Wednesday, February 29, 2012

PAS Bukan Lagi Parti Islam!


PAS kini dilihat sudah terdesak dalam meraih undi PRU akan datang dan... Insyallah satu hari nanti Timbalan Presiden PAS namanya Chin Peng atau Mutusamy, bayangkan Timbalan Presiden parti masih kafir didalam sebuah parti yang akan berdakwah kepada bukan Islam.

Ada baiknya jika nama Islam dibuang terus dari PAS... Memalukan!

Dibawah petikan dari Bernama...

PAS sedia menerima bukan Islam untuk menduduki jawatan tertinggi dalam parti itu, sehingga ke peringkat Timbalan Presiden, jika ada keperluan, kata Anggota Majlis Tertinggi PAS, Dzulkefly Ahmad.

Anggota Parlimen Kuala Selangor itu percaya perkara itu tidak mustahil memandangkan ia boleh menangani perubahan dalam pembaharuan intelektual dan tahan terhadap cabaran semasa.

"Mungkin belum ada keperluan untuk perkara ini sekarang, tetapi kalau sudah diutarakan, kami bersedia berbincang perkara ini dalam Muktamar PAS.

"Bagaimanapun, ini bergantung kepada keperluan parti," katanya pada sidangakhbar selepas mengambil bahagian dalam forum bertajuk 'Mengapa Undi Melayu Pecah' di Kompleks Karangkraf di sini Selasa.

Pada forum itu, perantara Dr Maszlee Malik, seorang pensyarah dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA), bertanyakan Dzulkefly sama ada PAS bersedia menuruti jejak Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) di Mesir, iaitu sayap politik Muslim Brotherhood, yang melantik intelek Coptic Christian Rafiq Habib sebagai Naib Presidennya.

Pada forum itu juga, bekas Presiden MCA yang juga Anggota Parlimen Pandan, Datuk Seri Ong Tee Keat berpandangan bahawa kaum lain tidak akan mengambil kesempatan walaupun berlakunya pecahan undi di kalangan Melayu.

"Kita kena lihat perkara ini dari sudut keMalaysiaan di mana bila undi sesebuah masyarakat itu pecah, tidak bermaksud kaum lain akan ambil kesempatan," katanya.

Lagi Cerita Lawak Dari Badrulamin... Pembantunya Disogok

Nak kata cerita lawak bangang dari Ustaz kantoi ni, ye juga... baca tajuk jer dah pecah perut di buatnya... macam-macam cerita Badrulamin pusing... Hai Ustaz kena jadi sampai macamni... Jangan lah buat perangai macam budak sekolah tadika...

Kalau nak salahkan Umno ada-ada je cerita lawak bangangnya tu...


Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Dr Badrolamin Bahron mendakwa pembantunya ditawarkan imbuhan lumayan oleh sekumpulan lelaki sebagai dorongan supaya menjadi saksi memburukkannya.

Menurut Badrolamin, pembantunya itu diugut supaya memberi kerjasama dan ditawarkan upah lumayan bagi membantu menjayakan satu rancangan pihak tersebut.

“Ketika saya berada di Kuantan, pembantu saya didatangi enam lelaki dengan nada memujuk dan mengugut meminta supaya memberikan kerjasama.

“Sekiranya dia (pembantu) sanggup berikan kerjasama dengan menceritakan kononnya saya begitu dan begini, dia akan diberikan imbuhan lumayan,” katanya semasa menyampaikan ceramah sulungnya di Ampangan, dekat sini, malam kelmarin.

Bagaimanapun, Badrolamin berkata, pembantunya itu kuat semangat tidak melayan tawaran berkenaan sebelum memaklumkan kepadanya mengenai perkara itu.

Bila Badrulamin nak buat laporan polis berhubung dakwaannya dipukul sekumpulan 20 lelaki yang menyerbu bilik hotelnya sebelum ditangkap atas dakwaan berkhalwat dengan isteri orang tempohari?

Tengku Adnan: Bukan Kita Yang Suruh Badrulamin Pakai “Towel”!


Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor membidas pakatan pembangkang yang seringkali menuduh Barisan Nasional (BN) dan UMNO atas apa saja kesalahan atau kesulitan yang dilakukan oleh mereka.

Tegasnya, UMNO adalah parti yang mempunyai landasan jelas dari dulu, kini dan selamanya dan tidak akan melakukan pelbagai perkara sebagaimana tuduhan daripada mereka.

“Kalau betul itu adalah perbuatan orang BN/UMNO buatlah laporan polis. Ini perkara yang tak masuk akal dan sengaja diada-adakan kerana nak tunjukkan kononnya UMNO ini adalah pertubuhan yang tidak berguna,” katanya.

Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng melemparkan tuduhan ke atas UMNO ekoran berlakunya kekacauan semasa Perhimpunan Hijau 2.0 di Padang Kota Lama, Pulau Pinang.

“Ceramah pembangkang di Sembrong gagal pun tuduh BN/UMNO, Badrul Amin kena tangkap khalwat pun tuduh BN/UMNO juga… mana ada kena mengena dengan kita, mereka yang nak buat jadi tanggunglah apa yang berlaku. Bukan UMNO yang suruh dia pakai towel sebagaimana yang diperkatakan oleh mereka,” tegasnya.