Wednesday, December 14, 2011

Ramalan Kes Liwat: Anwar Akan Didapati Bersalah !


Anwar Ibrahim menggunakan media massa luar negara (Guardian UK) sebagai talian hayat terakhir bagi meraih simpati dari negara luar antarabangsa...

Anwar kini dilihat sudah terdesak dan mahu minta pertolongan dan bantuan dari negara asing untuk menyelamatkan dirinya.

Secara jelas menunjukkan bahawa mereka cuba mengheret kerajaaan yang kononnya telah merancang satu konspirasi untuk membunuh karier politik Anwar.

Kita tahu campur tangan asing ini amat berbahaya kepada negara kita. Kalau dilihat daripada sudut sejarah tanah Melayu, ia mendatangkan keburukan kepada negara kita.

Kita ingin melihat proses terhadap kes ini berjalan dengan lancar, adil dan saksama serta memberikan keadilan sepenuhnya kepada yang mendakwa dan yang didakwa.


Akhbar The Guardian dari United Kingdom, dalam kolumnya hari ini oleh penolong editor Simon Tidall, berkata orang yang harus dipersalahkan jika keputusan bersalah dijatuhkan adalah Najib.

Menurut Tidall bahawa "tanda-tanda tidak kelihatan baik" untuk Anwar apabila kes itu menghampiri penghujungnya.

Sambil membidas apa yang didakwanya sebagai "kecenderungan kuku besi" Najib dan usahanya "menakut-nakutkan rakyat secara terang-terangan", kolumnis hal ehwal luar negera itu menggesa sekutu barat di Malaysia, untuk "melihat dengan lebih dekat gelagat rakan mereka itu".

"Malaysia adalah rakan dagang yang penting, rakan pengawalan senjata dan juga anggota sekutu gabungan Afghanistan. Tetapi rekod hak asasi manusia kerajaannya dan amalan demokrasi negara itu perlu diberi lebih penelitian ...

"Apabila pengalaman pahit Anwar menghampiri kemuncaknya, nampaknya tidak mungkin bahawa penanda aras ini akan dipenuhi. Persoalan seterusnya ialah: apa yang akan rakyat Malaysia dan rakan-rakan mereka lakukan?”

Menurut Tidall, dakwaan liwat yang dilemparkan selepas Pakatan Rakyat mengambil alih lima negeri pada pilihan raya umum 2008, "seolah-olah bukan suatu kebetulan".

"Sebagai pemimpin berkarisma pakatan pembangkang, Anwar merupakan cabaran terbesar bagi Najib untuk terus berkuasa," katanya.

Biarlah kes ini berjalan dengan lancar. Pembangkang kena hormat kepada sistem perundangan negara dan harus yakin kepada undang-undang yang dibuat!

Husam Musa Dapat Malu Besar... Apabila Tersalah Saman Blogger !


Husam Musa Exco Kerajaan PAS Kelantan, mendapat malu besar apabila beliau tersalah orang dalam menyaman Mohd Faisal yang dikatakan sebagai Blogger RBF Online.

Menyedari kelisapan tersebut, Husam meminta mahkamah supaya kes tersebut ditangguhkan kerana beliau mahu melantik peguam baru bagi menggantikan peguam sedia ada. Biasa... kalau dah malu, cover line la...

Lebih memalukan lagi apabila Husam di gelar Dayus!

“Husam Dayus”

KOTA BHARU – Exco Kanan kerajaan Pas Kelantan, Datuk Husam Musa disifatkan sebagai dayus dan penakut kerana secara tiba-tiba menukar peguam ketika perbicaraan kes samannya terhadap Mohd. Faisal Rohban Ahmad masuk ke fasa pembelaan.

Mohd. Faisal berkata, beliau sepatutnya memberikan keterangan sebagai saksi pertama defendan hari ini bagaimanapun secara tiba-tiba Husam mengambil keputusan untuk menukar peguamnya.

“Semalam penyokong-penyokong Husam menghukum saya lebih awal dalam laman facebook mereka berdasarkan laporan harakahdaily.net sedangkan mahkamah masih belum membuat sebarang keputusan yang mengatakan saya adalah pemilik blog ruangbiacarafaisal.

“Saya pun belum memberikan keterangan di mahkamah. Blog tersebut pun bukan milik saya, nama blog ruangbicarafaisal dan nama saya adalah Mohd. Faisal Rohban Ahmad. Pada 23 Oktober perkara yang sama juga dilakukan oleh harakahdaily.net dan Sinar Harian menyatakan saya pemilik blog sedangkan itu salah.

“Semalam semasa memberi keterangan Husam bukan main ‘gedebe’ kata saya dayus dan pengecut tetapi hari ini bila tiba giliran saya beri keterangan hari ini dia mohon untuk tukar peguam maknanya Husam tidak percaya pada peguamnya,” katanya kepada detiperubahan.com di sini hari ini.

Pada prosiding kes saman tersebut, Husam telah meminta mahkamah supaya kes tersebut ditangguhkan kerana beliau akan melantik peguam baru bagi menggantikan peguam sedia ada.

Naib Presiden Pas itu menyaman Mohd. Faisal kerana mendakwa beliau adalah individu yang bertanggungjawab menyiarkan tulisan berunsur fitnah dalam blog ruangbicarafaisal.blogspot.com pada 3 Oktober 2009.

Rencana tersebut bertajuk “Husam dan Tamrin Balun Balak Kelantan RM15 juta.”

Bagaimanapun sejak perbicaraan tersebut berlangsung, mahkamah belum memutuskan sama ada Mohd. Faisal pemilik atau individu yang bertanggungjawab dalam kes tersebut.

Mohd. Faisal berkata, lebih menghairankan tindakan Husam menukar peguam tersebut tidak disertakan dengan alasan yang kukuh.

“Semasa memberi keterangan bukan main berlagak kata saya ini dayus tetapi bila giliran saya nak beri keterangan sebagai saksi defendan pertama dia hendak tukar peguam sebab dia sudah malukan saya dalam mahkamah,” katanya.

Mahkamah menetapkan pada 7 dan 8 Mac depan untuk menyambung perbicaraan kes tersebut.

Sumber: Detik Perubahan

Musa Hassan Saman Tiga Blog Pembangkang


Tiga laman blog pembangkang yang disaman adalah freemalays.blogpot.com, pulakdah.blogspot.com dan abushahid.wordpress.com.

Sekarang sudah terbukti bahawa blogger puak Pakatan Pembangkang adalah penyebar fitnah yang paling dahsyat sekali! Oleh itu jangan mudah terpedaya dengan dakyah mereka!


"Laporan polis yang saya buat baru-baru ini untuk memulihkan imej dan maruah saya dan ahli keluarga yang terjejas," kata bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Beliau yang difitnah berkahwin dengan seorang penyanyi, Syella Kamaruddin pertengahan bulan lalu meminta penulis-penulis blog yang memfitnahnya agar menghentikan perbuatan mereka.

Musa membuat laporan di Balai Polis Petaling Jaya pada 8 Disember lalu setelah mendawa dia difitnah beberapa penulis blog kononnya berkahwin dengan penyanyi tersebut.

"Ini semua (fitnah yang mengaitkan dirinya) adalah cerita palsu. Ia turut memberi kesan dan menjatuhkan maruah keluarga saya.

"Saya harap pihak bertanggungjawab akan menyiasat penyebaran blog berunsur fitnah ini termasuk beberapa lagi blog yang saya tidak namakan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Musa, 60, baru-baru ini menafikan tohmahan yang dilemparkan terhadapnya dalam beberapa blog bahawa beliau mendirikan rumahtangga dengan Syella atau Nurshid'la Ahmad Kamaruddin, 26.

Menurutnya, apa yang disiarkan dalam beberapa laman blog termasuk dakwaan beliau membelanjakan sejumlah RM15 juta untuk majlis perkahwinan itu sama sekali tidak mempunyai kaitan dengan dirinya.

Beberapa keping gambar perkahwinan Syella dengan pasangannya tersiar dalam beberapa laman blog.

Antara maklumat yang disiarkan dalam blog itu adalah belanja majlis perkahwinan tersebut dianggarkan sebanyak RM15 juta, selain Syella menerima hadiah banglo bernilai RM5 juta, kereta Audi R8 berharga RM800,000, wang hantaran RM111,111, mas kahwin RM1,000, telefon bimbit, set mandian, alat solek, al-Quran, sejadah, telekung dan tasbih.

Berikutan tersiarnya gambar majlis persandingan itu, beberapa komen antara lain turut menghina bekas Ketua Polis Negara itu.

Musa dalam pada itu berkata, beliau turut menamakan tiga laman blog dalam laporan polis yang dibuatnya.

Tiga laman blog itu adalah free malays.blogpot.com, pulakdah.blogspot.com dan abushahid.wordpress.com.