Sunday, January 15, 2012

Orang Minyak Menganas di Gombak!



Sejak beberapa minggu yang lalu penduduk ibukota dikejutkan oleh berita orang minyak yang menceroboh kedalam rumah sekitar Gombak.


Kronologi Serangan Lembaga Orang Minyak di Selayang Gombak

Lokasi:
Sekitar Jalan laksamana
Kampung laksamana, Selayang
Batu caves, gombak

20 Disember 2011/Selasa , 12 malam – Gadis 17 tahun nampak lembaga hitam bertenggek di sink dapur dan ghaib
21 Disember 2011/Rabu , 11 malam – Remaja nampak lembaga hitam intai tingkap dapur dan ghaib. Polis datang jumpa kesan tapak tangan berminyak
22 Disember 2011/khamis , 10 malam – Remaja kena calit 3 calitan berminyak hitam di lengan/dengar suara halus
23 Disember 2011/Jumaat , 3 pagi – org ramai kejar lembaga hitam/ghaib kawasan semak bertanda minyak hitam
24 Disember 2011/Sabtu , 2 pagi – Lembaga hitam berjaya dikepung/dicucuk buluh runcing/hilang bila masuk rumah jiran
25 Disember 2011/Ahad , 4 pagi – Lembaga hitam dikesan dicelah pokok pisang/ pergerakan atas bumbung penduduk dikesan
26 Disember 2011/Isnin , 3 pagi – Pengera atas bumbung penduduk berbunyi empat kali.

Rekod: 7 buah rumah di Jalan Laksamana 1 telah diganggu orang minyak. Jumlah orang minyak: 2 lembaga

Laporan Orang Minyak di Gombak
* Hanya ahli keluarga perempuan sahaja yang nampak
* Muncul pada awal pagi dan mengunci pintu dari dalam
* lembaga itu yang bersembunyi di bawah meja makan dicucuk dengan buluh runcing oleh orang kampung dan terdapat kesan darah pada buluh tersebut
* polis menemuni tompok hitam
* perempuan di calit minyak oleh lembaga orang minyak

Dahulu kes kecoh di Bentong apabila orang kampung berjaya menagkap orang minyak, sekrang di Gombak. dan pernah tertangkap di taman pinggiran Batu Caves dalam bulan September.

Apa motif Orang Minyak ni? Merogol? Merompak? Adakah ada ilmu yang di amal kan?

Atau pun Azmin Ali menghantar orang minyak untuk mencuri minyak di sekitar Gombak?

Cerita Ning Baizura Di Raba Dan Azmin Ali Juga Pernah Di Raba


Ning Baizura telah mengaku yang dia pernah di raba punggung oleh peminatnya. Kisah ini akan dipaparkan dalam rancangan Melodi hari ini.

Rakyat Malaysia berharap Ning Baizura ketika di raba dia memakai seluar dalam kerana wanita tanpa seluar dalam umpama Malaysia tanpa Anwar. Azmin Ali yang taksub dengan Anwar pernah diraba punggung oleh Anwar ketika sebelum kehadiran Saiful di sisinya.

Katanya Anwar memang sukakan punggung saya seperti peminat sukakan punggung Ning Baizura.

Azmin mengatakan bahawa dia tidak boleh hidup tanpa Anwar Ibrahim. Semuanya ini telah didedahkan oleh adiknya Ummi Hafilda yang mengetahui dengan lebih mendalam kisah hidup Azmin dengan Anwar Ibrahim.

Menurut Ummi ketika itu Azmin terlalu resah kerana Anwar sering menjeling punggungnya dan Azmin tidak duduk senang dengan sikap Anwar itu.

Sikap Azmin Ali ketika itu seolah-olah serba salah dan kini Azmin masih bersama Anwar ...adakah Azmin juga merupakan jambu Anwar?

-Sungai Rapat

Hasan Ali Tidak Akan Mengemukakan Rayuan Berhubung Pemecatannya


Bekas pemimpin kontroversi PAS Datuk Dr Hasan Ali membayangkan tidak akan mengemukakan rayuan berhubung pemecatannya walaupun diberi tempoh merayu sehingga bulan depan.

Hasan, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor yang dipecat parti Islam itu minggu lalu diberi tempoh 30 hari untuk mengemukakan rayuan kepada Majlis Syura Ulama sebelum 7 Februari depan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia ini berkata beliau tidak kesal dengan pendirian tersebut selepas merasakan perjuangan di dalam PAS dikhianati khususnya oleh sekumpulan ‘parasit’ yang lebih rela menghargai dan meraikan perjuangan orang lain.

“Saya tak boleh, jiwa saya tak boleh. Saya tidak nampak kenapa harus kekal dalam parti,” katanya pada Program Bicara Memurnikan Akidah Ummah, anjuran Sekretariat Selamatkan Akidah (Himpun) di Taman Bolton di sini.

Memetik Sinar Harian, Hasan (gambar) meluahkan kekecewaan itu apabila perjuangannya mempertahankan akidah umat Islam di Selangor ditentang parti sendiri.

“Saya tidak boleh melakukannya ketika dalam parti, kerana rakan dalam parti dan kumpulan ‘parasit’ ini tidak suka isu arak dan murtad di Selangor diperjuangkan kerana hendak meraikan rakan lain yang bersekongkol dalam parti.

“Saya sanggup digugur dalam Exco dan meninggalkan segala keistimewaan. Walaupun saya cukup selesa dengan kedudukan sebagai Exco, saya tinggalkan demi menyelamatkan diri, anak—anak, keluarga dan umat Islam,” katanya di hadapan kira-kira 100 peserta yang turut menampilkan Dr Azhar Yaakob dan Farhan Abdullah sebagai ahli panel.

Hasan berkata, penentangan terhadap perjuangannya terbukti apabila beliau dikritik oleh pemimpin PAS, gara-gara memberi sokongan penuh kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) berhubung pemeriksaan gereja tahun lalu.

“Saya tidak berseorangan dalam perkara ini, dalam tempoh terdekat akan terdapat pergerakan besar—besaran memperjuangkan akidah umat Islam dalam negara,” katanya.

Ekoran pemecatan daripada PAS, Hasan turut digugurkan daripada jawatan exco kerajaan negeri Selangor.

Pemecatan Hasan dibuat PAS kerana pemimpin itu berulang kali mengeluarkan kenyataan dan pandangan yang bertentang dengan dasar parti Islam itu.-TMI