Saturday, December 31, 2011

Selamat Menyambut Tahun Baru 2012



Pesanan dari BlackBerry Messenger : Peringatan untuk semua ! Minta sebarkan kepada lain-lain juga. Jangan masuk toilet pada pukul 11:59 malam ini (31/12/2011) kerana anda akan keluar daripada toilet tersebut pada tahun depan 2012!! :D

Opppsss.. biar keluar toilet tahun depan dari tahan kencing sampai tahun depan bro...

Kepada rakan rakan blogger, pembaca setia yang banyak menyokong perjalanan blog aku ini, aku ucapkan jutaan terima kasih, moga kita akan terus diberi keizinan berkongsi nasihat, pandangan, cerita suka, duka, pahit, manis, didalam dunia maya yang penuh dugaan. Moga niat baik kita akan direstui yang Maha Esa dan moga kalian akan diberkati Allah swt amin... Akhir sekali...

Selamat Menyambut Tahun Baru 2012

60 Orang Sertai Demo Di KLCC


Kira-kira 60 orang menyertai satu protes terhadap Akta Perhimpunan Aman semasa menaiki LRT dari KL Sentral ke stesen KLCC.

Mereka yang berbaju kuning itu berhimpun di KL Sentral sebelum menaiki LRT dan menarik perhatian penumpang yang lain.

Sambil membawa belon kuning yang antaranya bertulis: "I wish for a safe Malaysia", "kill the bill" dan "democracy".


Kumpulan ini kemudian di halau... diminta beredar dari situ kerana menghalang pergerakan orang ramai.

Bagi aku ini semua adalah kerja bodoh... apa selama hari ini Malaysia tak aman ke? tiada demokrasi di Malaysia ni ke?
Ataupun dia orang ni semua bukan orang Malaysia kot...

Sempena tahun baru ni.. Buat la benda yang berfaedah sikit..

Muhyiddin Sertai ‘Countdown’ 2012 Di I-City Malam Ini


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual menyertai acara pengiraan detik menjelang Tahun Baru 2012 malam ini sempena Karnival ‘Sayangi Selangor’ di i-City di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata Muhyiddin dijangka tiba pada 10.45 malam untuk beramah mesra dengan pengunjung, peniaga dan petugas pameran sebelum mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melakukan acara pengiraan detik Tahun Baru.

“Orang ramai dijemput membawa keluarga masing-masing menyertai pelbagai acara menarik yang disediakan di Karnival Sayangi Selangor termasuk sambutan Tahun Baru 2012 mulai 9 pagi ini.

“Pelbagai acara menarik untuk semua peringkat umur disediakan dan tiada bayaran masuk dikenakan,” katanya di sini hari ini.

Karnival empat hari itu itu dianjurkan oleh Barisan Nasional (BN) Selangor dengan tujuan menterjemahkan sokongan rakyat negeri itu kepada BN.

Mohd Zin berkata karnival itu juga boleh dianggap sebagai sambutan ambang tahun baru terbesar pernah diadakan di Selangor mahupun di peringkat nasional.

Katanya antara acara yang disediakan sepanjang karnival itu ialah pertunjukan bunga api, belon udara panas, bola sepak jalanan, pertandingan gendang, karakter kartun ‘Sponge Bob’ bertemu peminat, permainan kanak-kanak ‘Soppa Doopa’, muzik belia serta persembahan artis popular Akademi Fantasia dan Malaysian Idol seperti Adam, Yazir, Suki dan Daniel.

Beliau berkata orang ramai juga boleh menyaksikan tarikan terbaru di i-City seperti ‘Ferris Wheel’ gergasi yang pertama kali ditempatkan di taman tema itu selain produk lain seperti ‘Snowhouse’, ‘Spacewalk’, ‘Superswing’, ’2-tier Carousel’, ‘Circus’, ‘Bumper Car’ dan Kapal Lanun.

Orang ramai dinasihatkan menggunakan pengangkutan awam atau berkongsi kenderaan untuk ke tapak karnival, katanya.-Umno-Online

Nurul Izzah Calon PM... Azmin Ali Gigit Jari Lagi....


Sudah pasti orang yang sakit hati mendengar berita ini ialah Azmin Ali... Ini kerana Anwar pernah berkata, orang yang paling layak menerajui parti PKR ialah Azmin Ali. Kenyataan tersebut masih tersemat di hati Azmin...

Azmin sepatutnya berasa malu kerana kekuatan Izzah kini dilihat dua kali ganda dari Azmin... Biar putih tulang jangan putih mata Min...

Petikan dari Utusan... Pembangkang akan menonjolkan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar sebagai calon Perdana Menteri yang baru jika mereka berjaya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Mendedahkan perkara tersebut Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin berkata, itu adalah taktik terbaru yang dirancang oleh pakatan pembangkang untuk meraih simpati rakyat.

“Perkara ini telah dipersetujui oleh Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat dan mereka juga telah menubuhkan Majlis Penasihat Perdana Menteri yang dianggotai oleh semua pemimpin tertinggi dari DAP, Pas dan PKR.

“Taktik baru ini mereka tonjolkan seolah-olah mereka sudah yakin Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga bapa Nurul Izzah akan didapati bersalah dalam perbicaraan kes liwat yang akan diputuskan pada 9 Januari ini.

“Dengan mencalonkan Nurul Izzah, pembangkang yakin rakyat terutama golongan muda pasti akan simpati terhadap bapanya yang kini menghadapi kes liwat,” katanya.

Mengulas lanjut Zulkifli berkata, pemimpin pembangkang melihat penampilan Anwar yang dikaitkan dengan kes liwat tidak memungkinkan mereka untuk meraih sokongan rakyat seterusnya memenangi pilihan raya kali ini.

“Saya diberitahu pemimpin tertinggi pembangkang tidak bersetuju untuk menyandarkan harapan kepada Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail begitu juga Timbalan Presiden, Azmin Ali,” ujarnya.

Justeru katanya, pemilihan Nurul Izzah dilihat adalah pilihan tepat untuk meraih simpati rakyat bagi memastikan pembangkang menang pada pilihan raya nanti.

Puak Haram Akan Buat Demo Di Dataran Merdeka Malam Ini !


Tak habis-habis puak haram ni nak buat kacau, kecoh turut menganggu ketenteraman awam... Kehadiran orang ramai bersama keluarga ke Dataran Merdeka Malam ini ialah untuk bergembira menyambut tahun baru 2012..

Yang puak haram ni nak buat kacau apa hal? Agak-agak lah kalau nak berpolitik... Ini Malaysia bukan negara barat... so... tak payah la nak tiru budaya barat untuk mengugut kerajaan!


Penganjur flashmob 'V for Merdeka', akan hadir di Dataran Merdeka pada jam 11 malam 31 Disember 2011.

"Kami meminta semua hadir memakai topeng "V" dan melakonkan semula babak dramatis terakhir dari filem 'V for Vendetta'," kata pihak penganjur dalam satu posting di Facebook.

Menurutnya, flashmob itu berbentuk partisipatif, secara simbolik ekpresi ketidakpuasan hati terhadap segala bentuk ketidakadilan dan peristiwa anti-demokratik yang berlaku di Malaysia sepanjang 2011.

"Kita mahu suarakan cukup sudah, masa untuk demokrasi sebenar sekarang, pada tahun 2012!" katanya lagi.

Objektik mereka, menurut pihak penganjur, ialah:

1. Untuk menuntut semula ruang awam dan menuntut semula Dataran Merdeka sebagai ruang terbuka dan demokratik untuk semua rakyat berhimpun secara bebas dan aman;

2. Untuk mempertahankan dan menuntut semula hak asasi rakyat untuk berhimpun secara aman, hak untuk memprotes dan hak untuk menduduki ruang awam;

3. Untuk membantah Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011;

4. Untuk menunjukkan solidariti kepada semua rakyat tertindas yang mengalami ketidakadilan dan pencabulan hak asasi mereka pada tahun 2011;

5. Untuk menunjukkan azam kami dalam menjadikan 2012 tahun perubahan sebenar demokrasi di Malaysia dalam segala aspek termasuklah politik, sosial dan ekonomi.

Ini semua rancangan jahat Anwar Ibrahim dan Am babiga!