Monday, January 9, 2012

Provokasi Bermula #901

Penyokong Anwar sudah mula tunjuk keras kepala.... Tidak mematuhi 10 arahan yang dikeluarkan oleh PDRM.

Disamping itu mereka membuat bising dengan jeritan bebaskan Anwar dan Reformasi.

Pihak polis terpaksa merampas sepanduk yang bertulis "Bebaskan Anwar"

Bro Jinggo melaporkan live dari Mahkamah Jalan Duta.

Tian Chua Kini Berada Di Persekitaran Mahkamah Jln Duta

Awal sungguh si Tian Chua ni sampai... Agak- agak dia nak gigit siapa hari ni... Persekitaran hujan renyai-renyai pagi ni. Kira-kira 500 orang yang dah sampai pagi Ini.

Lauangan reformasi bergema sebentar tadi... Tah apa yg nk reformasi subuh-subuh ni pun aku tak faham...

Gambar Terkini Sekitar Mahkamah Jalan Duta... #901




Bas yang membawa perusuh, dari nombor pendaftaran mungkin bas ini baru sampai dari penang, ada lebih kurang 40 orang atas bas tu...


Puspha, ajk pkr cabang kota raja, tak habis-habis merayu pada polis supaya membenarkan dia masuk kedalam kawasan parking mahkamah, walau pun dah berkali-kali polis kata tak boleh, tapi dia tetap merayu juga, tak paham bahasa melayu ke ape hindu sekor nie...


Polis dah tutup jalan masuk ke mahkamah sejak jam 5 petang tadi...


Gambar oleh : Darulehsantoday

Insiden Pemecatan Hasan Ali, 10 Ribu Ahli PAS Bakal Keluar Parti !


Diberitakan lebih kurang 10 ribu ahli Pas Selangor akan keluar parti dalam masa terdekat... mereka kini sedang berkumpul di kediaman Hasan Ali bagi menyatakan sokongan kepada Hasan Ali.

Mereka yang setia kepada PAS itu dipercayai kecewa dengan keputusan parti yang tidak mengenang budi Hasan Ali yang konsisten memperjuangkan Islam, selain menjadi nadi dan tonggak kebangkitan PAS Selangor.

“Saya dipecat kerana Anwar Ibrahim,” kata bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Mohamed Ali.

“Saya tidak mahu beliau (Anwar) mengheret rakyat menjunjung perjuangannya yang saya rasa amat kotor, ini yang saya perjuangkan.

“Saya tidak sanggup hadir menyokong Anwar esok, saya antara orang PAS yang tidak sanggup membuat justifikasi mengapa Anwar harus jadi Perdana Menteri,” katanya


Turut hadir sama memberi sokongan ialah Mantan Timbalan Presiden Pas Nasaruddin Mat Isa, Harun Din, Ismail Kamus dan lain-lain.

Presiden PAS Hadi Awang telah membuat kesilapan besar kerana tunduk di bawah telunjuk DAP! Jelas terbukti DAP menjadi "tuan" mereka.

Dikhabarkan Puak Anwarinas sedang merayakan pemecatan Hasan Ali bersama Anwar Ibrahim.

PAS is DEAD!

Ceramah Anwar di Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru... Anwar Pasrah!


Ramai penyokong Anwar membanjiri Kampung Baru di ibu negara malam ini bagi mendengar 'amanat terakhir' Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum nasibnya ditentukan mahkamah esok.

Keadaan yang sesak menyebabkan ada yang terpaksa duduk di anak tangga untuk tidak melepaskan peluang menatap wajah Anwar kali terakhir- yang menghadapi kemungkinan dihukum penjara.





Jumlah kedatangan yang besar juga dipercayai ekoran kehadiran awal penyokong daripada luar Kuala Lumpur yang mula memasuki ibu negara sejak awal petang untuk menyertai perhimpunan besar di Kompleks Mahkamah Jalan Duta pada jam 7 pagi esok.

Anwar yang juga ketua Umum PKR tampak gemuruh ketika menyampaikan amatnya yang terakhir, sekali gus dilihat pasrah akan kemungkinan yang bakal dihadapinya esok.

Esok penentu segalanya... Bersalah atau tidak itu semua tidak penting... Yang penting esok adalah satu dugaan besar buat Pakatan Rakyat... dimana ianya mengukur kekuatan dan kesetiaan ketiga-tiga parti DAP, PAS dan PKR.

Adakah DAP dan PAS bersatu hati, dalam kes liwat ini, adakah mereka menyokong Anwar Ibrahim? atau hanya menganggap kes liwat ini hanya kes pribadi Anwar Ibrahim...

Jika tidak memang sia-sia PAS pecat Hasan Ali....

Sunday, January 8, 2012

Kes Liwat Anwar : Hari Penentuan Esok... Can I F**k You Today?


Sama ada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dipenjarakan atau bebas daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan diketahui esok.

Selepas hampir dua tahun dibicarakan dengan melalui pelbagai kontroversi, takdir dan nasib Anwar, 64, dalam genggaman keputusan akhir Mahkamah Tinggi yang difahamkan akan diumumkan Hakim, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah pada pagi esok.

Sekiranya barisan pe­guam Anwar diketuai Karpal Singh berjaya menimbulkan keraguan munasabah, maka Anwar dan penyokongnya boleh sahaja berteriak dan bergembira, tetapi sebaliknya jika keputusan mahkamah memihak kepada hujah pendakwaan diketuai Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, maka Anwar akan mengulangi sejarah kes liwat pertama pada 1998.

Bebas atau penjara, kedua-duanya membawa revolusi terhadap politik negara.

Sejak kes ini meletup selepas Mohd Saiful membuat laporan polis mendakwa diliwat orang kenamaan, kes berprofil tinggi ini mendapat perhatian luar biasa terutama penyokong Pembangkang yang menganggap kes sebagai komplot ‘membunuh’ karier politik Anwar.

Kes seks songsang ini diberi jolokan kes liwat II selepas kes liwat pertama di mana pada 2000, Anwar disabit kesalahan dan dihukum penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi setelah didapati bersalah meliwat bekas pemandu isterinya, Azizan Abu Bakar.

Bagaimanapun, selepas empat tahun, Mahkamah Persekutuan menolak sabitan itu, sekali gus mengetepikan hukuman penjara terhadapnya dan Anwar bersemuka kembali dengan dunia politik negara sebagai Ketua Pembangkang.

Mohd Saiful, 26, membuat laporan polis pada 28 Jun 2008 dan kes membuka tirai di Mahkamah Tinggi Jalan Duta selepas Anwar menghadapi tuduhan meliwat pemuda itu pada 7 Ogos 2008.

Selepas beliau gagal membatalkan pertuduhan liwat itu pada 1 Disember 2009, perbicaraan bermula 3 Februari 2010, seterusnya ditutup peringkat pembelaan pada 15 Disember lalu.

Sekiranya dicongak, perbicaraan mengambil masa cukup lama kerana banyak berlaku penangguhan akibat kontroversi tidak sudah-sudah dan pelbagai permohonan difailkan oleh Anwar.

Permohonan untuk menyingkir Hakim, Mohamad Zabidin sahaja berlangsung tiga kali. Seramai 26 saksi pendakwaan memberi keterangan sementara pihak pembelaan membawa lapan saksi, termasuk Anwar sendiri yang telah memilih untuk memberi keterangan tanpa bersumpah di kandang tertuduh pada 22 Ogos 2011.

Ketika perbicaraan, keterangan Mohd Saiful sebagai saksi pertama sememangnya ditunggu di mana dia mendakwa marah dan ketakutan selepas Anwar mengucapkan “can I f**k you today?”.

Antara yang hangat, seluar dalam bersama beberapa helai pakaian Mohd Saiful dibawa ke mahkamah. Malah Mohd Saiful mengaku, sehelai seluarnya dibelikan oleh Anwar dan menafikan ada mengadu kepada seorang doktor Hospital Pusrawi bahawa terdapat kemasukan objek plastik ke dalam duburnya.

Pengadu itu memberi keterangan, bahawa dia tidak mencuci dubur selepas dua hari kejadian dakwa diliwat pada 26 Jun 2008 kerana mahu menyimpan bukti.

Berkenaan air mani Lelaki Y dalam dubur Mohd Saiful, profil asid deoksiribonuleik (DNA) air mani Lelaki Y itu didapati berpadanan dengan profil DNA pada berus gigi, tuala kecil Good Morning dan botol plastik air mineral yang diambil dari lokap tempat Anwar ditahan semalaman pada malam 16 Julai 2008.

Ketua Unit Jenayah Berat, Bahagian DNA Divisyen Forensik Jabatan Kimia Malaysia (JKM), Dr Seah Lay Hong mengesahkan air mani mengandungi sperma diambil daripada dubur luar dan dalam Mohd Saiful, berasal daripada sumber sama.

Sementara Ketua Unit Paterniti DNA Divisyen Forensik JKM, Nor Aidora Saedon yang menjalankan ujian perbandingan mengesahkan profil DNA pada tiga barangan itu padan dengan profil DNA Lelaki Y.

Pendakwaan berhujah, walaupun ada dakwaan bahawa keterangan saksi-saksi pendakwaan bercanggah, tetapi pihak pembelaan tidak memanggil seorang pun saksi pakar untuk menyatakan atau menafikan bahawa DNA Lelaki Y bukan milik Anwar.

Pada 16 Mei lalu, Anwar diperintah membela diri selepas pendakwaan berjaya membuktikan prima facie dengan memutuskan Mohd Saiful saksi boleh dipercayai dan berkredibiliti.

Bagaimanapun pembe­laan mendesak mahkamah menyemak keputusan akhir kes pendakwaan itu kerana menurut pembelaan, Mohd Saiful berbohong dan kela­kuan pemuda itu juga tidak menunjukkan seperti dia diperlakukan seperti didakwa (liwat).

Pembelaan turut memohon mahkamah mengambil kira keterangan saksi pembelaan, bekas doktor Hospital Pusrawi, Dr Mohamad Osman Abdul Hamid iaitu doktor pertama memeriksa Mohd Saiful, selain mengenai keterangan tanpa bersumpah Anwar yang didakwa bersifat penafian oleh pendakwaan juga wajar diambil kira kerana ia merupakan penafian Anwar.

Menurut pembelaan, jika benar seperti didakwa, Mohd Saiful mempunyai peluang untuk melarikan diri dan meminta tolong. Dalam satu hujah seorang lagi peguam Anwar, Sankara Nair, bahawa siapa yang membawa masuk karipap dan kopi yang didakwa dimakan kedua-duanya , selepas kejadian itu.

Sumber: Sinar