Saturday, October 29, 2011

Penyokong N9 Sudah Mula Membanjiri Stadium Shah Alam!

Mengikut ramalan nujum Pak Belalang, Nismilan monang malam ni tewaskan Terengganu 2-1 hureeyyy! Hobin Jang Hobin!

Piala Malaysia: Player Ganu Goyang Kepala Lutut Kono Hobin Malam Ni!


Monang, kalah adat perlawanan.... Apo yang pasti musuhnyo habis binasa!



Berdasarkan prestasi skuad Penyu musim ini, ramai yang mengatakan Terengganu hebat untuk perlawanan Piala Malaysia pada final di Stadium Shah Alam hari ini. Hebat di kerats saja, tapi nak julang Piala Malaysia sorry la der....


Ini kerana Ujang mempunyai pengalaman beraksi pada perlawanan akhir serta dibarisi pemain berpengalaman, itu tidak boleh diketepikan... Jangan pandang sebelah mata bro....

Aku pasti pasukan Negeri Sembilan akan buat yang terbaik bagi memastikan Piala Malaysia milik Negeri Sembilan.


Dan perlawanan malam ini bukan satu perlawanan yang mudah buat Terengganu, jangan mimpi la... Ganu kena merangkak dulu... itu pun kalau Ganu boleh menang bro hahahaha!

Kita tengok player Ganu goyang kepala lutut malam ni haha! Hobin Jang Hobin!

Friday, October 28, 2011

Michelle Yeoh Bekas Gadis Bond Bakal Sertai BN Perak


Terdahulu khabar angin menyatakan bahawa Datuk Michelle Yeoh bekas gadis Bond akan menyertai politik Malaysia tidak lama lagi. Tetapi parti manakah yang akan menjadi pilihannya?

Desas desus terbaru pula kedengaran Datuk Michelle Yeoh akan memulakan langkah politiknya di Ipoh Perak, tempat kelahirannya... Ibu Michelle, Datin Janet Yeoh tidak menafikan ada mendengar berita ini daripada rakan-rakannya.

Manakala bapa Michelle, Datuk Yeoh Kian Teck adalah orang kuat MCA yang juga seorang peguam dan ahli perniagaan yang sangat dihormati dibandar Ipoh.

Sekiranya Michelle berhasrat membantu politik tanahair ianya akan lebih memantapkan lagi sokongan undi kaum Cina terhadap BN.

Apa celop Bob Lokman?