Saturday, November 26, 2011

PAS is DEAD! Hanya 15 Orang Hadir Ceramah PAS Di Rembau !

Ceramah Umum PAS Negeri Sembilan pada 25.11.2011 jam 9mlm-12mlm bertempat di Kg.Sawah Raja Dun Kota Negeri Sembilan.

Bukti PAS Negeri Sembilan ditolak Rakyat Negeri Sembilan.

Bukti PR ditolak Rakyat apabila Ceramah Umum PAS Negeri Sembilan di Kg.Sawah Raja Dun Kota hanya dihadiri 15 orang sahaja.

Penceramah PR yang hadir 4 orang semuanya iaitu Ketua Penerangan PAS Rembau, Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan, Yb Eng Siew Lim ( DAP ) Adun Sekinchan dan Yb Taufik Adun Paroi Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan. Kenapa 15 orang sahaja hadirin yang hadir ?

PAS is DEAD!

Azmin Ali Tipu Rakyat, Bangsa Sendiri! Kampung Melayu di Gombak Dihapuskan?


GOMBAK: “Kami diusir seperti pendatang sedangkan tanah ini hak kami lebih 40 tahun lalu,” kata penduduk, Zakaria Abu Bakar yang dipaksa berpindah dari rumahnya di Bukit 10, Kampung Tengah, sebelum Selasa ini.

Zakaria, 53, bersama 10 keluarga lain yang tinggal di kawasan berkenaan diarahkan berpindah oleh sebuah syarikat pemaju perumahan kerana dikatakan menceroboh tanah itu.

Katanya, penduduk diberi notis perpindahan yang berkuat kuasa serta-merta minggu lalu dan diberitahu kawasan rumah mereka akan dirobohkan.



“Saya terkejut apabila diberitahu kami perlu berpindah dari kawasan ini secepat mungkin kerana tanah yang didiami dibeli pemaju melalui lelongan bank.

“Kami diberi tempoh hingga Selasa ini untuk berbuat demikian tanpa perbincangan dan rayuan, malah mereka turut meminta setiap keluarga membayar denda RM600 atas alasan menceroboh tanah mereka,” katanya.

Bagi Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK), Abd Halim Idris, 10 keluarga yang diusir keluar itu penduduk asal Kampung Tengah sebelum mereka dipindahkan.

“Pada 1983, semua penduduk dipindahkan di tanah ini berikutan kawasan penempatan mereka perlu dijadikan jalan utama ke taman perumahan yang baru siap dibina.

“Ekoran itu, pemaju perumahan terbabit menyediakan tanah dan wang pampasan kepada kami sebagai ganti rugi,” katanya.

Bagaimanapun, Abd Halim berkata, pihaknya tidak menyangka pemaju pertama yang membeli tanah mereka itu mencagarkan geran tanah kepada bank sewenang-wenangnya tanpa pengetahuan pemilik.

“Kami bukan menentang pembangunan, tetapi sekiranya kawasan ini terbabit projek itu, pemaju seharusnya bersemuka dan berbincang terlebih dulu.

“Semua penduduk bukan penceroboh atau penduduk setinggan sebaliknya pemilik asal yang diwarisi sejak turun-temurun, jadi mengapa perlu tanah kami dirampas, malah cagaran yang dibuat bukan atas persetujuan,” katanya.

Taubatlah Azmin! Jangan tipu rakyat! Jangan tipu bangsa sendiri!

Bloggers Pro-Pembangkang Serang Shamsul AMK Dan Anwar Ibrahim

Shamsul Iskandar @ Doraemon, Ketua AMK telah dibalun hebat oleh bloggers pro-pembangkang sendiri?

Inilah realitinya apabila beberapa bloggers pro-pembangkang mempertikai kenyataan Ketua AMK yang mahu memperalatkan perhimpunan BEERSIH 3.0, sekiranya Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman dan dipenjarakan.

Shamsul berkata demikian kononnya yakin kes liwat ke atas Anwar akan diputuskan dalam tempoh terdekat ini.

Menurut Shamsul, Anwar Ibrahim akan kembali ke mahkamah pada 8 Disember 2011 ini dan beliau amat yakin mereka akan dengar dan jatuhkan hukuman.

Shamsul berkata demikian dalam ucapan penggulungan di kongres pergerakan itu di Johor Bahru kelmarin.

Dek kerana bodek berlebihan tahap jilat itu, bloggers pro-pembangkang tidak dapat menahan mual mereka dan memberi kritikan yang sangat keras!

Di antaranya :-


"Hairan juga aku dengan kenyataan Ketua AMK ni.. adakah beliau tidak faham atau tidak tahu apa agenda BERSIH?


Kenapa perlu digerakkan BERSIH 3.0 kalau Anwar dipenjara?


Setahu aku.. tujuan BERSIH adalah untuk menuntut 8 perkara yang punya kaitan dengan Pilihanraya, BERSIH bukan digerakkan untuk menunjukkan sokongan (membodek) Anwar, tak ada kena mengena langsung BERSIH dengan Anwar tu Bro.."





"Persoalannya, apakah wajar Samsul berkata demikian?. Kenapa perlu beliau kaitkan kes Anwar dengan himpunan Bersih 3.0?.



Bukankah beliau sendiri tahu bahawa himpunan Bersih itu adalah bagi membuat lapann tuntutan rakyat untuk menyaksikan pilihanraya yang bersih dan adil di negara ini.


Malah, Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S.Ambiga juga pernah mengatakan bahawa himpunan Bersih bukan didalangi oleh parti pembangkang, sebaliknya melibatkan berbagai NGO yang prihatin.


Walau pun kerajaan pernah mengatakan himpunan itu melibatkan pembangkang namun ia dinafikan.


Kini, dengan tindakan Shamsul ingin gunakan platform Bersih 3.0 untuk kes Anwar maka kita gusar apa yang disyaki oleh kerajaan itu akan terserlah jua akhirnya. Kenapa perlu ganggu himpunan Bersih dengan kes tersebut, sedangkan itu adalah masalah peribadi pemimpin tersebut.


Maka, Samsul perlu lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan berkenaan hal ini."

Sumber: MIM

AMK Serlah BERSIH Agenda Politik Pembangkang! Mahu Selamatkan Anwar Ibrahim

BERSIH bukan sekadar NGO tetapi di belakangnya adalah parti-parti politik pembangkang. Meletakkan Dato’ Ambiga Sreenevasan sebagai Ketua, semata-mata strategi untuk menyembunyikan agenda parti politik pembangkang untuk menyelamatkan Anwar Ibrahim dari terlepas menerima hukuman liwat!

Di Kongres PKR baru-baru ini, Sam AMK mengesahkan bahawa mereka sebagai perancang utama untuk mengadakan himpunan BERSIH 3.0 jika Anwar akan dipenjara.

Selama ini, mereka mengatakan Bersih ini adalah satu gabungan NGO yang nak menuntut pilihan raya bersih. Tetapi, hari ini jelas, nyata ianya merupakan agenda politik Pakatan Rakyat.

Rakyat di gunakan untuk kepentingan politik kotor Pembangkang!


AMK akan demo jika Anwar dipenjara

Ketua Pemuda PKR (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin berkata pergerakan itu merancang untuk mengadakan satu demonstrasi dalam menghadapi kemungkinan ketua umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan.

Katanya, beliau yakin bahawa kes tuduhan liwat ke atas Anwar akan diputuskan dalam tempoh terdekat memandangkan kerajaan telah menyegerakan undang-undang untuk menyekat perhimpunan jalanan.

Perhimpunan itu akan dijalankan sebelum satu lagi perhimpunan untuk menuntut pilihan raya adil, BERSIH 3.0, yang dijangka diadakan pada Februari.

"Pada 8 Disember Datuk Seri Anwar akan kembali ke mahkamah. Saya yakin mereka akan dengar dan jatuhkan hukuman dalam tempoh terdekat.

"Sebab itu mereka segerakan undang-undang ini, kalau mereka berniat untuk penjarakan Anwar sebelum BERSIH 3.0, kita boleh gembleng (anggota ke jalan raya).

"Apakah kita akan duduk diam?" soalnya dalam ucapan penggulungan di kongres pergerakan itu di Johor Bahru hari ini.

Sementara itu, timbalannya Khairul Anwar Ahmad Zainuddin dalam ucapan terdahulu berkata perhimpunan itu mungkin akan diadakan pada Februari depan.

"Ini bukan soal nak pergi Putrajaya tapi kerana pilihan raya bersih dan adil. Ingat, ini sebabnya," katanya yang turut berterima kasih kepada anggota AMK yang hadir dalam perhimpunan Bersih pada Julai lalu.

Katanya lagi, perhimpunan itu membuahkan hasil kerana "kuasa jalan raya" itu menyebabkan kerajaan menubuhkan jawatankuasa terpilih khas parlimen untuk menambahbaik pilihan raya.

Hebat Khalid Ibrahim: Kedai Melayu Di Roboh Di Selangor!


Selepas 25 tahun mengusahakan restoran, Mohd. Rosseli Samsudin, 47, akhirnya terpaksa berputih mata apabila premisnya yang telah dibina dengan pelaburan yang sehingga kini mencecah RM300,000 itu diarah untuk dirobohkan kemarin.

Restoran Nurul Tom Yam yang terletak di Jalan Kerjaya, Batu Tiga Lama di sini, diarah untuk dirobohkan oleh Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Petaling atas alasan dibina tanpa izin di atas tanah lesen pendudukan sementara (TOL).

Mohd. Rosseli mendakwa, sebelum ini operasi restoran tersebut berjalan lancar dan dia mendapat kebenaran memperbaharui TOL daripada PTD Petaling serta memperoleh lesen perniagaan daripada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) setiap tahun dan lesen terakhir diperbaharui pada 2007 dan tamat pada 2010.

Bagaimanapun dakwanya, pada 2011, secara tiba-tiba permohonan beliau untuk memperbaharui TOL tidak dibenarkan walaupun selepas rayuan dibuat beberapa kali dan ini menyebabkan MBSA tidak dapat mengeluarkan lesen perniagaan.

Kata beliau lagi, ekoran kegagalan memperbaharui TOL dan lesen menyebabkan perniagaannya terpaksa dijalankan secara tidak sah dan beliau telah menerima dua notis untuk menutup perniagaan pada Mac dan Mei lalu serta meroboh restorannya pada Selasa lalu dengan pelbagai alasan.

Rosseli Samsudin menunjukkan bekas tapak meter elektrik yang telah ditanggalkan oleh MBSA kelmarin.


"Semua ini berlaku selepas pertukaran pemerintahan kerajaan negeri pada 2008, dan saya kesal kerana inilah satu-satunya punca pendapatan saya dan keluarga selain 25 pekerja yang terdiri daripada adik-beradik dan saudara-mara.

"Saya mengaku telah menerima tiga notis termasuk notis untuk meroboh pada Selasa lalu. Tetapi tidakkah pihak yang berkenaan terutama kerajaan negeri tiada budi bicara dengan mengambil kira prestasi perniagaan saya sebelum ini.

"Di manakah keadilan kerajaan negeri yang selama ini memperjuangkan hak rakyat sedangkan selama ini saya juga banyak menyumbang untuk masyarakat setempat yang dalam kesusahan termasuk semasa banjir besar melanda Shah Alam sebelum ini," ujarnya kepada pemberita di sini petang ini.

Sehubungan itu, Mohd. Rosseli meminta kerajaan negeri agar tidak menganaktirikan dirinya hanya kerana perbezaan politik sedangkan banyak lagi perniagaan yang didirikan secara tidak sah, tetapi kerana mereka daripada parti yang sama, perniagaan tidak terjejas.

Rakyat Kelantan Perlu Tuntut Hak Bekalan Air Bersih!

'Berhentilah Nik Aziz; Pas Tipu Rakyat!! Pade doh weh, tok wakil Pas kayo doh (Cukuplah setakat ini, wakil rakyat Pas sudah kaya).

Rakyat Kelantan tidak perlu berterusan membiarkan diri dan anak-anak mereka ditimpa musibah akibat kegagalan Kerajaan Pas negeri itu menyediakan bekalan air bersih.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, sudah tiba masanya rakyat negeri itu bangkit menuntut hak mereka yang selama ini dinafikan dengan menghukum Pas Kelantan pada pilihan raya umum akan datang.

"Sikap sambil lewa terhadap negeri yang ditadbir menunjukkan identiti sebenar pembangkang. Mereka lantang mengkritik kerajaan Pusat tetapi tanggungjawab kepada rakyat negeri mereka abai.

"Berbeza dengan Barisan Nasional (BN) yang terbukti sentiasa mengambil berat soal keperluan asas seluruh rakyat, apatah lagi air adalah soal hak asasi rakyat," katanya kepada Utusan Malaysia di lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kualiti air di Kelantan yang berada pada tahap paling teruk di negara ini kerana dicemari dengan pelbagai logam berat serta bakteria berbahaya.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin menyelar sikap Kerajaan Pas Kelantan yang terlalu asyik berpolitik sehingga lalai dalam aktiviti pembangunan negeri.

Menurut Zulkifli, Islam bukan hanya terhad kepada soal hudud kerana hukum tersebut hanya meliputi 0.01 peratus sahaja daripada agama itu.

Katanya, masalah pembangunan, bekalan air, pendidikan, perumahan dan pekerjaan juga termasuk dalam Islam, namun tidak diberi perhatian sebaiknya oleh Kerajaan Pas Kelantan.

"Kenapa tidak tumpu perkara itu? Kalau orang pergi curi air bersih takkan hendak potong tangan pula? Sudah tentu keadaan air kotor dan beracun memaksa mereka berbuat begitu," katanya.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub menolak dakwaan kerajaan negeri Kelantan lalai sebaliknya beliau meletakkan kesalahan itu terhadap Suruhanjaya Perkhidmatan Air Nasional (SPAN).

Pada masa sama, beliau mendakwa keadaan tersebut berlaku disebabkan sikap kerajaan Pusat yang tidak memulangkan royalti minyak kepada negeri itu.

"Sekiranya kerajaan Pusat peka dengan nasib rakyat, hulurkan bantuan kepada penduduk Kelantan," ujarnya.

Kepada soalan mengapa kerajaan negeri Kelantan menolak alternatif yang dicadangkan SPAN dan ke mana perginya peruntukan RM600 juta yang diberi kerajaan Pusat, beliau enggan memberi sebarang ulasan. -Utusan.