Sunday, January 8, 2012

Kes 'Conteng' 901, Wartawan Suara Keadilan Di Tahan !

Bangunan UMNO Kedah di grafitikan


Seorang wartawan adalah antara tiga lelaki yang ditahan polis kerana dipercayai menconteng dinding menggunakan penyembur cat di pelbagai lokasi berhampiran Brickfields awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata mereka ditahan kira-kira 6.30 pagi itu kerana menulis perkataan biadap pada dinding berkenaan.

"Kami menemui contengan itu di Pasar Seni, Penjara Pudu, Bangsar Utama, Stesen Komuter Pantai Dalam dan Stesen Bas Jalan Raja Laut di sini," katanya kepada pemberita semalam.

Beliau berkata seorang daripada suspek adalah pemberita akhbar milik parti pembangkang manakala dua lagi penulis bebas.

Sebuah kereta di sebuah parkir shopping kompleks diconteng

Menurut sumber theunspinners Keganasan grafiti sudah dirancang untuk 901...

Apabila diperiksa bonet kereta, didapati 18 tin cat spray warna merah, 5 tin warna hitam, 1 tin warna putih, dan 3 keping kad manila tertulis '901' dan 'TTR 901" dalam pelbagai warna kad dan warna tulisan. Pemeriksaan mendapati tiang jambatan tersembr dengan cat tulisan 'TTR 901".

Ketiga-tiga suspek yang ditahan telah merancang lebih kurang sebulan yang di sebuah kedai makan di Jalan Padang Belia, Brickfields, Kuala Lumpur.

Dalangnya adalah Tian Chua dan modal RM300 diberi dari Oktober oleh Sidiqin bin Omar (Wartawan Suara keadilan).

Penahanan ini telah diputarbelitkan olih Pengerusi Majlis di Cherok To'Kun kampung Anwar.

Azmin Ali Kena Lagi... PKR Jangan Ajar Kami, Pas Sound Azmin

Pas mengingatkan parti komponen dalam Pakatan Rakyat khususnya PKR supaya menjaga keadaan rumah tangga masing-masing masing-masing, bukannya mencampuri urusan parti lain.

Sehubungan itu, Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib mempersoalkan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali yang secara terbuka bertindak mencampuri urusan parti itu khususnya berkaitan isu Datuk Dr Hasan Ali.

Tegas Harun, Pas berupaya menyelesaikan masalah dalaman parti tanpa perlu pembabitkan pihak luar.

“Masalah dalaman Pas, biarlah kepimpinan parti yang menyelesaikannya.

"Pas tidak perlu diajar memandangkan ia perkara remeh yang boleh diselesaikan sendiri oleh parti,” kata beliau kepada Sinar Harian.

Kelmarin, Azmin mendesak kepimpinan Pas supaya bertindak terhadap Hasan yang juga Exco Kerajaan Selangor kerana didakwa celupar mengkritik kempen Bebaskan Anwar 901.

Azmin menggesa Pas mengambil tindakan keras terhadap Hasan kerana kenyataannya melanggar prinsip dan semangat yang ada dalam Pakatan Rakyat dan Hasan dikatakan tidak sewajarnya berkata demikian.

Harun juga berkata, Pas tidak menghalang ahlinya menyertai atau tidak perhimpunan Gerakan Bebas 901.

“Terserah kepada ahli untuk menyertainya atau tidak,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan menegaskan beliau bimbang campur tangan pihak luar dalam masalah dalaman parti hanya akan mengeruhkan dan merumitkan lagi keadaan.

“Masalah dalaman parti, serahkan sahaja urusan kepada kepimpinan Pas. Pas bukanlah parti baru.

"Kami sudah banyak pengalaman menyelesaikan konflik dalaman parti dan tahu bagaimana untuk bertindak menyelesaikannya,” katanya

Jelasnya, Pas tidak mahu suasana seperti itu yang menyulitkan dan menyusutkan keadaan berlaku.

Jawatankuasa kerja Pas pusat yang mengadakan mesyuarat bulanan hari ini dijangka membincangkan kes Hasan.-Sinar

Berita terdahulu: Isu Hasan Ali: Pemuda PAS Beri Amaran, Azmin Tidak Patut Campur Tangan Urusan PAS

Azmin tak payah campur urusan rumah tangga PAS... Jaga bontot Anwar cukup lah...

901: Beberapa Jalan di Ibu Negara Dijangka Sesak Esok



Beberapa jalan di ibu negara dijangka sesak bermula jam 7 pagi, Isnin ini.

Laman Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur menyatakan jalan terbabit ialah Jalan Duta dari kedua-dua arah, Jalan Kuching, Bulatan Segambut, Jalan Khidmat Usaha, Jalan Ibadah, Jalan Dutamas, Jalan Persiaran Dutamas dan Jalan Hikmat Usaha.

Jalan berkenaan menuju ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Bangunan Kompleks Kerajaan, Hentian Bas Jalan Duta, Masjid Wilayah dan sekitarnya.

Justeru, Ketua Trafik Kuala Lumpur, ACP Rusli Mohd Noor menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya mengelak kesesakan pada hari itu.

"Pengguna jalan raya perlu elak daripada menggunakan jalan berkenaan jika tiada urusan penting.

"Kakitangan pejabat yang bertugas dan orang ramai yang mempunyai urusan di sekitar kawasan itu dinasihat menggunakan pengangkutan awam. Orang ramai perlu mematuhi arahan dan beri kerjasama sepenuhnya kepada anggota polis yang bertugas," katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya memastikan kenderaan mereka yang diparkir tidak menghalang lalu lintas pada hari itu.

Kesesakan itu dijangka berlaku berikutan perhimpunan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan keputusan Mahkamah Tinggi berhubung tuduhan kes liwat ketua pembangkang itu terhadap bekas pembantu peribadinya, Muhd Saiful Bukhari Azlan.

- Bernama