Friday, January 27, 2012

Angelina Jolie Ajar Anak Tentang Agama Islam


Pasangan pelakon Hollywood Angelina Jolie dan Brad Pitt mengaku memberikan pendidikan agama kepada anak-anak mereka.

Jolie tidak membataskan pendidikan itu pada satu atau dua agama sahaja, malahan enam anaknya mendapat pendedahan terhadap semua bentuk agama yang ada.

"Brad dan saya membesarkan anak-anak kami untuk menghargai sesama manusia," ujar ibu kepada Maddox, Pax, Zahara, Shiloh dan si kembar Vivienne dan Knox itu kepada majalah Parade.

Jolie dan Pitt memperkenalkan semua agama yang ada di dunia ini kepada enam anak mereka dengan menyediakan rak yang memuatkan pelbagai buku dan kitab agama di rumah mereka.

"Kami ada Injil, al-Quran dan semuanya. Kami juga mengajak anak kami ke gereja, kuil, menghadiri upacara ajaran Buddha, pergi masjid, mengajar mereka tentang semua kepercayaan," katanya pada Sabtu.

Menurut Jolie, walau apapun agama yang dipilih oleh anak-anaknya kelak, dia tidak akan membantah.

"Pilihannya (agama) terletak pada tangan mereka," ujarnya.


Detik Islam: kepada hero Star Wars Liam Neeson semoga menjadi seorang muslim sejati dan juga Angelina Jolie semoga mendapat hidayah.

-Detik Islam

Datuk T Kata Ada Video Anwar "Lagi Dahsyat"... Mana??


Trio 'Datuk T' yang menayangkan video seks yang mereka dakwa pelakunya adalah ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini mencabar Anwar membuktikan yang mereka salah atau berdepan dengan satu lagi pendedahan video yang "lebih dahsyat".

Salah seorang anggota Trio 'Datuk T, yang juga bekas bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim, berkata video baru itu dirakamkan pada 12 dan 13 Januari tahun lalu di Thailand.

‘‘Saya sendiri telah menonton rakaman video ini selepas diberikan oleh Datuk Eskay. Saya percaya Datuk Eskay sedia membuat pendedahan mengenai rakaman video ini di dalam mahkamah jika Anwar bertindak menyaman kami," katanya, merujuk kepada seorang lagi anggota trio Datuk T, Datuk Shazryl Ekay Abdullah.

‘‘Cuba periksa pasportnya di manakah Anwar berada pada ketika itu. Cuba tanya isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di mana Anwar pada masa itu,’’ katanya lagi.

Shuib menambah Anwar perlu segera menyaman Trio Datuk T, termasuk bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, jika mana-mana penganalisis forensik antarabangsa boleh membuktikan bahawa pelaku dalam video seks pertama yang didedahkan Mac lalu, adalah bukan Anwar.

So... tunggu apa lagi Datuk, dedahkanlah video tersebut dengan segera.. nak simpan lagi buat apa?

Video Seks Anwar Kembali, Kali Ini Anwar Dicabar Serah Video


Datuk Seri Anwar Ibrahim dicabar melantik pakar forensik antarabangsa untuk menganalisis rakaman video seks yang didakwa membabitkan Ketua Pembangkang itu seperti didedahkan kepada media pada 21 Mac tahun lalu.

Cabaran itu dibuat oleh salah seorang ‘Trio Datuk T’, Datuk Shuib Lazim, 70, bertujuan menentukan bahawa Anwar bukan pelaku di dalam rakaman video tersebut.

Shuib berkata, sekiranya pihak forensik antarabangsa mendapati pelaku itu terbukti bukannya Anwar, ketua pembangkang itu perlu segera menyaman ‘Trio Datuk T’ yang terdiri daripada beliau sendiri, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Datuk Shazryl Eskay Abdullah.

Ujarnya, di dalam mahkamah kelak mereka bersedia memberi keterangan termasuk menayangkan rakaman video yang dikatakan lebih dahsyat berlaku di Thailand pada 12 dan 13 Januari 2011.

‘‘Saya sendiri telah menonton rakaman video ini selepas diberikan oleh Datuk Eskay. Saya percaya Datuk Eskay sedia membuat pendedahan mengenai rakaman video ini di dalam mahkamah jika Anwar bertindak menyaman kami.

‘‘Kami sedia untuk membongkarkan perkara ini demi kebenaran. Kami sedia berbuat demikian demi masa depan dan nasib rakyat negara ini,’’ katanya.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan kenyataan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Ezam Mohd. Noor yang Anwar tidak berani menyaman individu seperti Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Datuk S. Nallakaruppan dan Ummi Hafilda Ali walaupun ketiga-tiga mereka telah secara terbuka mendedahkan kesalahan moral Ketua Pembangkang itu.

Ezam berkata, ini kerana Anwar sendiri tahu dakwaan mereka adalah benar dan banyak lagi ‘pekung’ akan dibuka sekiranya kes dibawa ke mahkamah.

Shuib berkata, beliau bersama dua rakannya itu sehingga hari ini sebenarnya masih menunggu untuk menerima tindakan saman daripada Anwar.

‘‘Anwar nampak sangat tidak berani menyaman rakan-rakan yang pernah rapat dengannya. Anwar hanya setakat berani saman akhbar Utusan Malaysia sahaja.

‘‘Mengapa saman Utusan Malaysia. Jika rasa hebat samanlah kami, sebab kami yang pernah mendedahkan rakaman video yang didakwa membabitkan dirinya,’’ katanya lagi.

Mengenai rakaman video di Thailand yang dikatakan berlaku lebih dahsyat, Shuib mencabar Anwar untuk menyatakan di manakah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berada pada tarikh 12 dan 13 Januari 2011.

‘‘Cuba periksa pasportnya di manakah Anwar berada pada ketika itu. Cuba tanya isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di mana Anwar pada masa itu,’’ katanya lagi.

Dalam pada itu Shuib satu masa dahulu pernah bersahabat rapat dengan Anwar berkata, Ketua Pembangkang itu tidak perlu takut untuk bertindak menyaman ‘Trio Datuk T’ jika merasakan beliau berada di pihak yang benar.

Sumber: Utusan