Tuesday, December 13, 2011

Kes Liwat Anwar Ibrahim: Akhirnya Kebenaran, Keadilan Menjelma!


Dalam Mahkamah Tinggi pada Isnin Peguam Utama Datuk Seri Anwar Ibrahim, Karpal Singh merumuskan kejadian seks luar tabie di antara anak guamnya (Anwar Ibrahim) dengan Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun 2008, antara jam 3.01 – 4.30 petang di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara BERLAKU atas dasar suka sama suka. Suka sama suka atau cara terpaksa, ianya tetap LIWAT.

Nampaknya solat hajat puak-puak PAS dah menjelmakan kebenaran. Apa lagi yang ditunggu. Nak sokong Peliwat lagi ke? Kepada penyokong PR... Insaflah dan masih belum terliwat untuk pulang ke pangkal jalan.....

Takbir!

Liwat II: Anwar Gagal Pertikai Keterangan Saiful


Anwar Ibrahim telah gagal untuk mempertikai keterangan pengadu dalam kes liwat dihadapinya sekarang dan oleh itu, penafian Ketua Umum Pakatan Rakyat itu sahaja tidak memadai, kata pendakwa raya hari ini.

Peguam Cara Kanan II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden berhujah bahawa keterangan Anwar dari kandang tertuduh telah gagal mematahkan testimoni Mohd Saiful Bukhari Azlan dan pengadu itu memang telah pergi ke kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008.

“Penghujahan kami, ia hanya satu pembohongan. Apabila anda gagal untuk mempertikaikan fakta keterangan PW1, (ia) bersamaan dengan pengakuan,” kata Yusof ketika hujah penggulungan beliau hari ini.

Ketua pasukan pendakwa ini berkata keterangan Anwar (gambar) tidak mencabar validiti rakaman CCTV di kondominium Desa Damansara, yang menunjukkan kehadiran beliau pada 26 Jun.

“Penafian seperti ini tidak menafikan kesemua kandungan keterangan PW1, bahawa Anwar telah meminta Saiful (yang juga saksi utama kes) pergi ke unit kondominium... tidak mempertikaikan bahawa ketua staf telah menghantar Saiful untuk menghantar kepada beliau (Anwar) satu dokumen,” kata Yusof.

Liwat II: Pendakwaraya Mempersoal Keengganan Anwar Disoalbalas


Peguamcara II Datuk Yusof Zainal Abidin bakal mempersoalkan keenggan Anwar disoalbalas serta menjelaskan bagaimana DNA Lelaki Y boleh berada dalam dubur Saiful.

Atas sebab itu, pihaknya memohon mahkamah menimbang keenggannya itu, seolah-olah Anwar takut dan menyembunyi sesuatu berhubung kejadian liwat terhadap mangsa, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Ini juga dijangka menjadi penampilan terakhir untuk pendakwaan Yusof Zainal Abidin sebagai Peguamcara Negara II.

Permohonan ketiga beliau untuk bersara secara pilihan sejak 2009 telah diterima dan beliau akan bersara pada 1 Jan atau Feb 1, 2012 tanpa mengira keputusan perbicaraan.

Pihak pendakwaan juga mempersoal, kenapa pihak Anwar tidak menjelaskan, bagaimana DNA Lelaki Y boleh berada dalam dubur mangsa, ini yang tidak ditepis oleh barisan peguam Anwar semalam.

Peguamcara II juga menolak bahawa DS Najib melakukan konspirasi, kerana menurut peguam itu, Najib tidak mempunyai bidangkuasa mempengaruhi Anwar supaya melakukan liwat terhadap mangsa.

Anwar sedang berhadapan dengan perbuatan liwat terhadap Saiful yang dilakukan kali terakhir pada 26 Jun, 2008, di sebuah Kondominum di Jalan Setiakasih, Bukit Damnasara, antara pukul 3.01 hingga 4.30 petang hari yang sama.

Jika sabit kesalahan, Anwar boleh dihukum penjara 20 tahun dan sebatan.

Perlu Bantuan Seorang Bapa Dalam Kesusahan.. Anaknya Pelajar Perubatan Hilang di Dublin


Membaca berita dari Utusan hari ini... Aku amat simpati dengan apa yang berlaku kepada keluarga En Rosli Haron... dan juga berharap ada pihak yang prihatin dapat membantu keluarga ini bagi menyelesaikan masalah mereka...

Hasrat seorang bapa melihat anak lelakinya, Ariff Alfian Rosli yang menuntut di Dublin, Republik Ireland, untuk menjadi doktor perubatan hampa apabila anaknya itu bukan sahaja tidak meneruskan pengajian, malah gagal dihubungi di negara tersebut sejak tiga tahun lalu.

Pesara pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang telah berkhidmat selama 31 tahun, Rosli Haron, 56, kini buntu mengesan anak kedua daripada empat beradik itu setelah mencuba pelbagai usaha termasuk membuat laporan kepada polis, Wisma Putra, Kedutaan Malaysia di Ireland dan Kedutaan Ireland di sini, dalam tempoh tersebut.

Malah, katanya, dia dan isteri, Kamariah Hashim, 55, telah lapan kali ke Dublin dan Universiti College Dublin (UCD) untuk mencari anaknya itu yang merupakan ketua pengawas dan tokoh pelajar cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 5 Wangsa Maju pada 2001.

Rosli memberitahu, Ariff, 28, yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mendapat tajaan pinjaman boleh ubah daripada Petronas untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di United Kingdom (UK).

"Ariff kemudian dihantar ke UK untuk membuat A Level dan pada 2003 dia dihantar ke UCD untuk melanjutkan pengajian, walaupun dalam kontrak asal anak saya sepatutnya ke UK sahaja.

"Pada mulanya saya sangsi kerana Petronas tidak mempunyai pejabat penasihat pelajar di Dublin seperti mana Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Majlis Amanah Rakyat (Mara).

"Namun Ariff tetap meneruskan pengajian di UCD untuk mengikuti pengajian praklinikal dari 2003 hingga ke 2005 seterusnya klinikal (2005-2008)," katanya yang datang ke pejabat Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurutnya, meskipun demikian, Ariff tidak dapat menamatkan pengajiannya pada waktu ditetapkan iaitu pada 2008 dan perlu menyambung beberapa semester di universiti terbabit.

Malangnya, kata Rosli, Petronas enggan menaja perbelanjaan Ariff yang menelan kos lebih 38,000 Euro (RM160,000) setahun pengajian akademik dan kos sara hidup manakala dia pula tidak mempunyai cukup wang untuk menampungnya.

"Berikutan masalah kewangan, saya sarankan Ariff agar menyambung pengajiannya di Malaysia tetapi dia enggan kerana berazam hendak lulus dari UCD dan bermula daripada situ hubungan kami terjejas.

"Sehingga sekarang, saya dan isteri gagal bertemu Ariff dan menghubunginya walaupun telah mencuba pelbagai usaha sejak tiga tahun lalu," katanya.

Tambah malang, Rosli memberitahu, dia kini berhadapan dengan saman pihak Petronas untuk menuntut wang pengajian Ariff berjumlah lebih RM890,000 daripadanya sebagai penjamin pertama.

"Mana saya ada cukup wang untuk menjelaskan wang sebanyak itu dengan pencen saya. Sudahlah kami sekeluarga menderita kerana kehilangan anak, kami kini berhadapan dengan saman pula," ujarnya.

Menurutnya, berdasarkan maklumat diterimanya, dia begitu bimbang Ariff terjebak dengan perkara negatif termasuk pergaulan bebas dan murtad.

Dia juga ingin menasihatkan ibu bapa yang mempunyai anak di luar negara supaya mengambil iktibar dan berhati-hati dengan insiden menimpa keluarganya selain berharap pihak agensi terlibat atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dapat membantu menjejaki anak kesayangannya itu.

Blogger PKR Akui Nurul Izzah Tidak Berguna...


Dipetik dari blog blogger PKR Semangat98

Membaca blog-blog sahabat rasanya isu kekalahan kita mempertahankan Kg Baru terasa sangat menjengkelkan. Sebabnya?

Hanya 75 orang Ahli Parlimen BN yang turun mengundi, bermakna Pakatan Rakyat boleh menang jika semua Ahli Parlimen PR turun ke Parlimen.

Masalahnya hanya 28 SAHAJA AHLI PARLIMEN PAKATAN RAKYAT yang peduli tentang nasib penduduk Kg Baru! Siapa mereka yang hadir dan tak hadir ini?

13 MP PAS hadir. Antara yang tidak hadir ialah Haji Hadi, Nizar Zakaria, Dr Dzulkefly Ahmad dan Nasharudin Mat Isa.

Apa alasan tuan-tuan. Bukankah tuan-tuan yang kepingin sangat nak jadi Ahli Parlimen?

Di pihak PKR pula hanya 7 sahaja hadir. Ulangsuara, 7!

Yang tak hadir termasuk Ketua Umum Anwar Ibrahim, Naib Presiden Nurul Izzah, Saifudin nasution, Khalid Ibrahim dan Fuziah Salleh.

Dari DAP antara yang tak hadir ialah Karpal Singh, Gobind Singh, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng. Sedih sungguh. Bukankah kesemua ini ada tanggungjawab untuk hadir.

Yang paling memualkan, paling disgusting, ialah hanya 5 MP Melayu PKR dari 16 MP melayu PKR yang hadir mengundi dalam menentukan satu perkara yang sangat penting bagi orang Melayu ini.

11 Melayu PKR tak hadir tau, 11! Nurul Izzah, saya nak tanya sikit, YB tak hadir mengapa?

YB sibuk ke Indonesia berkali-kali, ke London, ke Oslo lah, ke mana-mana satu dunia atas tiket Parlimen Lembah Pantai, tapi ke Parlimen yang hanya beberapa minit pun tak boleh ke?

Bangang punya YB Lembah Pantai! Kalau macam ni lagi baik la hari mengundi kami tidur garu telur je. Lagi berbaloi!

Sumber klik sini

Air Paip Berkarat Cemari Bekalan Air Penduduk Selangor

Ini gambar betul, tak cilok dari google...

Siapa yang tak sakit hati bila buka paip air, air yang keluar berwarna merah. Ia menandakan betapa banyak karat terkandung dalam air yang masuk ke rumah penduduk di Selangor.

Malah yang membimbangkan banyak penyakit boleh terjadi terutamanya kepada kanak-kanak apabila menggunakan air yang berkarat ini.

Masalah mungkin berpunca dari saluran paip lama dan tangki air bangunan lama menyebabkan terdapat kandungan karat dalam air.

Apakah Selangor akan menerima nasib seperti Kelantan apabila kegagalan Kelantan menyediakan air bersih kepada rakyatnya?

Cukup-cukuplah Kerajaan Selangor... Kalau nak menipu pun tak payah lah sampai nak membunuh!