Friday, January 13, 2012

Dr Hasan Ali Digugur Jawatan Exco Selangor...


Teka-teki nasib ADUN PAS Gombak Setia Datuk Dr Hasan Ali berhubung kedudukannya dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor selepas dipecat PAS baru-baru ini berakhir pagi Jumaat selepas Sultan Selangor memberi perkenan untuk membatalkan pelantikannya sebagai Exco Kerajaan Negeri.

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim yang mengadap Sultan Selangordi Istana Kayangan Shah Alam pagi tadi berkata berkata pengganti kepada Dr Hasan akan mengangkat sumpah pada Rabu depan.

"Memandangkan Datuk Hasan bukan lagi ahli PAS, saya telah membuat keputusan bahawa beliau tidak boleh lagi menjadi ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri dan telah menasihati DYMM Tuanku Sultan untuk membatalkan pelantikan beliau.

"DYMM Tuanku Sultan telah bersetuju dengan pendapat saya dan baginda akan menulis surat pembatalan pelantikan YB Datuk Dr Hasan sebagai ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri," katanya.

Pada masa yang sama, katanya, Sultan telah menurunkan kuasanya kepada beliau untuk melantik ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri yang baru.

"Baginda Sultan juga menasihatkan saya agar menjalankan tanggungjawab ini dengan bijaksana tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak-pihak," tambahnya.

Sehubungan itu, kata Khalid, pelantikan exco baru akan disempurnakan di Istana Kayangan pada hari Rabu depan.

Antara nama yang disebut-sebut adalah Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman yang juga merupakan ADUN Meru.

Sementara itu, Agendadaily dimaklumkan, Dr Hasan akan mengadakan sidang media pada pagi Isnin ini. Sejak dipecat PAS pada 8 Januari, Dr Hasan belum memberikan kenyataan berhubung masa depan politiknya.-Agendadaily

Kita boleh agak siapa yang betepuk tangan sekarang...

Majlis Peguam Dibidas “Double Standard”!

Gagasan Anti-Penyelewengan Selangor (GAPS) mengalu-alukan kenyataan Majlis Peguam yang memberikan pandangan dalam setiap isu yang menyentuh masyarakat Namun kenyataan Majlis Peguam dalam isu liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim amat tersasar jauh dari prinsip ‘Hak Untuk Di Dengar’ yang antara lain menjadi “maxim” penting dalam keadilan sejagat.

Presidennya, Hamidzun Khairuddin berkata tingkat mahkamah dari mahkamah rendah ke mahkamah tinggi ke mahkamah rayuan hingga ke mahkamah persekutuan merupakan antara pertimbangan untuk memastikan ‘Hak Untuk Di Dengar’ diberikan kepada tertuduh dan mangsa dalam mana-mana kes yang dibicarakan di negara ini.

“Gesaan Majlis Peguam yang mendesak Jabatan Peguam Negara tidak membuat rayuan kepada keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes Liwat 901 merupakan sekatan yang cuba dibuat kepada mangsa dalam kes yang tragis ini.

“Gesaan ini boleh ditafsirkan sebagai sikap Majlis Peguam yang double standard dan diskriminasi dalam memperjuangkan keadilan untuk rakyat di mana hanya mempertahankan golongan feudal dan atasan manakala cuba menindas golongan rakyat marhaen yang teraniaya,” ujarnya kepada UMNO-Online mengulas sikap Majlis Peguam terhadap kes Liwat 901.

Tambahnya, gesaan ini juga boleh dilihat usaha untuk menjuruskan kepada sistem undang-undang rimba dan menolak undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen dalam sebuah negara yang demokratik seperti Malaysia.

Tegas beliau lagi hak mangsa dan tertuduh harus diadili hingga ke peringkat mahkamah yang tertinggi di negara ini.

Tambahnya penindasan terhadap hak ini adalah kezaliman pemerintah kepada rakyat yang diperintah.

“Sehubungan dengan itu, GAPS ingin mendesak Jabatan Peguam Negara memfailkan segera Notis Rayuan dalam keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes Liwat 901,” ujarnya yang juga mantan Ketua AMK Negeri Selangor.

Rumah Anwar Ibrahim Bernilai 7 Juta, Tak Kecoh Pon :P


Rumah Anwar Ibrahim di Segambut berharga RM7 juta. Ada seorang pemimpin besar PAS tahu dari mana Anwar dapat duit untuk bina rumah ini. Kenapa AMK tidak pertikai rumah ini dari duit mana?


Ada sorang mamat AMK, memang tak dikenali ramai pun... pangkat dia dalam AMK hanya sebagai pencacai je bro... Konon nak jadi glamour... cuba cari kes yang boleh upkan nama dia...  macam Keldai-keldai yang lain dalam PKR.

Silap la mamat ni tak buat homework, hanya membuat tuduhan membabi buta... Nah... kan dah kena tembak balik... Nak tau sape pencacai tu baca lagi di sini...