Friday, January 6, 2012

901: Bom Petrol Sebagai Provokasi


Penganjur Kempen Bebaskan Anwar 901 didakwa mempunyai agenda untuk mewujudkan suasana huru-hara pada hari berkenaan termasuk menggunakan bom petrol sebagai provokasi.

Malah menurut sumber, penganjur setakat ini telah membuat perancangan rapi termasuk mengarahkan setiap cawangan menghantar 500 ahli.

Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat dipercayai antara pakatan pembangkang malam tadi, walaupun pada mulanya terdapat bantahan di kalangan pemimpin.

"Ada yang tidak bersetuju untuk memperjuangkan agenda peribadi Anwar Ibrahim namun mereka akhirnya akur.

"Penganjur berjaya mempengaruhi wakil pemimpin parti lain bahawa kempen tersebut bertujuan memperjuangkan hak rakyat dan bukannya demi keputusan kes liwat Ketua Pembangkang itu.

"Berikutan itu, pemimpin daripada parti-parti berkenaan bersetuju untuk mengerahkan ahli mereka berkumpul di beberapa lokasi bermula malam Ahad ini.

"Antara lokasi dikenal pasti di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Stesen Bas Jalan Duta, Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru dan Dewan Orang Ramai Kampung Pandan."

Tambah sumber itu, perhimpunan haram tersebut akan dimulakan di lokasi berkenaan dengan ceramah politik oleh pemimpin masing-masing sebelum perhimpunan keesokannya.

Jelasnya, sebagai persediaan melakukan perhimpunan haram itu, penganjur kempen juga mengarahkan peserta untuk memakai baju T berwarna hitam dengan tulisan putih tertera perkataan 'Bebaskan Anwar 901'.

Katanya, peserta juga akan memakai lilitan kepala berwarna putih dan bakal diletakkan di barisan hadapan dipercayai untuk mewujudkan provokasi ketika berdepan pihak berkuasa.

Difahamkan, polis sedang mengesan pihak-pihak yang bertanggungjawab mencetak baju, lilitan kepala dan kain rentang.

Sumber memberitahu, setakat ini, sebanyak 50,000 kain rentang telah diedarkan di seluruh negara untuk mendapatkan sokongan daripada masyarakat.

Menurutnya, pihak berkuasa juga sedang mengesan jika terdapat peserta yang dibekalkan senjata sebagai persediaan untuk mewujudkan suasana huru-hara.

"Berkemungkinan besar, peserta perhimpunan haram akan diarah bertindak agresif ketika berhadapan pihak berkuasa.

"Malah mereka juga diberitahu untuk bersedia jika berpeluang meneruskan demonstrasi seperti negara asing sebagai usaha menjatuhkan kerajaan," ujarnya.

Sumber: Utusan

Dari Mana Safwan Anang Dapat Wang Bayar Khidmat Peguamnya ???



Siswa/Siswi di IPTA biasanya memerlukan banyak duit untuk perbelanjaan harian/yuran. Lain pula dengan Safwan Anang... Datang ke balai polis hadir dengan peguamnya... Wah masyuk kau bro... Anwar sponser semua ke?

Anwar Pendukung Pluralisme?


Seorang sahabat lama yang mengenali Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak sama-sama menuntut di Universiti Malaya (UM) tidak lagi menyokong beliau kerana Ketua Pembangkang itu dikatakan cenderung kepada fahaman pluralisme agama.

Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad berkata, beliau ‘meninggalkan’ Anwar setelah mendapati Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berpegang kepada fahaman yang boleh merosakkan akidah.

“Saya mengambil keputusan meninggalkan beliau kerana fahaman pluralisme boleh membawa kepada kekufuran,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ismail Mina pernah menjadi Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), bersama-sama Anwar mengasaskan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan turut terlibat membangunkan Yayasan Anda.

Pluralisme agama adalah satu fahaman yang menyamaratakan semua agama yang mana penganutnya mempercayai semua agama adalah benar.

Menurut Ismail Mina, sebab lain beliau bertindak meninggalkan pemimpin itu juga mengamalkan ideologi politik yang tersasar dari perjuangan asal yang berlandaskan kepada amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Dia (Anwar) terutama semasa di luar negara sentiasa menyatakan tidak akan melaksanakan syariat Islam apabila berkuasa.

“Dia juga mengkritik hukuman sebat terhadap Kartika Sari Dewi Shukarno (kerana minum arak) padahal wanita itu reda. Dia pula yang tak nak, sepatutnya kita sokong perempuan itu lagipun enakmen agama Pahang pun membenarkan hal itu, apa yang dia risaukan?

“Inilah dua faktor kenapa saya tinggalkan beliau,” katanya sambil menafikan beliau mempunyai faktor lain seperti tidak mendapat projek kerajaan.

Ditanya mengenai perhimpunan haram ‘Kempen Bebaskan Anwar 901’, beliau berkata, syariat Islam sangat melarang untuk memperjuangkan seseorang individu.

“Ketika Nabi Muhammad SAW wafat, Saidina Abu Bakar pernah membaca ayat al-Quran bagi mengingatkan para sahabat lain bahawa mereka berjuang bukan kerana individu (Muhammad) tetapi memperjuangkan risalah yang dibawa oleh baginda.

“Memperjuangkan individu adalah salah. Mempertahankan individu yang bukan di dalam kebenaran adalah syirik,” ujarnya.

Sumber: Utusan