Monday, January 2, 2012

Demo UPSI: Laporan Penuh Dari Dato Dr Junaidy Timb. Naib Canselor UPSI


Pada jam 5pm UPSI dapat maklumat bahawa kumpulan mahasiswa Solidariti Mahasiswa Malaysia akan berkumpul di UM untuk mengadakan demonstrasi di UPSI. Demonstrasi ini adalah untuk mendesak kerajaan memansuhkan AUKU dan menuntut pertuduhan pada Adam Adli digugurkan.

Jam 10pm , kumpulan SMM dari UM dengan 3 kenderaan telah menuju ke UPSI. Wartawan dan beberapa kumpulan kecil mewakili pembangkang berkumpul di depan pintu utama UPSI dan kawasan sekitar.

Pihak Keselamatan UPSI telah menutup semua laluan masuk ke UPSI sepenuhnya, berkawal bersama bantuan suksis. Pihak polis berpakaian freeman mengawasi jalan-jalan utama di bahagian pintu timur dan utama selain rondaan traffic serta peronda (show force)


Demi menjaga maruah UPSI seramai 80 pelajar UPSI daripada beberapa kolej yang cintakan keamanan bersedia mempertahan UPSI dari gangguan pihak luar – dengan slogan “we love UPSI “. Majoriti pelajar tidak suka dengan cara pihak luar campur tangan hal dalaman UPSI. UPSI bertindak tanpa mana-mana tekanan pihak luar. Rata-rata Facebook dan blog yang cintakan UPSI, menyatakan sokongan agar bumi UPSI tidak diganggu oleh pihak luar dan pelajar berhak pertahan nama baik institusi pendidikan ini.


Sekitar jam 2.10 pagi pelajar-pelajar akhirnya memulakan demonstrasi di depan pintu utama dengan melaungkan slogan menentang kerajaan dan menuduh UPSI dan TNC mengugut pelajar, dan mereka mengeluarkan kata kesat (barua, anjing) terhadap Perdana Menteri, Kementerian Pengajian Tinggi, kerajaan, UMNO dan pemimpin UPSI.


Mereka membawa kain rentang putih dan keranda daripada kotak serta membawa gambar PM sebagai simbolik pemansuhan AUKU. Polis membenarkan dengan pengawasan untuk mereka melaksanakan ucapan, jeritan, bacaan puisi dan upacara simbolik pemansuhan AUKU. Pada waktu ini Adam Adli dibawa terus ke depan pagar UPSI dijulang utk berucap berkaitan kebebasan akademik, ada dikalangan mereka juga menjerit agar pagar dibuka dan memanjat pagar pintu utama.

Mereke terus melaungkan slogan power mahasiswa selang seli dengan ucapan, tanpa henti dengan nada suara jeritan. Mereka disokong oleh beberapa wakil dari parti pembangkang sepanjang demo berlaku.


2.20am Polis menempatkan kenderaan dan anggota LSF (light strike force – bukan FRU) bagi menghadapi sebarang kemungkinan dan apabila LSF tiba mengambil tempat didepan simpang klinik shifa, kumpulan mereka (lelaki dan wanita) telah mengambil tindakan baring di atas jalan raya, bertindak sebagai perisai manusia serta konfran polis supaya tidak mengapa-apakan mereka atau berdepan tindakan revolusi pelajar seperti mesir dan Tunisia. Yang paling lantang antara mereka adalah Khalid Ismet, pelajar undang2 UNIVERSITI MALAYA (pakai baju merah, muka macam cina) cuba provokasi pihak LSF dan polis. Polis sekadar mengawasi, tiada sebarang kekerasan atau apa-apa tindakan provokasi.


2.35am Mereka telah bergerak menghampiri pintu pagar utama dan melaungkan “Buka Pintu” dan mereka telah memanjat pintu pagar dan menjerit supaya “membuka pintu dan jangan menjadi barua UMNO”.Pintu pagar UPSI telah digegarkan oleh mereka , ada yang memanjat pagar untuk memasuki dan apabila masa yang diberikan tamat, OCPD mengarahkan polis penangkap membuat tangkapan kepada kelompok tersebut selain ingin mengelakkan mereka menceroboh ke dalam UPSI dan dibimbangi akan bergaduh dengan anggota pelajar suksis UPSI, serta pemimpin pelajar yang berada dalam kampus. Pelajar-pelajar UPSI di dalam pagar tidak rela kampus mereka dicerobohi oleh para pelajar luar.

Oleh kerana mereka tidak mengindahkan arahan polis supaya bersurai dengan aman, mereka telah bergelut dengan pihak polis untuk membebaskan rakan mereka yang telah ditangkap dan waktu itulah rusuhan berlaku dan ada di antara mereka telah memecahkan pintu kaca (berkunci) Klinik Syifa dengan alasan rakan mereka sakit sesak nafas untuk dapatkan rawatan. Mereka dengan ganas memecahkan 3 panel dinding cermin klinik shifa. Polis tidak sesekali menggunakan kekerasan masa nak menangkap dan tidak memukul, mereka yang melawan sehingga terjatuh, malah anggota polis juga terjatuh semasa usaha menangkap mereka.


Kecederaan berdarah yang dialami salah sorang dari mereka bukan kerana kekerasan polis tetapi terluka semasa mereka memecahkan dinding cermin klinik panel. Pihak polis telah menangkap 17 orang dan membawa mereka ke Balai Polis Tanjung Malim untuk ditahan, termasuk Adam Adli.

Keadaan kembali tenang selepas polis menahan 17 orang tersebut dan mengarahkan semua bersurai, polis tidak menahan pelajar wanita kecuali seorang pelajar UPSI yang hadir ke balai dengan sukarela dan ditahan di sana. Polis meneruskan pengawasan terutama jalan utama depan UPSI sehingga pagi bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku.

Tindakan sepenuh pada tanggungjawab polis kerana diluar kawasan UPSI dan TNC HEP mengarahkan agar staf/pelajar berada didalam dan tidak membuat provokasi, sekadar memerhati walaupun dituduh dengan pelbagai kata-kata kesat.

ACP/KS DATO’ DR JUNAIDY ABU BAKAR
TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR)
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
TANJONG MALIM


Siswa Nazak Akhirnya Meninggal...


Siswa yang bernama Muhammad Safwan Anang yang dikatakan NAZAK semasa rusuhan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim kemarin akhirnya akan MENINGGALkan Hospital beberapa hari lagi...

Bila tengok gambar diatas orang ramai akan berkata budak ni "berlakon sebijik macam Anwar".... walhal bukan ada apa pun...  


Safwan nak lawan kerajaan tapi masuk hospital kerajaan.... mendapat rawatan dan layanan terbaik, bukan macam anjing... sepatutnya biarkan saja budak ni mampos, aman sikit Malaysia ni...


Diatas print screen twitter Adam Adli cuba membuat provokasi untuk menghuru harakan keadaan... mamat ni boleh di dakwa diatas akta menghasut...

Tweet Adam mengambarkan pihak polis ganas, kejam yang kononnya membelasah Safwan sampai nak mati... Wak lu....

Nampaknya lakonan modus operandi mereka tak menjadi...


Macam pernah aku tengok... tapi di mana ya?

.......Oh ya... di sini... cuba klik di sini....

Al-Fatihah....

52 Ditahan Dalam Operasi Maksiat Di Shah Alam


Seramai 52 individu ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam satu serbuan cegah maksiat yang diadakan pada sambutan tahun baru malam semalam.

Pegawai Perhubungan Awamnya, Nur Hamizah Othman berkata, kesemua mereka ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan berkhalwat di beberapa hotel murah yang diserbu di sekitar Shah Alam dan Serdang bermula dari pukul 1 pagi hingga 5 pagi tadi.

Beliau berkata, sebanyak 11 hotel bajet telah diserbu dalam operasi yang dikenali sebagai Ops Anti-Zina dan diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali itu.

"Mereka yang ditahan adalah berusia di antara 15 hingga 45 tahun dan kesemuanya disyaki berkhalwat dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.

"Kesemua yang ditahan sudah dibebaskan dengan jaminan mulut dan akan dipanggil semula untuk membantu siasatan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Nur Hamizah berkata, hasil serbuan dan pemeriksaan itu, pihaknya mendapati ada di kalangan pasangan terbabit disyaki berkhalwat dengan pasangan bukan Islam.

"Namun, penguat kuasa JAIS tidak menahan pasangan mereka yang bukan Islam dan hanya mereka yang beragama Islam sahaja yang ditahan dalam serbuan itu," katanya.

Bagaimanapun, Nur Hamizah enggan mendedahkan jumlah sebenar lelaki dan wanita Islam yang ditahan dalam serbuan tersebut. -Utusan

Sunday, January 1, 2012

Nik Nazmi Menangis Kerana RPK Kata Anwar Tak Layak Jadi PM


Hari ini kita menyaksikan Nik Nazmi menangis hanya kerana Raja Petra Kamarudin (RPK) membuat kejutan dengan mengkritik Anwar Ibrahim sebagai bukan lagi pilihan rakyat Malaysia, antaranya kerana mempunyai isu moral.

"Di Malaysia, anda kena pilihlah. Kalau nak jadi Perdana Menteri dan gay sekali gus, sudah tentu di Malaysia tak boleh" kenyataan pedas RPK.


Oleh kerana tidak tahan memendam perasaan pilu yang menusuk kalbu... Nik Nazmi mengeluarkan kenyataan menyerang RPK di Tweeter. YB Emo plak....

Nik Nazmi menuduh RPK kini menjadi perkakas kepada Barisan Nasional (BN). Dah la pendek... cetek pula pemikiran pemimpin PKR ni... Itu petanda tak lama lagi bungkus la bro....

Dulu RPK lah Super Hero yang sering di julang oleh Nik Nazmi... tapi bila RPK kutuk Anwar dituduh pula sebagai perkakas BN... Double standart lah orang macam ni...

Secara logiknya, BN pun tidak teringin untuk mengambil RPK join UMNO bro... coz... RPK memang terkenal dengan sikap putar alam. Pergaduhan sesama sendiri ini jelas menunjukkan Pakatan Rakyat semakin hanyut dengan mimpi basah mereka.


OPPPPSSS.... Lepas ni tak dapat lah nak kenen-kenen artis ya bro....

Berita terdahulu: Raja Petra Kamarudin Sifatkan Anwar Ibrahim Lelaki Gay

Mahasiswa Mahu Buat Kecoh Lagi Malam Ini...


Terkini - Mahasiswa SMM dikhabarkan akan membuat kecoh sekali lagi di UPSI malam ini, ini kerana misi mereka semalam gagal mencapai matlamat sebenarnya...

Menurut sumber Anwar Ibrahim mengarah sekumpulan AMK, PKR turun untuk membantu mahasiswa tersebut bagi menghalang pihak polis menjalankan tugas mereka.



Sementara itu Polis Perak menafikan anggotanya terlibat dalam pergelutan dengan mahasiswa dalam perhimpunan kumpulan itu di depan pintu masuk Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) malam tadi.

Ketua Polis Perak datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, tindakan mahasiswa yang enggan bersurai sehingga memaksa polis mengambil tindakan mungkin menunjukkan seolah-olah terdapat pergelutan, lapor The Star.

Menjelaskan keadaan malam tadi, katanya, kumpulan mahasiswa sebaliknya melanggar pintuk kaca di klinik berdekatan dan menyebabkan kecederaan.

Beliau mengesahkan seramai 17 ditahan dan seorang mendapat rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Tanjung Malim.

Kira-kira 60 orang pelajar terlibat dalam perhimpunan menuntut kebebasan akademik malam tadi.

Menurut polis Perak juga, antara yang ditahan, hanya dua daripada UPSI dan selebihnya daripada universiti sekitar Lembah Klang.