Saturday, February 25, 2012

Bakar Memorandum, Bukti PKR Parti Kencing Rakyat!


Parti Keadilan Rakyat (PKR) Jumaat bertindak membakar memorandum Pemuda Barisan Nasional (BN) yang mengutuk kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung sokongannya terhadap isu keselamatan negara Israel.

Setiausaha Pemuda BN Datuk Megat Firdaus Megat Junid berkata tindakan PKR membakar memorandum itu selepas Pemuda BN meletakkannya dalam peti surat parti itu di ibu pejabat PKR di Damansara di sini kira-kira 4 petang tadi, menunjukkan parti itu 'tidak amanah dan jujur'.

Beliau berkata selepas memorandum itu diletakkan dalam peti surat, kira-kira 50 anggota Pemuda BN yang menyertai perhimpunan itu mendapati kakitangan PKR keluar dan mengambil memorandum itu lalu membakarnya.

"Bayangkan, jika memorandum ini pun boleh dibakar, apatah lagi surat masalah rakyat dan surat-surat rasmi lain.

"Kami (BN) tidak pernah membakar surat-surat dari parti pembangkang dan akan sentiasa memastikan ada pegawai yang menerima memorandum yang dihantar baik positif atau negatif," katanya di sini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Supt Tuah Masrom berkata polis dapat mengawal keadaan semasa perhimpunan itu.

-Bernama

Friday, February 24, 2012

Kandungan Penuh Memorandum Pemuda BN & NGO Yang di Bakar Oleh PKR!


Berikut adalah kandungan memorandum Pemuda BN & NGO yang dihantar ke ibupejabat PKR hari ini.

MEMORANDUM PEMUDA BARISAN NASIONAL
DAN PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN

Pemuda Barisan Nasional (Pemuda BN) dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam dan Melayu, serta seluruh umat Islam danrakyat Malaysia mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang mengiktiraf negara haram Israel serta menghalalkan apa jua kezaliman dan keganasan rejim Israel ke atas rakyat Palestin atas alasan keselamatan, sebagaimana kenyataannya kepada akhbar The Wall Street Journal.

Kami berasa amat marah dengan tindak tanduk beliau yang penuh bermuka-muka dengan melabel diri sendiri sebagai pemimpin Islam yang memperjuangkan keadilan tetapi pada masa yang sama bersekongkol dan menyokong rejim Israel laknatullah yang membunuh dan menindas rakyat Palestin.

Sedarkah Anwar bahawa ribuan nyawa Palestin telah terkorban semenjak puluhan tahun penjajahan Israel? Sedarkah Anwar bahawa ramai rakyat Palestin terpenjara, tersekat dan terkongkong dek kerana pembinaan tembok tinggi oleh Israel? Sedarkah Anwar akan penderitaan dan kesengsaraan penduduk Palestin di Semenanjung Gaza yang kebuluran, miskin melarat akibat sekatan ekonomi yang dikenakan ke atas mereka oleh Israel? Apakah yang mengaburkan mata Anwar dari menyedari bahawa kesemua itu dilakukan oleh Israel atas alasan keselamatan negara? Apakah yang menjadi percaturan Anwar sehingga tergamak menjadi hero bagi Israel dan menghina perjuangan membela Palestin?

Kami nak tegaskan inilah rupa dan sifat Anwar yang sebenar. Pemimpin munafik lidah bercabang yang hanya bermodalkan lakonan dan tipu daya. Rakyat Malaysia menolak temberang dan auta beliau. Kami yakin rakyat Malaysia sedar bahawa inilah sifat sebenar Anwar yang pro-Israel dan menghalalkan segala kezaliman ke atas rakyat Palestin.

Tapi sayangnya memo ini telah di bakar oleh pihak yang tidak bertanggungjawab!
AMK Dayus!

Isu Isreal: Pemuda Umno Rempuh Ibu Pejabat PKR


Pergerakan Pemuda UMNO mengadakan satu demo bagi mendesak Anwar ibrahim tarik balik sokongan terhadap Israel.. Demo di adakan di hadapan Ibu Pejabat Parti Keadilan Nasional (PKR), di Tropicana, Damansara.



Dalam masa yang sama, Pemuda UMNO dan NGO turut menyerahkan memorandum kepada Anwar Ibrahim untuk menarik balik kenyataannya menyokong Israel.

Turut sama dalam perhimpunan ini, Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Rizalman Dato Mokhtar dan Ketua Pemuda UMNO Selangor, Ungku Salleh Ungku Mohd Jamal dan juga beberapa wakil NGO Islam beserta ratusan penyokong.



Sebaik tiba di hadapan Ibu Pejabat PKR, kumpulan telah dihalang oleh pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yg telah membuat sekatan bagi menghalang kemaraan kumpulan Pemuda UMNO & NGO. Tujuannya menjaga keselamatan bersama.


Wakil Pemuda UMNO dan NGO cuba menghantar memorandum ke dalam pejabat PKR namun dihalang oleh samseng² upahan PKR yg diberikan baju utk disarung hehe.



Bagaimanapun, hasrat Pemuda UMNO dan NGO utk menyampaikan memorandum tersebut tidak kesampaian kerana tiada sesiapa pun yg mahu mewakili PKR & Pakatan untuk menerimanya. Lagi menariknya pintu hadapan pejabat dikunci keh keh keh.



Budak gemok PKR ni sengaja menimbulkan provokasi dengan mengajak kumpulan Pemuda UMNO dan NGO bertumbuk. Tapi Pemuda UMNO dan NGO Islam memang profesional, tidak termakan dengan provokasi mereka.

Jom tengok muka dan perot dia lebih dekat.



Dekat lagi.


Malu² pulak muka dirakam camera kah kah kah. Bodoh punya gemok !!! Cari makan jadi gangster PKR? Haha.


Kesimpulannya, Anwar tidak mahu menerima memorandum. Pemuda UMNO dan NGO membaca doa selamat. Tiada kejadian yg tidak diingini berlaku.

Pemuda UMNO dan NGO beredar meninggalkan kawasan tersebut.

Sebaik berjalan pulang, budak² AMK telah menghamburkan kata² kesat dan menjerit "Hidup Hidup" berulang kali sehingga kumpulan Pemuda UMNO dan NGO hilang dari pandangan mata mereka.

Untuk info, kekuatan kumpulan Pemuda UMNO dan NGO seramai 500 orang. Kekuatan gangster PKR seramai 30 orang. Adalah tidak adil untuk Pemuda UMNO dan NGO 'bergaduh' dengan lawan seramai itu hehehe.


Ketidakbukaan PKR sangat memalukan. Pintu dikunci, tiada siapa mahu terima. Ini ker parti yg mahu menjadi kerajaan?

Dimana kebebasan dan Keadilannya??

Sumber: Riziqin

KJ: Ketua Pembangkang Jangan Hipokrit


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta tidak bersikap hipokrit dengan berpura-pura seolah-olah beliau tidak mengetahui mengenai wujudnya hubungan perdagangan antara syarikat antarabangsa di Malaysia dengan di Israel.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, pindaan terhadap Akta Kastam yang memberi kelonggaran kepada syarikat di Malaysia berdagang dengan syarikat di Israel diluluskan oleh Kabinet pada 1996 ketika Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

"Saya hendak dedahkan di sini, kawalan terhadap perdagangan dengan Israel adalah di bawah Akta Kastam di bawah Kementerian Kewangan dan kelonggaran untuk syarikat-syarikat berdagang dengan syarikat lain di Israel dibuat pada 1996 oleh Jemaah Menteri.

"Pada 1996, siapa Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan? Tidak lain tidak bukan Datuk Seri Anwar. Jadi, kalau dia kata hari ini kerajaan Malaysia buat perdagangan dengan Israel, dia buat-buat tidak tahu, dia sebenarnya menteri yang membenarkan perkara ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Pemuda UMNO di Bangunan UMNO Bahagian Parit, kemarin.

Turut serta pada sidang akhbar itu ialah Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim; Penolong Setiausaha, Datuk Megat Firdouz Megat Junid dan Ketua Pemuda UMNO Perak, Khairul Azwan Harun.

Sambil menegaskan Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dan politik dengan Israel, Khairy berkata, hubungan dagangan antara dua negara itu hanya antara syarikat antarabangsa dan ia dibuat atas keperluan globalisasi.

Katanya, sebagai contoh syarikat Intel atau pengilang di Malaysia terpaksa mengimport bahan membuat mikrocip atau semikonduktor dari syarikat Intel yang berpangkalan di Israel kerana bahan tersebut tidak boleh diperolehi dari negara lain.

Menurut Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) itu, kebenaran perdagangan itu jauh berbeza daripada sokongan politik seperti kenyataan Anwar dalam The Wall Street Journal (WSJ) yang menyokong segala usaha memastikan keselamatan negara Israel.

"Kalau Israel, negara itu akan memberikan justifikasi mempertahankan keselamatan mereka dengan apa jua cara termasuk pembunuhan rakyat Palestin," ujar beliau.

Khairy juga berkata, Pemuda UMNO menyanggah apa jua alasan yang diberikan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri itu termasuk menyalahkan media arus perdana memutar-belit laporan WSJ berhubung kenyataannya dalam isu Israel.

"Sekarang dia beri penjelasan itu (sokongan) bergantung kepada kebebasan, kemerdekaan dan penubuhan negara Palestin yang berdaulat, tetapi dalam kenyataan itu dia menyokong segala tindakan untuk mempertahankan Israel. Itu kenyataan umum yang menunjukkan Anwar menyokong Israel," katanya.

Beliau berkata, ekoran isu tersebut, sokongan orang Melayu terhadap pakatan pembangkang semakin luntur dan sebab itu mereka kelam-kabut untuk memberi penjelasan bagi menarik semula sokongan kaum tersebut.

PM Bakal Buat Pengumuman Yang Adil, Saksama Bagi Penjawat Awam


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dijangka membuat pengumuman yang adil dan saksama berkaitan perkhidmatan awam, termasuk mengenai Skim Saraan Malaysia (SSM) dan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Perkara itu dinyatakan Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman selepas mengadakan pertemuan hampir dua jam dengan Perdana Menteri di pejabatnya di sini hari ini.

Pertemuan itu turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

“Perkara itu akan diumumkan dalam waktu terdekat dan dijangka memberikan keadilan dan kebaikan untuk semua penjawat awam,” katanya kepada media tanpa mengulas lanjut mengenai perkara yang bakal diumumkan itu.

Omar berkata Cuepacs sendiri akan menyambut baik apa sahaja perkara yang bakal diumumkan serta mengucapkan terima kasih di atas kesudian serta kesediaan Perdana Menteri untuk mengadakan perbincangan dan mendengar cadangan demi kebaikan penjawat awam.

“Pertemuan hari ini menyentuh mengenai secara keseluruhan apa tuntutan serta pandangan yang dikemukakan Cuepacs selama ini berhubung permasalahan penjawat awam termasuk mengenai isu SBPA,” katanya.

Omar berkata Perdana Menteri turut menyatakan kesediaan untuk menghadiri perhimpunan besar-besaran yang akan mengumpul seramai 15,000 penjawat awam yang akan diadakan di Stadium Bukit Jalil pada 12 Mac depan.