Wednesday, October 26, 2011

Harga Tiket Bola dan Kunjungan Khairy Bersama MB N9 Ke Rumah Terbuka Deepavali


Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin bersama YAB. Dato' Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan (Menteri Besar Negeri Sembilan) serta Ahli-Ahli Exco Kerajaan Negeri Sembilan menghadiri rumah terbuka Deepavali YB Dato' VS Morgan (Ketua MIC Bahagian Rembau, Adun Jeram Padang dan Ahli Exco Kerajaan Negeri Sembilan) di Taman Rantau, Parlimen Rembau.



Harga tiket Bolasepak bukan dibawah kawalan PBNS dan Presiden

Menteri Besar Negeri Sembilan YAB. Dato' Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan dan Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin hari ini mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Deepavali kepada rakan-rakan dan masyarakat yang beragama Hindu di seluruh tanah air khususnya rakyat Negeri Sembilan.

MB juga menyeru seluruh rakyat berkunjunglah dan menziarahi rakan-rakan yang meraikan Deepavali bagi mengeratkan lagi hubungan demi perpaduan.

Disamping itu, beliau menjemput rakyat di Negeri Sembilan terutamanya di kawasan Port Dickson untuk sama-sama memeriahkan lagi Majlis Sambutan Hari Deepavali Peringkat Negeri di Port Dickson pada malam 1 November 2011.

Berhubung harga tiket yang dijual oleh FAM, beliau terkejut dengan keputusan FAM dan peminat turut kecewa tetapi beliau menyatakan bahawa ini di luar kawalan Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan dan juga Presiden Persatuan .

Beliau berharap supaya semua peminat sama-sama turun padang bagi menyokong Bola Sepak Negeri Sembilan pada peringkat akhir, Sabtu ini.

Hobin Jang Hobin!!!

[video] Hantu Muncul Di 7Eleven


Kemunculan hantu dua kali di luar pintu 7E pada 0:40 dan sekali lagi pada 5:38. Kemuncaknya pada 6:56.

Kejadian ini berlaku di Paka, Terengganu sekitar 23-24 Oktober 2011 dan telah di uploadkan di Youtube pada 25 Oktober 2011. Video ini di rakam melalui CCTV kedai dan di rakam semula melalui kamera telefon.

Caught on video. Video fresh dari oven..

*Gambar diatas hanya sekadar hiasan... naik bulu roma aku tengok hantu dalam video ini.

Gaddafi Di Liwat Sebelum Di Bunuh!


Video di bawah memaparkan bagaimana Gaddafi di liwat sebelum di bunuh!



Video URL: http://www.youtube.com/watch?v=OyM4qUL_V8I&feature=player_embedded

Dengan jelas bagaimana satu objek di jolok masuk ke dalam lubang dubur Gaddafi. Berkemungkinan apa yang disumbat itu adalah merupakan pisau atau banet senjata yang menunjukkan darah membasahi seluar Gaddafi yang kelemahan tidak bermaya.

Laporan juga mengatakan Gaddafi telah ditembak oleh seorang tentera bernama Senad El Sadok El Ureybi yang mengaku telah melepaskan tembakan pada kepala dan dada Muammar ketika tentera lain mengheretnya.

Mengapakah manusia ini bernafsukan syaitan sanggup menyiksa mangsanya seperti binatang?? perbuatan ini adalah amat zalim sekali!

Tuesday, October 25, 2011

PAS is Dead! Video Skandal Seks ADUN PAS Didedahkan!


Ikuti kisah yang didedahkan oleh Ustaz Saidi, bekas orang kuat PAS menceritakan tentang skandal seks berlaku secara berleluasa di dalam Parti PAS.

Video URL: http://youtu.be/CRhIO576el8

PAS is Dead!!

Empat Laporan Polis Dibuat Terhadap Lim Guan Eng Di P.Pinang


Sehingga setakat ini, diberitakan sudah terdapat 4 laporan Polis dibuat di Pulau Pinang ke atas Ketua Menteri, Lim Guan Eng. Beliau didakwa merasuah RM 200 ribu kepada mangsa gangguan seksual anaknya serta didakwa melakukan salahguna kuasa sebagai seorang Ketua Menteri.

Hasil temubual pihak UtaraNews bersama beberapa pegawai yang terbabit, dimaklumkan bahawa empat laporan tersebut dibuat oleh orang awam dan ia bertujuan untuk mendesak pihak Polis supaya menjalankan siasatan berkenaan dakwaan yang dikeluarkan oleh beberapa blog pro kerajaan.

Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan kisah sejumlah wang yang dibayar oleh seorang VVIP di Pulau Pinang bagi menutup kelakuan melampau anaknya. Akhirnya didapati, VVIP yang dimaksudkan ialah merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Isu itu menjadi lebih rumit apabila Lim Guan Eng tampil "menyerang" UMNO dan pemimpin-pemimpin tertinggi negara, tetapi sebaliknya berkeras untuk tidak membuat sebarang laporan Polis terhadap blog-blog yang dikatakan melakukan fitnah terhadap anaknya itu.

Beberapa pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat, termasuklah Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang juga bertindak mengecam "politik jijik" blogger-blogger pro kerajaan yang disifatkan sebagai amat keterlaluan kerana mengaibkan keluarga pemimpin Pakatan.

Situasi ini dimarakkan lagi dengan kenyataan dari Timbalan Perdana Menteri dan beberapa Menteri Kabinet yang mendesak supaya Lim Guan Eng segera membuat laporan Polis bagi menyiasat kebenaran. Namun sehingga kini, Ketua Menteri tersebut masih lagi membisu.

Pihak UtaraNews dimaklumkan bahawa berkemungkinan lebih banyak lagi laporan Polis akan dibuat terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang tersebut selepas ini.

Rakyat Pulau Pinang nampaknya sudah tak mampu bersabar untuk mengetahui sama ada dakwaan rasuah RM 200 ribu dan salahgunakuasa Ketua Menteri benar-benar berlaku atau hanya khabar angin semata-mata.-Utara News

Terdahulu: Guan Eng Terdesak Minta Karpal Saman Khairy Jamaluddin