Monday, November 21, 2011

Harimau MengauuuuuuMMM di Stadium Gelora Bung Karno! Yes!!!!

Keputusan Penuh Bola Sepak Sukan SEA

Minit Ke 05: S.Gunawan (Indonesia) 1
Minit Ke 35: Asraruddin (Malaysia) 1

Perlawanan penentuan berlanjutan hingga ke minit seratus empat puluh dan membawa ke sepak penalti.

Penalti
Malaysia. :4
Indonesia :3

Malaysia membawa pulang pingat emas sukan SEA!

Terima Kasih Apek!!
Teirma Kasih Badrul!

Garuda patah kedua sayapnya! AuuuMMMMM!

Syabas dan pujian harus diberikan kepada Harimau Malaysia yang telah mempamerkan permainan yang baik!
Skuad Harimau Muda Malaysia akan di bawa pulang dengan pesawat khas.

Kedegaran letupan mercun di Malaysia menyambut kemenangan Skuad Harimau Muda!

Keputusan Terkini 90 Minit... Malaysia 1 Indonesia 1!

Perlawanan berlanjutan ke masa tambahan. Malaysia 1 Indonesia 1.

Ayuh rakyat Malaysia mari lah kita berdoa kemenangan milik kita!

Malaysia Boleh! Go go Harimau Muda!

Sukan SEA: Final Malaysia VS Indonesia Separuh Masa Pertama Kedudukan Seri

Separuh masa yang pertama menyaksikan Stadium Gelora Bung Karno bergema apabila Indonesia mendahulu jaringan pertama diminit yang kelima menerusi tandukan S.Gunawan.

Namun pada minit ke 35 Malaysia menyamakan kedudukan menerusi tandukan Asraruddin diminit ke 35!

Gol! Gol! Gol! GoooooooooolllllllLLLLL!

Sunyi sepi penyokong Indonesia di Stadium Bung Karno hahahaha!

Mujur hantu Kak Limah datang lawan hantu Mak Lampir!

Ramalan Bola Sepak Sukan SEA: Malaysia Tewaskan Indonesia 2-1!

Sotong Paul muncul kembali, kali ini pilihannya Malaysia sebagai Juara bola sepak sukan SEA kali ini..

Mengikut ramalannya perlawanan malam ini Harimau Muda akan membaham Garuda dengan jumlah jaringan 2-1.

Yang pasti bomoh Indon akan sibuk jampi satu padang malam ni! Hahaha!

Walaupun Malaysia dibelenggu kecederaan tonggak menjelang final bola sepak Sukan SEA XXVI hari ini, namun 'semangat 1979' menjadi azimat skuad Harimau Muda untuk menumbangkan Garuda.

Tiga puluh dua tahun lalu, gol tunggal Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari membantu Malaysia mencatat kemenangan paling masyhur 1-0 ke atas Indonesia untuk membawa pulang kejuaraan di Jakarta.

Biarpun kita kalah 1-0 dalam pertemuan final Sukan SEA terakhir dengan negara itu, juga di Jakarta 1987, namun moral pemain amat tinggi ketika ini selepas menumpaskan tuan rumah 1-0, Khamis lalu.

Namun, kecederaan tiga tonggak, Izzaq Faris Ramlan; sayap kanan, Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria dan sayap kiri, Mohd. Fandi Othman sedikit merencatkan persiapan.

Izzaq cedera lutut kiri ketika bertemu Myanmar kelmarin dan terpaksa menggunakan topang.

Penjaring gol kemenangan Malaysia ketika mengalahkan Indonesia, Syahrul Azwari Ibrahim juga belum pasti dapat diturunkan.

Ong Kim Swee kini terpaksa mengatur strategi baru dengan harapan disandar kepada A. Thamil Arasu dan Yong Kuong Yong, selain Mohd. Zubir Azmi.

Apa-apa pun aku yakin Harimau Muda mampu membaham Garuda!!!

Malaysia Boleh!
Malaysia Boleh!
Malaysia Boleh!

Belum pun Bertanding PRU-13... Nurul Izzah Dah Mengaku Kalah!


Belum pun bermulanya pertandingan di Pilihanraya ke 13, anak kepada ketua pembangkang yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar awal-awal lagi sudah menyerah kalah.

Izzah juga mengakui bahawa Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Senator Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin lebih prihatin dalam membantu rakyat di kawasan Lembah Pantai.

Selain daripada itu Izzah sangat yakin bahawa Umno akan menurunkan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Senator Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin akan bertanding di kerusi itu dalam pilihanraya ke-13.

Nurul Izzah Anwar kini dikatakan amat rungsing dan takut kehilangan kerusinya di Lembah Pantai!

Itulah YB Izzah ni buat kerja tak nak... tak habis-habis nak cari kesalahan orang lain, bila YB Umno masuk tawan kawasan dia, baru nak gelabah canai cerita yang bukan-bukan...



Izzah tak perlu memburukkan orang lain jika mahu mempertahankan kerusinya.. Sebaliknya  sebagai seorang Ahli Parlimen Izzah harus memperbaiki mutu berkhidmat kepada rakyat... 

Pilihanraya: Pembangkang Tunjuk Berani... Tapi Dalam Hati Ada Takut Haha!


Sebelum ini pembangkang beria-ia mahu pilihan raya awal. Macam tak sabar-sabar nak ambil alih Putrajaya selepas kegagalan pelan 16 Sept 2008.

Agaknya, mereka fikir rakyat mahu menyokong mereka sepenuhnya. Sebab itu juga banyak pemimpin pembangkang congak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan bubar parlimen 11 November lalu -kerana 11 nombor favouritenya - bagi adakan pilihan raya umum ke 13.

Bagaimanapun, dalam dok gempak nak pilihan raya umum awal, rasa gementar pembangkang sukar disorok.

Sebab itu mereka desak supaya peraturan baru proses pilihan raya yang sedang dikaji Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) berhubung pembaharuan sistem pilihan raya diluluskan terlebih dahulu sebelum adakan PRU ke 13.

Hakikatnya kuasa penentu tarikh pilihanraya peringkat nasional,tak kira siapa yang berkuasa, adalah hak Perdana Menteri.

Pembangkang sengaja mahu ‘mengikat’ tarikh pilihan raya supaya tidak diadakan dalam tempoh terdekat kerana mereka rasa tidak boleh mengulangi tsunami PRU ke 12 pada kali ini.

Sentimen yang terasa ialah ramai yang sudah celik dan muak dengan gelagat politik pembangkang yang keterlaluan dengan pelbagai ‘ drama’ mereka termasuk demo Bersih.

Sudahlah janji-janji PRK ke 12 tidak dikota, mereka janji macam-macam lagi termasuk menerusi Buku Jingga yang tidak praktikal itu.

Kalau kita rajin pasang telinga sebenarnya para pimpinan PKR, DAP dan PAS makin gabra kerana mendapat signal suasana politik ketika ini tidak memihak kepada mereka.
Populariti kerajaan BN dan Najib sendiri terus meningkat dan Bajet 2012 pada awal bulan lalu, ibarat paku yang menutup keranda pembangkang.

Atas sebab kebimbangan itu pembangkang antara lain galak mengecam pemberian RM100 kepada murid dan pelajar sekolah dengan cerita kononnya wang itu bukan dari sumber betul kerana kerajaan tidak boleh beri duit sebab Bajet 2012 belum lulus lagi.

Beberapa ahli parlimen pembangkang sanggup bertegang leher di Parlimen pada petang Rabu lalu mengkritik sumber wang digunakan kerajaan lebih RM53 juta bagi membantu murid-murid dan semula pelajar yang mula menerima bantuan minggu ini.

Sepatutnuya pembangkang tidak perlu politikkan isu ini kerana anak sesiapa sahaja layak terima RM100 termasuk anak wakil rakyat parti pembangkang.

Tetapi kerana sudah kering modal, itu pun nak dijadikan isu.

Berbalik soal pilihan raya, kerana takut juga maka Kerajaan PKR Selangor sudah umum tidak akan bubar Dewan Undangan Negeri (DUN) jika PRU ke 13 diadakan sebelum Jun tahun depan.

Ini semua taktik pembangkang kerana fikir kerajaan BN takut nak bubar parlimen awal sebelum PSC selesai memastikan sistem pilihan raya baru digunapakai dalam pilihan raya umum nanti.

Pembangkang bukan sahaja di Selangor malah Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang mungkin ikut cara sama untuk paksa Najib tidak bubar parlimen sebelum sistem atau peraturan baru pilihan raya itu siap.

Ada juga yang beritahu Agendadaily pembangkang sengaja nak lewatkan PRU ke 13 kerana jangka ekonomi negara terjejas selepas Jun tahun depan kerana kesan ekonomi dunia ketika ini.

Jangkaan mereka apabila ekonomi terjejas, harga barangan dan cukai akan naik.

Apabila semua naik, mereka ingat rakyat akan marah. Apabila rakyat marah, mereka akan undi pembangkang macam 2008.

Betul juga kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Datuk Seri Noh Omar bahawa tindakan kerajaan negeri pimpinan pakatan pembangkang itu jelas menunjukkan mereka takut dengan bayang-bayang sendiri dan tidak yakin mampu mempertahankan kemenangan di Selangor.

"Apabila tiada pilihan raya tahun ini, mereka canang tidak akan bubar DUN tahun depan. Jika sampai pertengahan tahun depan masih tidak berlaku pilihan raya, mereka akan kata pula tidak akan bubar (DUN) sampai lima tahun.

"Kalau nak buat dua kali pilihan raya, kos akan lebih tinggi dan menyusahkan rakyat untuk mengundi,” katanya seperti dilaporkan Bernama Jumaat.

Pembangkang tak perlu nak atur Najib bila patut bubarkan Parlimen.

Jika Selangor tidak mahu bubar DUN, begitu juga Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang, mungkin Perdana Menteri boleh timbang adakan pilihan raya Parlimen sahaja atau di negeri di kuasai BN.

Andai kata pilihan raya itu dilaksanakan dan BN kekal menguasai kerajaan dengan majoriti lebih besar atau menguasai dua pertiga, pembangkang boleh terus bermimpi nak tawan Putrajaya.

Tidak ada makna juga kalau mereka lewat bubarkan DUN kerana cita-cita pembangkang hanya mahu jadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri yang boleh dicapai melalui pilihan raya Palimen bukan DUN.

Kalau emas sudah di jari, apa guna lagi cincin suasa!

Kita tengoklah nanti retak kerajaan PKR Selangor yang cuba acah-acah saja tak mahu bubar DUN.

Kalau berani, sama-samalah masuk gelanggang biar sama rata.

Jangan nanti sudah kalah, salahkan padang kononnya tak rata. -Agendadaily