Wednesday, January 25, 2012

Anwar Di Cabar Saman Bekas Pemimpin PKR!


Beberapa bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaman mereka dan bukannya pihak lain termasuk media massa kerana mendedahkan isu moral Ketua Pembangkang itu.

Antara mereka yang membuat cabaran itu ialah bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd. Noor; bekas Naib Ketua AMK, Mohd. Zahid Md. Arip; bekas Setiausaha AMK, SD Johari Yasin; bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari dan bekas ahli AMK, Hamizun Khairuddin.

Mereka hairan kenapa Anwar hanya berani menyaman media seperti Utusan Malaysia sedangkan sebagai bekas pemimpin parti itu, merekalah antara yang awal mendedahkan persoalan moral dan akhlak Anwar secara terang-terangan kepada umum.

Ezam berkata, tindakan Anwar menyaman media massa lebih bersifat gimik politik dan bukan untuk mempertahankan kebenaran kerana Ketua Pembangkang itu sebenarnya takut berdepan dengan kebenaran.

“Kalau benar niat beliau mahu mempertahankan kebenaran, kenapa beliau tidak menyaman sahaja Datuk Shazryl Eskay Abdullah; Datuk S. Nallakaruppan dan Umi Hafilda Ali yang terang-terang mendedahkan isu moral beliau,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Anuar pula menegaskan, beliau juga bersedia untuk disaman oleh pemimpin itu kerana telah mendedahkan masalah akhlak pemimpin tersebut.

“Sejak kami mula keluar daripada PKR sehingga sekarang, pendirian kami terhadap pemimpin ini tidak berubah tetapi sehingga sekarang dia tidak berani saman kami,’’ katanya.

Katanya, tindakan Anwar menyaman media massa hanyalah untuk menafikan kebenaran dan menambah tekanan kepada media-media yang prokerajaan.

“Dia sebenarnya cuba mengembalikan kepercayaan rakyat terhadapnya kerana keyakinan rakyat mulai goyah disebabkan isu moralnya,’’ katanya.

Mohd. Zahid pula menganggap Anwar sebagai seorang pengecut kerana beliau tidak berani mengheret mereka yang pernah mendedahkan salah lakunya ke mahkamah.

“Anwar (tidak berani) berbuat demikian kerana tidak mahu mereka yang terbabit terus mendedahkan salah lakunya di mahkamah pula.

“Tindakan Anwar itu sebenarnya tersasar jauh jika benar beliau mahu membersihkan namanya,’’ katanya.

SD Johari pula berkata, beliau pernah mendedahkan moral Anwar melalui YouTube bermula 2006, namun sehingga kini tiada tindakan diambil oleh pemimpin berkenaan.

“Kenapa dia tidak saman sedangkan kenyataan saya mengenai beliau masih boleh ditonton oleh semua rakyat sehingga ke hari ini,’’ katanya.

Jumaat lalu, Anwar memfailkan saman fitnah RM50 juta terhadap Utusan Melayu (M) Bhd. berhubung penyiaran artikel bertajuk Tolak Anwar - Hassan pada 17 Januari lalu.

SD Johari menambah, jika Anwar mahu menyaman pihak-pihak mengaibkannya, maka dia juga perlu menyaman separuh daripada rakyat di negara ini yang percaya mengenai keruntuhan akhlak dan moral pemimpin itu.

Bekas ahli AMK, Hamizun turut mengakui tindakan Anwar itu hanyalah untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepadanya.

“Rakyat sudah mulai sangsi dan mempertikaikan hasrat beliau untuk menjadi Perdana Menteri kerana rekod moralnya yang sangat rendah, justeru tindakan seterus Anwar ialah menyaman akhbar ini,’’ katanya.

Kata beliau, tindakan Anwar itu hanyalah gertakan daripada individu yang terdesak sedangkan ia tidak akan dapat mengembalikan penghormatan masyarakat terhadapnya.

Tuesday, January 24, 2012

Harakah: Undi Anwar Ibarat Menempah Bilik Neraka!


Kita ingat kembali cerita lama, hanya kerana mahu memancing undi  Pas pernah berkata "Mengundi Anwar Ibarat Menempah Bilik Neraka". Kita renung kembali perjuangannya. Dulu lain sekarang lain.

Adakah dengan mengundi Anwar sekarang Ahli Pas menempah syurga..? Fikir-fikirkan lah...

Pas Is Dead!!!

Sumber FB-Zamay Roslan

Guan Eng Nyanyi Lagu BN Dengan DS Najib Tanda-Tanda Awal Kejatuhan Pakatan Rakyat!


Terkedu sekejap bila melihat Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menyanyikan lagu Barisan Nasional...

Meskipun muka Guan Eng merah padam, jelas ia menunjukkan dalam keterpaksa beliau terpaksa menahan malu dihadapan 10 ribu rakyat berbilang kaum yang hadir di Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran BN Pulau Pinang.

Adakah ini salah satu dari pertanda awal kejatuhan Pakatan Rakyat pada PRU ke-13... Insyallah...

Foto: matkilaupenang.blogspot.com

Sementara itu Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon berkata Gagasan 1Malaysia kini mula diterima oleh rakyat dari pelbagai kaum sebagai satu cara hidup di negara ini.

Katanya, disebabkan itu negara berjaya merekodkan pencapaian ekonomi memberangsangkan pada tahun lepas.

Haiyaaaa.... mana mau letak muka oo... ciau-ciua la...

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN Negeri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Pengerusi Gerakan Datuk Dr Teng Hock Nan, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Seri Zainal Abidin Othman, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) mengamalkan prinsip “semangat kekitaan dan rasa kebersamaan” bagi mengukuhkan perpaduan di kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Beliau berkata dengan berpegang kepada prinsip berkenaan rakyat Malaysia dari pelbagai kaum mampu untuk bergerak ke hadapan sebagai satu negara, satu bangsa dan satu visi.

“Kita perlu sokongan daripada semua kaum, Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban, Orang Asli dan pelbagai lagi. Sekiranya semua ini bergerak sederap (serentak) sebagai satu bangsa, satu negara dan satu satu visi maka Insya-Allah kita akan mencapai apa yang diharapkan.

“Ini bukanlah satu impian yang tidak mungkin jadi kenyataan, ini bukanlah igauan tetapi satu impian manis yang boleh jadi kenyataan kalau kita bergerak dengan semangat kekitaan dan rasa kebersamaan,” katanya.

Najib berkata berlandaskan kepada prinsip itu juga, kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan dan peruntukan yang diberikan kepada rakyat tanpa mengira kaum dan etnik, antaranya Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang memperuntukan RM500 bagi setiap isi rumah, bantuan RM100 kepada setiap pelajar sekolah dan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).

“Sebab itu kita bagi bantuan untuk semua tanpa mengira kaum dan etnik. Kita beri ini kerana ekonomi kita kukuh dan kita tidak serah ekonomi kepada pasaran sahaja kerana jika diberi kepada pasaran hanya yang kaya sahaja yang akan dapat.

“Oleh itu kerajaan beri BR1M kepada golongan rakyat yang berpendapatan RM3,000 ke bawah, asalkan mereka perlu bantuan kerajaan beri bantuan, dan ini adalah sejarah,” katanya.

Sampai Bila Nak Hidup Dengan Sampah Selangor ???




Cuba cerita sikit! sampai bila kami nak hidup dengan keadaan yang busuk dan kotor ini! Nampaknya dari sehari ke sehari, masalah sampah di seluruh Selangor sedang berhadapan dengan situasi yang amat kritikal.

Selangor kini telah bertukar menjadi sebuah negeri sampah-sarap. Atau dengan kata lain, Selangor seolah-olah tidak mempunyai sebarang badan berkuasa yang menguruskan sampah dan sisa pepejal.

Cukup lah! Kami dah jijik hidup dengan sampah-sampah ini, kami bukanya sampah masyarakat...

Yang pasti kini rakyat Selangor telah sedar mereka tertipu dengan janji manis kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menjanjikan perubahan.

Rata-rata kami penduduk di sekitar Gombak dan rakyat Selangor amat teruja menunggu saat-saat diberi peluang mengubah kerajaan negeri melalui PRU13.

Harap BN akan cuba memperbetulkan kesilapan lalu dan memberikan yang terbaik sekiranya dapat kembali menjadi pemerintah.

-Bro Jinggo

Trafik Di Lebuh Raya Bergerak Perlahan


Keadaan trafik di lebuh raya utama negara tengah hari ini, mula bergerak perlahan di beberapa tempat termasuk dari Bentong, Pahang ke ke Gombak, Selangor.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam laman twitternya melaporkan jumlah kenderaan semakin bertambah dan mula bertali arus dari Bentong ke Gombak.

Sementara laman sesawang Twitter Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS)terdapat kemalangan di Km355.6 ke Utara, Slim River-Sungkai, Perak menyebabkan trafik bergerak perlahan di kedua-dua arah.

Selain itu, trafik dari Ayer Hitam ke Yong Peng, Johor juga semakin meningkat.

Laman twitter PLUS turut melaporkan keadaan trafik dari Nilai ke Seremban terdapat kemalangan di Km274.5 yang menyebabkan lorong kanan terhalang.

PLUS dan LLM menasihatkan pengguna lebuh raya agar memandu dengan berhati-hati dan mengamalkan pemanduan yang berhemah di lebuh raya.

Sumber: Bernama