Saturday, October 29, 2011

Piala Malaysia: Jang Ranapkan Harapan Penyokong Terengganu!

Update: Nampaknya betul seperti apa yang telah diramalkan oleh Nujum Pak Belalang (Bro Jinggo) Negeri Sembilan Menang tewaskan Terengganu 2-1!

Negeri Sembilan menjulang Piala Malaysia selepas bangkit menewaskan Terengganu 2-1 pada perlawanan akhir di Stadium Shah Alam sebentar tadi.

Terengganu mendahului menerusi jaringan Ashaari Shamsudin pada minit ke-59.

Negeri Sembilan menyamakan kedudukan pada minit ke-81 apabila penjaga gol Terengganu, Sharbinee Allawee, gagal menangkap kemas bola sepakan S Kunalan yang melantun di depannya.

Hairuddin Omar memastikan kemenangan Negeri Sembilan menerusi rembatan cantik pada minit ke-85.

Kepada penyokong Ganu harap bersabar, cuba lagi tahun depan! Dan tak lupa ucapan syabas kepada MB N9 yang telah banyak memberi sokongan dan menghidupkan zaman kegemilangan pasukan bolasepak Negeri Sembilan.

Hoben Jang Hoben!!!

Negeri Sembilan Juara Piala Malaysia 2011!

Negeri Sembilan dinobatkan sebagai Juara Piala Malaysia 2011, setelah menumpaskan Terengganu 2-1! Hoben Jang Hoben!!!

Piala Malaysia: Separuh Masa Pertama Terengganu Gugup Di Padang!

Separuh masa pertama perlawanan akhir Negeri Sembilan bertemu Terengganu menyaksikan kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan.

15minit pertama pertahan Pasukan Terengganu banyak bocor.

Manakala serangan Terngganu serba tidak menjadi! Pasukan Negeri Sembilan banyak mengasak dan banyak peluang untuk menembusi gol Terengganu.

Satu kad kuning diberikan kepada permain Negeri Sembilan, Aidil Safuan.

Ganu terlebih makang ikang tadi hahaha! Hoben Jang Hoben!