Wednesday, February 1, 2012

Amaran Dari Hasan Ali... Pakatan Ancaman Kepada Islam!


Akhirnya Hasan Ali bongkarkan segala rahsia kejahatan Pakatan! Yang menariknya ini adalah suara dari bekas pemimpin tertinggi Pas.

Bekas pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hasan Ali tampil dalam ceramah keduanya di Bandar Baru Bangi pada malam tadi dengan amaran bahawa Pakatan Rakyat merupakan ancaman kepada Islam.

Hasan berkata, Pakatan antara lainnya akan menyokong Israel dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara republik.

Pakatan akan menggugurkan Perkara 153 dalam perlembagaan Malaysia yang melindungi hak keistimewaan orang Melayu.

Bagaimanapun, parti berkenaan masih tidak boleh berbuat demikian, kerana tindakan itu memerlukan kelulusan daripada Majlis Raja-raja.

Oleh sebab itulah, katanya rakyat perlu menyokong gerakan JATI – kuasa ketiga yang memperjuang agenda Islam, Melayu dan Raja-raja dalam pilihan raya akan datang.

Hasan Ali juga berkata, ketua pembangkang Anwar Ibrahim disifatkannya sebagai "rakyat Malaysia yang tetap akan menjadi perdana menteri walau di dalam penjara."

Katanya, Anwar dalam syarahan di London School of Economics sebelum ini antara lainnya telah menyebut mengenai pluralisme agama – satu fahaman yang disifatkannya sebagai syirik.

"Bahaya orang ini. Kalau jumpa ular, bunuh yang mana dulu saya tak tahulah. Dalam satu cara, lebih bahaya daripada (pengerusi DAP) Karpal Singh," katanya lagi yang disambut ketawa oleh sebahagian daripada kira-kira 1,000 orang yang hadir.

Mengimbau kembali saat apabila Pakatan memenangi Selangor pada 2008, Hasan juga menceritakan bahawa beliau telah diberitahu oleh pemimpin Pakatan Rakyat supaya tidak menguatkuasa menguatkuasa enakmen jenayah Syariah di Selangor.

"Saya nak kuatkuasakan (undang-undang) yang berkaitan zina, rumah urut, arak, apa mereka kata? Bila kita menang kita bersetuju bahawa kita tidak boleh lakukan yang bertentangan dengan hak asasi manusia."

Lebih teruk lagi, kata Hasan, apabila diberitahu bahawa tindakan itu juga menyalahi hak asasi manusia sekiranya dilakukan ke atas orang Islam.

"Siapa yang halang? DAP dan PKR. DAP dan PKR saya faham kerana ia parti yang agak bercampur, yang saya tak faham orang parti saya.

"Siapa penghalang pertama?," soalnya yang disambut dengan laungan "Khalid Samad" oleh beberapa orang hadirin.

Katanya lagi, beliau sedih apabila orang bekas partinya itu sendiri boleh berdiri di belakang DAP – golongan yang menurutnya pernah berkata "kalau nak laksana hudud, undang-undang Islam, langkah mayat saya dulu."

"DAP kecam saya boleh terima, tapi orang pakai kopiah putih kecam saya, saya tak boleh terima," katanya lagi yang mengaitkannya dengan satu kunjungan yang diterimanya daripada seorang wakil PAS pusat.

Katanya, wakil yang tidak dinamakannya itu telah memberitahunya untuk mengurangkan penguatkuasaan dan serbuan oleh Jabatan Agama Islam Selangor yang diketuainya sebelum ini.

"Yang penting kita nak tawan Putrajaya dulu," katanya, mengulangi saranan yang dikemukakan oleh wakil tersebut.

Bekas timbalan pegawai daerah itu, yang mendabik dada sebagai pegawai pertama yang membaca khutbah Jumaat dalam sejarah Malaysia, juga berkata beliau tidak boleh menerima saranan tersebut.

"Biar tak sembahyang, zina, minum arak dulu asalkan pergi Putrajaya?," soalnya.

Turut berucap dalam ceramah tersebut ialah bekas ketua penerangan PAS Selangor, Hassan Basri yang turut membidas Anwar berhubung kenyataan yang didakwa mengiktiraf negara Israel.

Sumber Mkini.

Khalid Penghalang Utama - Hasan Ali


Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali mendakwa, selain pemimpin DAP dan PKR, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad penghalang utama kerja beliau sewaktu menjadi Exco Agama Kerajaan Negeri, sebelum ini.

Menurutnya, beliau memahami bantahan dibuat oleh DAP dan PKR kerana pemimpin tersebut terdiri daripada orang bukan Islam.

Sebaliknya, Hasan menegaskan beliau tidak faham mengapa Ahli Parlimen Shah Alam dari Pas menentang beliau, termasuk pernah mempersoalkan pengharaman penjualan arak di kawasan majoriti Melayu.

“Kalau DAP dan PKR itu saya faham kerana mereka bukan Islam, tetapi yang saya tidak faham Ahli Parlimen Shah Alam berdiri di barisan hadapan menentang apa yang saya lakukan.

“Tuan-tuan bayangkan, saya mahu bersihkan Shah Alam daripada judi, tidak boleh, saya nak lihat rumah urut dibersihkan pun tidak boleh,” katanya dalam ceramah Bicara Memurnikan Akidah Ummah di sini, kelmarin.

Turut hadir, bekas Ketua Penerangan Pas Selangor, Hasan Basri dan bekas Timbalan Dekan Fakulti Ekonomi Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Datuk Aidit Ghazali.

Beliau berkata, penduduk di Shah Alam perlu menolak pemimpin yang didakwa mengkhianati perjuangan Agama Islam dalam pilihan raya akan datang.

“Kalau dia bertanding dalam pilihan raya akan datang ini, jangan beri satu undi pun kepadanya,” katanya.

Menurutnya, pelbagai pelan dan strategi telah dirangka bagi menguatkuasakan Enakmen Jenayah Syariah, sewaktu beliau menjadi Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam.

Beliau berkata, pelan ini termasuk usaha memelihara akidah dengan mengadakan pemeriksaan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), 3 Ogos lalu.

Sementara itu, Hasan turut menegaskan dalam isu pemecatan beliau sebagai ahli Pas, sehingga kini pertuduhan-pertuduhan terhadapnya masih belum diketahui.

“Sehingga kini, saya masih lagi belum dipanggil membela diri atas pemecatan saya,” katanya.

Hasan berkata, beliau terima pemecatan beliau sebagai Exco Kerajaan Negeri atas prinsip perjuangan memelihara akidah, syariah dan Agama Islam.

“Isteri dan anak-anak saya tidak menitiskan air mata pun, atas pemecatan ini, kami reda kerana kami tahu apa yang kami lakukan.

“Tetapi sekiranya saya dilucutkan kerana rasuah, menipu dan mengumpul kekayaan, pastinya saya tidak boleh tidur malam,” katanya. -SH

Tuesday, January 31, 2012

Hasan Ali Tubuhkan NGO Baru 'JATI' Untuk Menghapuskan Parasit PAS!


Bekas anggota PAS Datuk Dr Hasan Ali akan menubuhkan badan bukan kerajaan (NGO) dinamakan 'Jati' untuk meneruskan agendanya memperjuangkan agama Islam, hak orang Melayu dan raja-raja Melayu.

"Secara peribadi orang tanya saya nak sertai Umno atau PKR (Parti Keadilan Rakyat)...saya nak katakan, saya tidak akan sertai mana-mana parti politik, saya akan sertai NGO yang namanya Jati," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau yang ditemui selepas berceramah di Seksyen 17 malam tadi,turut mengakui masih sayangkan PAS dan mahu membantu parti itu menghapuskan golongan 'parasit' yang cuba merosakkan perjuangan asal PAS.

Sejak dipecat dari PAS pada 8 Jan lepas, spekulasi tersebar luas bahawa bekas anggota exco kerajaan negeri Selangor itu akan menyertai Umno.

Mengulas mengenai Jati, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu berkata NGO tersebut akan dilancarkan pada 21 Feb ini.

Beliau turut mengajak NGO lain untuk bergabung dengan Jati bagi membentuk 'kuasa ketiga' yang diharapkan dapat mengimbangi kehadiran Barisan Nasional dan pakatan pembangkang pada pilihan raya umum ke-13.

Ditanya sama ada kuasa ketiga itu akan menyokong parti memerintah, Hasan berkata perkara tersebut belum diputuskan.

"Kita adalah kuasa ketiga kalau bertanding pun atas nama kuasa ketiga dan kita tak kisah sama ada kita bertanding bersama atau tidak bersama dengan mana-mana parti politik," katanya. - BERNAMA

Kepala Babi Di Temui Di Masjid Rawang ! Khalid Apa Cerita Ni...


Semakin hari semakin kurang hajar!Satu kepala babi ditemui di pintu masuk Masjid Nurul Iman di Batu 18 Rawang, Selangor, awal pagi ini.

Kepala kepala itu ditemui pada jam lima pagi oleh ahli jawatankuasa masjid apabila mereka membuka pintu pagar utama.

Pihak polis kemudiannya dihubungi dan tiba di lokasi pada jam 7.30 pagi. Setelah mengambil bahan bukti dan menyiasat di kawasan sekitar kira-kira dua jam, mereka kemudiannya meninggalkan masjid itu.

Exco kerajaan negeri Selangor Ronnie Liu, MB Selangor Khalid Ibrahim dan ADUN Rawang Gan Pei Nei! Apa cerita semua ni? jangan lah nak bermain wayang depan rakyat pulak!

Aziz Bari Mengamuk Gelaran Profesor Digugurkan


Aziz Bari hari ini mengamuk sakan berhubung kenyataan yang di keluarkan oleh Universiti Islam Antarabangsa (UIA) bahawa beliau tidak boleh lagi menggunakan status profesor kerana ia gugur secara automatik.

Bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Abdul Aziz Bari tidak boleh lagi menggunakan status profesor kerana ia gugur secara automatik setelah beliau menamatkan perkhidmatan dengan institusi pengajian tinggi itu.

Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat UIAM, Abdul Rahim Ahmad berkata, sebarang aktiviti Abdul Aziz selepas ini juga tiada kaitan dengan universiti itu.

Namun katanya, Abdul Aziz masih boleh menggunakan status profesor jika ada universiti lain melantiknya ke jawatan itu.

''Pensyarah yang tamat perkhidmatan dari mana-mana institusi pengajian tinggi awam, tidak boleh menggunakan status profesor kerana ia gugur secara automatik.

''Dengan penjelasan ini, saya harap, semua pihak dapat mengetahui gambaran sebenar tentang Abdul Aziz dan berharap sebarang aktiviti beliau selepas ini tiada kaitan dengan UIAM," katanya.

Aziz Bari sebenarnya sudah malu besar.... itulah sebabnya dia mengamuk sakan! Jawatannya sebagai profesor JUSA C sebelum ini menerima kenaikan sekurang-kurangnya RM 6,000 sebulan di bawah SBPA. Melepas der....