

“Ia adalah fitnah yang besar kerana mana mungkin pejuang yang mempertahankan tanah air serta pasukan keselamatan tiba-tiba dinafikan jasa dan pengorbanan mereka hanya disebabkan tamak dan haloba pihak yang berkenaan mahukan kuasa,” katanya.

Kes Liwat Anwar: Pakar Asing Dijangka Terus Pertikai Keterangan Pakar Tempatan


Prosiding pembelaan dalam kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bersambung hari ini di Mahkamah Tinggi dengan pakar asid deoksiribonukleik (DNA) dari Australia, Dr. Brian McDonald dijangka terus mempertikaikan keterangan dua ahli kimia tempatan.

McDonald iaitu pakar asing kedua yang ditampilkan oleh barisan pembelaan Ketua Pembangkang itu seperti keterangannya sebelum ini akan 'mencari kesilapan' laporan dan ujian yang dibuat oleh Dr. Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon demi mematahkan keterangan kedua-dua saksi pendakwaan tersebut.

Perunding Molecular Genetic System, Australia itu sehingga kini telah memberi keterangan di peringkat pemeriksaan utama oleh peguam bela, Ramkarpal Singh selama dua hari mulai 25 dan 26 Ogos lalu.

Apabila selesai peringkat tersebut, saksi pembelaan keempat itu akan disoal balas pula oleh pasukan pendakwaan sebelum pemeriksaan semula oleh Ramkarpal.

Semasa McDonald memberi keterangan, Lay Hong yang merupakan Ketua Unit Jenayah Berat, Bahagian DNA Divisyen Forensik, Jabatan Kimia turut hadir bagi membantu pasukan pendakwaan yang diketuai oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden.

Pada perbicaraan peringkat pendakwaan sebelum ini, Lay Hong mengesahkan terdapat kehadiran air mani Lelaki Y yang merupakan penyumbang utama dalam dubur pengadu, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Nor Aidora dalam keterangannya pula menyatakan bahawa penyumbang DNA tersebut adalah sepadan dengan DNA Anwar.

Anwar, 64, dibicarakan setelah mengaku tidak bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya yang berusia 26 itu di unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Pada 16 Mei lalu, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah memerintahkan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu memberi keterangan bela diri setelah memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie atas pertuduhan tersebut.

Anwar pada 22 Ogos lepas mengejutkan semua pihak apabila memilih untuk memberi keterangan bela diri dari kandang tertuduh tanpa mengangkat sumpah menyebabkan pasukan pendakwaan terlepas peluang untuk menyoal balas Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Beliau yang memfailkan saman fitnah terhadap Mohd. Saiful Bukhari, dua hari selepas pemuda itu membuat laporan polis pada 28 Jun 2008, sebaliknya hanya menggunakan kesempatan membela diri dengan membacakan pernyataan bertulis yang antara lain menyalahkan hakim selain menuduh pasukan pendakwaan tidak profesional.