Saturday, December 31, 2011

Selamat Menyambut Tahun Baru 2012



Pesanan dari BlackBerry Messenger : Peringatan untuk semua ! Minta sebarkan kepada lain-lain juga. Jangan masuk toilet pada pukul 11:59 malam ini (31/12/2011) kerana anda akan keluar daripada toilet tersebut pada tahun depan 2012!! :D

Opppsss.. biar keluar toilet tahun depan dari tahan kencing sampai tahun depan bro...

Kepada rakan rakan blogger, pembaca setia yang banyak menyokong perjalanan blog aku ini, aku ucapkan jutaan terima kasih, moga kita akan terus diberi keizinan berkongsi nasihat, pandangan, cerita suka, duka, pahit, manis, didalam dunia maya yang penuh dugaan. Moga niat baik kita akan direstui yang Maha Esa dan moga kalian akan diberkati Allah swt amin... Akhir sekali...

Selamat Menyambut Tahun Baru 2012

60 Orang Sertai Demo Di KLCC


Kira-kira 60 orang menyertai satu protes terhadap Akta Perhimpunan Aman semasa menaiki LRT dari KL Sentral ke stesen KLCC.

Mereka yang berbaju kuning itu berhimpun di KL Sentral sebelum menaiki LRT dan menarik perhatian penumpang yang lain.

Sambil membawa belon kuning yang antaranya bertulis: "I wish for a safe Malaysia", "kill the bill" dan "democracy".


Kumpulan ini kemudian di halau... diminta beredar dari situ kerana menghalang pergerakan orang ramai.

Bagi aku ini semua adalah kerja bodoh... apa selama hari ini Malaysia tak aman ke? tiada demokrasi di Malaysia ni ke?
Ataupun dia orang ni semua bukan orang Malaysia kot...

Sempena tahun baru ni.. Buat la benda yang berfaedah sikit..

Muhyiddin Sertai ‘Countdown’ 2012 Di I-City Malam Ini


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual menyertai acara pengiraan detik menjelang Tahun Baru 2012 malam ini sempena Karnival ‘Sayangi Selangor’ di i-City di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata Muhyiddin dijangka tiba pada 10.45 malam untuk beramah mesra dengan pengunjung, peniaga dan petugas pameran sebelum mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melakukan acara pengiraan detik Tahun Baru.

“Orang ramai dijemput membawa keluarga masing-masing menyertai pelbagai acara menarik yang disediakan di Karnival Sayangi Selangor termasuk sambutan Tahun Baru 2012 mulai 9 pagi ini.

“Pelbagai acara menarik untuk semua peringkat umur disediakan dan tiada bayaran masuk dikenakan,” katanya di sini hari ini.

Karnival empat hari itu itu dianjurkan oleh Barisan Nasional (BN) Selangor dengan tujuan menterjemahkan sokongan rakyat negeri itu kepada BN.

Mohd Zin berkata karnival itu juga boleh dianggap sebagai sambutan ambang tahun baru terbesar pernah diadakan di Selangor mahupun di peringkat nasional.

Katanya antara acara yang disediakan sepanjang karnival itu ialah pertunjukan bunga api, belon udara panas, bola sepak jalanan, pertandingan gendang, karakter kartun ‘Sponge Bob’ bertemu peminat, permainan kanak-kanak ‘Soppa Doopa’, muzik belia serta persembahan artis popular Akademi Fantasia dan Malaysian Idol seperti Adam, Yazir, Suki dan Daniel.

Beliau berkata orang ramai juga boleh menyaksikan tarikan terbaru di i-City seperti ‘Ferris Wheel’ gergasi yang pertama kali ditempatkan di taman tema itu selain produk lain seperti ‘Snowhouse’, ‘Spacewalk’, ‘Superswing’, ’2-tier Carousel’, ‘Circus’, ‘Bumper Car’ dan Kapal Lanun.

Orang ramai dinasihatkan menggunakan pengangkutan awam atau berkongsi kenderaan untuk ke tapak karnival, katanya.-Umno-Online