Sunday, September 25, 2011

Video Seks Terbaru Anwar: Karpal Singh Jangan Terus Membisu - Razali Ibrahim


Dalam kesibukan melayan polimek isu hukum hudud , Karpal Singh tidak harus lupa pada pendedahan dakwaan skandal video seks melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim khususnya CCTV terbaru masuk keluar lif di apartmen di Jalan Ampang,Kuala Lumpur.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim mahu Pengerusi DAP itu turut memberi pendapatnya sebagai seorang peguam.

Razali yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan berkata jika Karpal Singh terus membisu, beliau sebagai seorang ahli politik dan peguam tidak akan berupaya menghormatinya sebagai seorang insan.

"Ini juga akan membuka mata masyarakat tentang kredibiliti, kepakaran dan keikhlasan seorang peguam serta ahli politik veteran bernama Karpal Singh," katanya.

Razali menyatakan demikian kepada wartawan pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediamannya di Kuala Lumpur Sabtu.

Baginya ini merupakan masa paling sesuai buat Karpal Singh tampil memberi penjelasan kepada masyarakat mengenai pendirian dan pendapatnya dalam hal video itu berdasarkan kepakaran dalam undang-undang.

“Dalam budaya kita, diam tanda setuju,”katanya.

CCTV itu memaparkan dua lelaki yang seiras Datuk Sharzly Eskay Abdullah dan Anwar masuk dan keluar lif apartmen itu yang didakwa lokasi adegan video seks dirakam.

Ia dalam bentuk warna.

Pendedahan CCTV itu dan trailer satu babak lain yang dikatakan dirakam di Thailand telah menghangatkan balik isu video seks.

Anwar yang diminta ulas mengenainya bagi alasan beliau enggan layan.-Agendadaily

PERKASA Rentap PAS di Ceramah Mat Sabu #marksabu


Kejadian berlaku ketika Sambutan Aidilfitri dan ceramah timbalan presiden PAS Mohamad Sabu di Seremban malam tadi.

Acara yang dijadual bermula jam 9 malam tetapi setengah jam sebelum itu, dimana penyokong kumpulan pendesak Melayu, PERKASA mula berhimpun di tepi jalan utama yang terletak kira-kira 60 meter dari pentas ceramah.


Mereka membawa sepanduk dan kain rentang seperti "Mat Sabu Pembohong", "Mat Sabu Perosak Bangsa" dan "Mat Sabu Hina Pejuang".

Pada awalnya, keadaan dilaporkan terkawal tetapi apabila Mat Sabu mula menyampaikan ceramah pada jam 10.15 malam, ahli-ahli PERKASA itu didakwa cuba bergerak ke arah pentas.

Mereka bagaimanapun dihalang oleh penyokong PAS dan akibatnya berlaku tolak-menolak dan keadaan menjadi tidak terkawal.

PAS ganas simbah air panas.

Setiausaha PERKASA Negeri Sembilan, Alias Mohamad yang turut hadir semasa kejadian itu semalam, ketika dihubungi berkata bahawa mereka bukanlah anti-PAS tetapi sekadar menyatakan bantahan terhadap Mat Sabu.

Kami bukan menentang PAS secara keseluruhan tetapi hanya menyatakan bantahan kami terhadap Mohamad Sabu yang menyakitkan perasaan banyak anggota tentera.

"Ramai bekas anggota tentera hadir malam tadi dan mereka kecewa dengan kedegilan Mat sabu dan keenggannya meminta maaf berhubung kenyataannya.

"Dia yang diiktiraf komunis dan memartabatkan komunis.

Apabila diminta mengulas mengenai beberapa penyokong PAS yang cedera itu, Alias berkata PERKASA hanya mahu menyerahkan memorandum tetapi dihalang.

"Kami hanya mahu menyerahkan memorandum bantahan tetapi kami telah dihalang oleh penyokong PAS. Ini menyebabkan keadaan panik dan kejadian seumpama itu tidak sepatutnya berlaku.

"Tetapi saya difahamkan seorang daripada ahli kami juga terkena simbahan air panas daripada sumber yang tidak diketahui,” katanya.

Apa Dah Jadi Dengan Projek Baikpulih Jalan Negeri Selangor?


Inilah yang dikatakan projek baikpulih jalan?


Projek di Ijok yang merupakan kawasan DUN yang diwakili oleh MB Selangor Khalid Ibrahim. Baikpulih jalan ni ala kadar sahaja atau dia orang dah kebas duit projek jalan? Baca lagi di sini...