Thursday, December 8, 2011

Nurul Izzah Hina Angkatan Tentera Malaysia


Cerita Izzah lagi.. kali ni aku petik dari blog sahabat Panglima...

Bila RT (retweet) bermakna Nurul Izzah anak Pak Nuar seperti mengiyakan gambar di atas.
Adakah ini bermaksud beliau ingin mewujudkan persepsi tentera juga pengundi hantu?

Barangkali beliau sendiri tidak tahu bahawa IC tentera diurus oleh Jabatan Pendaftaran Negara.

Kalau benda macam ni pun tak tahu macam mana boleh jadi MP (ahli Parlimen)

Tengok muka dah tahu ni budak baru jadi tentera.

Oh ye lupa, dia anak Pak Anwar.

Sama seperti Dap dan Pas yang ada kaum kerabat jadi pemimpin dalam parti.

Kalau Umno tak boleh pula !

Kalau anda pun nak jadi MP jangan haraplah kecuali masuk Pakatan.

Mereka buka ruang sesiapa sahaja walau tak berapa pandai. Jurugambar pun boleh jadi Ahli Parlimen. Seperti jururakam video VK Lingam.

Moral tidak dikisahkan selagi anda sokong agenda mereka.

Kalau pandai bercakap macam penjual ubat seperti Mat Sabu, anda tentu ada harapan.

Harapan untuk meranapkan impian rakyat Malaysia yang ingin kemajuan sebenarnya.

Lim Guan Eng Terima Hadiah Kek Tahi Manusia



Rakyat Pulau Pinang yang marah kepada DAP negeri, tengah hari tadi telah menyerahkan empat ketul 'tahi manusia' kepada kakitangan kerajaan di Komtar, George Town, yang menempatkan Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri.

Jurucakapnya Mohamed Ghani Abd Jiman berkata, replika kek seakan 'tahi manusia' tersebut layak dihadiahkan kepada Lim Guan Eng sempena hari lahir Ketua Menteri Pulau Pinang, pada hari ini.

"Orang lain tak boleh bagi (hadiah 'tahi manusia'), hadiah ini memang mempunyai nilai sentimental dia (Guan Eng) kerana dia buat Pulau (Pinang) ini macam 'pulau tahi'," ujarnya

Beliau turut menyifatkan Guan Eng sebagai 'pondan' kerana tidak bersemuka dengannya walaupun diberitahu bahawa Guan Eng masih dalam lawatan rasmi di Taiwan.

Tidak cukup dengan itu katanya, 'tahi manusia' berkenaan ditaja oleh pemimpin DAP negeri sendiri yang didakwanya menentang Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP.

"Empat ('tahi manusia') ini DAP yang taja. Sesiapapun tak perlu tahu dan biar polis siasat. Kalau nak tahu, Guan Eng kena buat laporan polis," sindir beliau sambil menghina kakitangan kerajaan yang setia berkhidmat dengan kerajaan negeri.

Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Zairil Khir Johari dalam reaksi spontan menganggap tindakan pembangkang itu menghina kakitangan kerajaan serta kerajaan negeri yang dipilih oleh rakyat.

"Jika berdendam dengan Ketua Menteri sekalipun, tidak perlulah sampai menghina kakitangan kerajaan sama ada Melayu atau bukan Melayu dengan memberi hadiah ('tahi manusia') sebegitu.

"Menerima hadiah bersifat peribadi pun bukan menjadi amalan Ketua Menteri Pulau Pinang, hadiah sebegitu ('tahi manusia') dia (Guan Eng) tak terima," ujar beliau.

Oleh kerana aku geli nak letak banyak gambar tahi tu.. klik kat sini ada banyak lagi gambar...

PKR Lembah Pantai Kritik Nurul Izzah Tak Reti Buat Kerja!


Jangan tak percaya, PKR Lembah Pantai sendiri pun meluat dengan perangai Nurul Izzah ni... Dengan rasa tidak puas hati... Izzah dikritik tak turun padangmenjengok masaalah rakyat di kawasan, sebaliknya sibuk berkempen saja...

Itulah Izzah asyik cari kesalahan orang lain sampai tangungjawab sendiri di abaikan.

Di bawah ialah petikan dari blog pakatan haram klik di sini.


"YB Nurul tak datang pun tengok maslah kat Kondo Rakyat. Sibuk kempen ke?"

Hari ini saya membuka Facebook YB Nurul Izzah. Inilah kali pertama aku buka FB beliau selepas MATC Lembah Pantai tempohari.

Status terbarunya hari ini ialah:-
"Perjumpaan bersama Cabang2 PKR Selangor malam ini jam 8.30 malam di Restaurant Wembley Klang :)"

Status sebelumnya pula ialah:- "Program Surau Nur Hidayah Pantai Permai :)".

Untuk makluman pembaca, Program di Pantai permai ini ialah program lama pada 3hb Sept 2010. sila tengok sini untuk bukti:
http://www.nurulizzah.com/site/2010/09/03/program-surau-nur-hidayah-pantai-permai/

Saya nak tanya sikit pada YB kaki tumpang program ini, yang menuduh kami kumpulan Reformis memporak-perandakan PKR Lembah Pantai,

"itu je ke program ko boleh buat?!"

YB Nurul ni tahu kah semalam Kondo Rakyat ada masalah air.

Habis sampai tengahari ni tak nampak-nampak muka apa ke jadahnya ko jadi wakil rakyat ni? Ni sibuk plak malam ni nak pegi Klang, Klang tu ke yang undi ko jadi ahli parlimen itu hari? Sibuk berkempen, sibuk kehulu-kehilir keluar negara, tempat sendiri tak turun.

Mana Team harapan Baru bodoh tu? Tak hantar laporan ke?

Sibuk sangat luar kawasan, tak payah jadi wakil rakyat sinilah! Jadi wakil rakyat kat Indon ke, bukan ke orang sana sayang kat awak?

Ini ke sebabnya admin YB terpaksa cover line letak program lama di Pantai Permai sebagai status update FB?

Malu lah sikit yb woi!

- Info Semut Hitam