Saturday, December 24, 2011

Alfatihah.. ADUN PAS Meninggal Mengejut!


Innalillahi Wainna Ilaihirajiun. Dimaklumkan dengan kematian Allahyarham YB Dr Muhammad bin Daud, ADUN Tendong, Pasir Mas sebentar tadi. Beliau dikatakan meninggal secara mengejut di rumahnya. Takziah diucapkan kepada keluarga beliau.

Friday, December 23, 2011

Pesan Aiman UTM Kepada Adam Adli... Cukuplah Buat Onar... Jangan Buat Mahasiswa Sesat!


Pelajar UTM, muhammad aiman menyatakan pendirian mewakili majoriti pelajar IPT, khususnya pro-aspirasi yang tidak menyokong tindakan biadab adam adli menurunkan bendera PM.

Pesan Aiman UTM kepada Adam Adli... Cukup-cukuplah buat onar... Jangan buat Mahasiswa sesat!


PAS Siarkan Surat Terbuka Kepada Hasan Ali


Berikut adalah surat terbuka kepada Hasan Ali, yang di siarkan menerusi portal Harakah... kah... kah!
Semakin parah nampaknya politik PAS ni!


Surat terbuka kepada Hasan Ali

Syed Abdullah Jamalullail, Ampangan, Seremban.

Datuk Dr Hasan Mohd Ali sepatutnya musabahkan diri dan bukannya cuba untuk mengeruhkan suasana kepada organisasi yang begitu berjasa kepada beliau dengan diberikan kepercayaan sepenuhnya untuk bersama-sama memimpin bagi memperjuangkan ataupun berjihad demi untuk menegakkan daulah Islamiah di negara yang tercinta ini.

Cuba bertenang dan kenangkan kembali jasa-jasa parti PAS yang telah memberikan ruang dan peluang semasa Datuk Dr Hasan Ali tersepit apabila digamkan oleh RTM dalam program Forum Perdana Islam yang sangat popular di masa itu yang mempunyai jutaan penonton setia setiap hari Khamis malam Jumaat.

Masih ingat lagi di antara yang kena tindakan digamkan daripada menyertai program itu 2 orang lagi tokoh yang tidak asing lagi kepada umat Islam di masa itu ialah Datuk Ismail Kamus dan Datuk Dr Haron Din.

Mereka bukan sahaja dikenakan tindakan tidak dibenarkan untuk berceramah dalam Forum Perdana tetapi apa juga rancangan yang bersabit dengan pemerintah tidak lagi dijemput untuk memberikan syarahan agama.

Lalu ketiga-tiga tokoh agama yang disegani masyarakat Islam ini termasuk Datuk Dr Hasan Ali menjadi ahli PAS dan berjuang di dalam PAS sehingga ketiga-tiga tokoh ini mendapat tempat di peringkat tertinggi di dalam parti dan perjuangan mereka ini sedikit sebanyak telah membantu untuk memenangi hati rakyat menyokong parti PAS kerana ketokohan mereka itu terserlah sebelum masuk PAS lagi.

Datuk Dr Hasan Ali adalah seorang pemimpin yang berwibawa dan mampu memimpin dalam bukan sahaja memperjuangkan agama tetapi juga pakar di dalam segi pengurusan pentadbiran kerana beliau pernah bertugas di dalam sektor kerajaan sebagai pegawai kanan di beberapa kementerian sebelum menjadi pakar motivasi yang terkenal di masa itu.

Tidak hairanlah mengapa parti PAS memberikan jawatan-jawatan penting di dalam parti dan pernah pula menjadi Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri dalam satu masa hanya kerana mahu beliau memperjuangkan Islam melalui parti Islam PAS.

Tetapi kini kami agak sedih dan begitu kecewa kerana Datuk Dr Hasan Ali yang kami bergantung harapkan untuk berjihad kepada menegakkan daulah Islam itu tergamak meluahkan perasaannya menuduh kepimpinan parti PAS sebagai tidak relevan lagi kerana bukan lagi memperjuangkan Islam tetapi telah bertukar arah kepada menjadikan negara ini kepada sebuah negara kebajikan.

Datuk Dr Hasan Ali mesti faham bahawa kebajikan adalah salah satu cabang yang tersangat penting didalam menegakkan dakwah kepada Islam dan itu sebabnya ianya termasuk dalam Rukun Islam yang keempat daripada 5 rukun Islam yang diwajibkan kepada setiap umat yang mengaku dirinya Islam itu.

Umpamanya salah satu cara ialah membayar zakat di mana zakat yang dikutip itu adalah dinamakan juga sebagai kebajikan untuk membantu umat Islam yang kurang bernasib baik.

Dalam Islam pun ada garis panduan yang mesti dipatuhi sebelum pergi ke puncak terlebih dahulu mestilah mempunyai bekalan yang cukup dan ianya termasuklah berkebajikan kepada umat Islam itu sendiri.

Datuk Dr Hasan Ali, seorang tokoh yang mempunyai kelulusan PhD dan dianggap sebagai seorang profesional patut sedar bahawa memburuk-burukkan 'rumahtangga' sendiri yang membantunya semasa susah dan tersepit tidak harus melakukan kesilapan sebegitu.

Janganlah terlalu emosional kerana kalau tidak sebulu lagi dengan kepimpinan parti PAS sebaik-baiknya berundurlah secara hormat dan pilihlah jalan sendiri jika ingin berjuangkan Islam melalui kaedah parti lawan.

Kalau Datuk Dr Hasan Ali keluar dengan secara hormat pemimpin dan ahli PAS semua menghormati juga dengan keputusan itu dan masih menganggap beliau sebagai tokoh tetapi apabila sebaliknya apa yang berlaku berkemungkinan ianya telah menghancurkan harapan kami semua apa yang kami harapkan.

Walau apapun tiada rasa dendam kerana Islam mengajar kami begitu tetapi terguris juga.

Dalam pada itu kami ucapkan selamat maju jaya kepada Datuk Hasan Ali yang mahu berjihad mengikut caranya sendiri dan mungkin melalui parti yang lain beliau ceburi nanti dan akhir sekali ingatlah pepatah ini 'tempat terjatuh lagi dikenang'.

Adam Adli Terima Notis Tatatertib UPSI


Adam Adli, aktivis gerakan pelajar underground yang menurunkan bendera memaparkan gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di ibu pejabat UMNO di PWTC Sabtu lalu hari ini mengesahkan dia telah menerima notis pendengaran tatatertib dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Adam seperti dilaporkan FMT berkata seorang individu tidak dikenali menyerahkan notis terbabit, yang mengarahkannya hadir ke perbicaraan tatatertib pada 9 Januari depan.

Dia mengesahkan akan hadir menjalani perbicaraan tatatertib tersebut.

“Saya tidak faham kenapa anda takut dengan kami? Kami bukan ahli politik tetapi mahasiswa. Kalau anda musuhi kami, maknanya apa yang mahasiswa lakukan adalah betul,” katanya ketika ditemui membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Adam yang ditemani peguamnya, Fadiah Nadwa Fikri, membuat laporan polis mendakwa menerima ugutan.

Fadiah yang merupakan peguam pilihan PKR dari LFL (lawyers for Liberty) menuduh individu yang mengugut Adam itu, bernama Ruslan Mokhtar adalah seorang anggota polis.

“Ruslan dipercayai seorang anggota polis kerana pegawai polis di luar pondok Bukit Aman seolah-olah mengenalinya”, katanya.

-AIDC

Hasan Ali Dipelawa Sertai PERKASA!


Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) secara terbuka mempelawa Anggota Exco Kerajaan Selangor Datuk Dr Hasan Ali menyertai pertubuhan itu jika beliau benar-benar ingin meneruskan perjuangannya menegakkan agama Islam dan orang Melayu.

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata sudah sampai masanya Hasan membuat keputusan menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) jika merasakan perjuangannya dalam Pas tidak mampu memenuhi hasrat dan cita-citanya itu.

"Beliau kini sudah dipinggirkan oleh Pas," kata Ibrahim kepada pemberita ketika ditemui pada mesyuarat agung Majlis Tindakan Rakyat Kelantan di sini hari ini.

Ibrahim, yang juga Anggota Parlimen Pasir Mas, berkata beliau telahpun menyatakan hasratnya itu kepada Hasan sebelum ini tetapi setakat ini belum menerima apa-apa jawapan.

Hasan, yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, dilaporkan berkata parti itu telah menyimpang daripada perjuangan asalnya untuk mewujudkan sebuah negara Islam dengan mengubah pendirian untuk membentuk sebuah "negara berkebajikan".

Kenyataan beliau itu mendapatkan kritikan bebarapa pemimpin atasan Pas.-Bernama

PAS is Dead!