Tuesday, March 20, 2012

SPRM Diminta Jelaskan Status Siasatan Harta Azmin Ali


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini diminta menjelaskan perkembangan siasatannya berhubung satu laporan yang dibuat lebih dua tahun lepas mengenai harta Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Azmin Ali dan isterinya.

Bekas setiausaha sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari, berkata bahawa pada 17 Nov 2009 beliau telah membuat laporan polis berhubung perkara itu dan kes berkenaan kemudian dikendalikan oleh SPRM."Seminggu selepas saya membuat laporan polis, SPRM telah panggil saya untuk diambil keterangan, (dan) difahamkan sampai sekarang kes itu masih dalam siasatan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Anuar berkata bahawa demi ketelusan, beliau berharap SPRM dapat menjelaskan kedudukan sebenar perkembangan siasatan itu.   Beliau turut meminta Azmin mengisytiharkan harta beliau dan isterinya. - Bernama

Biseksual: Anwar Bacul, Takut Saman Nalla



Rakan sepermainan tenis Anwar Ibrahim, Nallakaruppan sekali lagi melepaskan bom, sasarannya tepat mengenai kepala Anwar.

Kata Nalla, Anwar sebagai biseksual tak layak menjadi Perdana Menteri. Satu kenyataan yang agak pedas & berapi yang bukan pertama kali membakar telinga Anwar.

KUALA LUMPUR, 19 Mac - Pengerusi Malaysia United Indian Party (MIUP) Dato' Nallakaruppan tidak gentar jika Ketua Umum Pembangkang itu mengambil tindakan saman ke atasnya atas pendedahan yang dilakukan.

Beliau kelihatan cukup yakin apabila mendedahkan Anwar Ibrahim sebagai seorang manusia yang mengamalkan biseksual berdasarkan pengalamannya lebih 30 tahun mengenali Ketua Umum Pembangkang itu.

Nallakaruppan juga berkata beliau kenal dengan sifat dan perangai Ketua Umum Pembangkang malah yakin 99.99 peratus pelaku dalam video seks itu adalah Anwar Ibrahim.

- Klpos, 19 Mac 2012 -

30 tahun persahabatan Nalla dengan Anwar bukan satu tempoh yang singkat. Naik dan jatuh Anwar Ibrahim dalam dunia politik sama-sama dirasai oleh Nalla.

Di mana ada Anwar, di situ pasti ada Nalla. Bila Anwar memerlukan 'stok' pelepas nafsu maka Nalla yang akan berusaha mendapatkan 'stok' tersebut tanpa mengira siang atau malam, hari biasa mahupun di bulan puasa.

Bom yang dilepaskan Nalla kali ini bukan setakat menyebabkan Anwar Ibrahim kelu lidahnya, jauh dari itu tak mustahil bakal menyebabkan rakan sekatil Anwar dari Pas akan turut merasa tempiasnya.

"Tidak ada peruntukan dalam perlembagaan membenarkan biseksual menjadi Perdana Menteri dan tidak ada peruntukan juga untuk biseksual menjadi Ketua pembangkang. Saya amat hairan mengapa pembangkang boleh mengambil seorang biseksual sebagai ketua" - Nallakaruppan.

- Utusan Malaysia, 20 Mac 2012 -

Samaada Anwar ataupun keluarganya, tidak seorangpun yang akan berani bersuara apatah lagi untuk mengambil tindakan undang-undang menyaman Nalla atas setiap pendedahan yang dilakukan.

Jangankan saman malu, bila Nalla ajak Anwar berdebat dan turut menwarkan dirinya sebagai saksi semasa perbicaraan liwat tempohari pun Anwar hanya mampu bersilat kata untuk mengelakkan diri dari menjawab cabaran tersebut.

Di antara empat orang musuh utama Anwar, yakni Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Datuk S. Nallakaruppan, Ezam Mohd Noor dan Ummi Hafilda Ali, yang paling ditakuti oleh Anwar ialah Nallakaruppan.

Tidak sedikit rahsia Anwar berada dalam genggamannya, disebabkan itulah hingga sekarang bila saja Nalla membuka mulut mendedahkan sedikit demi sedikit rahsia Anwar, tiada sebutir pun kata-kata pembelaan yang keluar dari mulutnya.

Diam bermakna setuju, tapi bagi Anwar diam itu satu keperluan penting terutama bila berhadapan dengan Nallakaruppan, demi untuk mengelakkan lebih banyak rahsia peribadi luar tabienya menjadi perhatian umum.

Nallakarupan: Anwar Ibrahim Seorang Biseksual


Senator Datuk KS Nallakaruppan muncul semula hari ini dan mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah seorang biseksual dan beliau pernah melihat Anwar ‘beraksi’ dalam satu sidang media di pejabat Perkasa, Kuala Lumpur.

Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MUIP) itu turut mencabar Anwar untuk mengambil tindakan undang-undang terhadapnya jika dakwaan itu tidak benar.

Nallakarupan yang berulang kali menyatakan beliau kawan Anwar selama 30 tahun mahu Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat mengeluarkan fatwa membenarkan seorang biseksual menjadi ketua pembangkang.


Beliau sebelum itu menyatakan hairan mengapa Pakatan Rakyat melantik Anwar, seorang biseksual menurut beliau, untuk menjadi ketua pembangkang.

“Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah seorang biseksual. Dia tidak berhenti walaupun selepas dia keluar dari penjara. Saya meninggalkan dia kerana dia masih meneruskan aktiviti itu, “kata Nalla.

“Orang ramai menganggap beliau adalah seorang Muslim yang baik, tetapi ia tidak. Saya mencabar beliau, jika dia anak jantan, bawa saya ke mahkamah,” tambah beliau.

“Dia boleh menipu orang ramai, tetapi hakikatnya ialah beliau mahu merosakkan negara. Jika dia berani, panggil saya keluar (ke mahkamah) . Saya boleh mendedahkan di mahkamah siapa budak yang dia telah liwat. Saya cabar Anwar on this matter, bisexual,” katanya lagi.

Menurut beliau, jika Anwar menghadapkannya ke mahkamah, beliau akan mendedahkan lebih banyak perkara mengenai Ahli Parlimen Permatang Pauh itu kerana setakat ini pendedahan yang telah beliau buat hanya 30 peratus sahaja.

“Nik Aziz juga harus mengeluarkan fatwa untuk membenarkan biseksual menjadi ketua pembangkang. Mengapa mereka (Pakatan Rakyat) tidak mengambil tindakan ke atas beliau? Mereka mesti mengambil tindakan terhadap perilakunya. Terdapat begitu ramai pemimpin pembangkang, mengapa meletakkan lelaki biseksual (untuk menjadi ketua pembangkang)? ” Tanya Nalla.

“Dengan ini saya katakan yang Anwar seorang biseksual dan saya cabar Anwar saman saya di atas kenyataan ini. Anwar doesn’t want to face the truth, dia bukan anak jantan.

“Dia (Anwar) tidak ada prinsip. Beliau mahu menjadi Perdana Menteri, itu sahaja. Beliau akan merosakkan apa-apa untuk menjadi Perdana Menteri, “katanya.

Beliau juga memberitahu telah mengatakan pertemuan dengan pemimpin utama PAS untuk mendedahkan siapakah Anwar.

“Saya bersedia jumpa Nik Aziz untuk tujuan yang sama,” katanya.

Ditanya apakah sebabnya beliau ‘muncul’ semula menyerang Anwar, kata Nallakarupan, beliau terpaksa, kerana Anwar ‘pusing’ Malaysia untuk membohongi rakyat Malaysia.

“Sebagai orang yang kenal Anwar, saya perlu mengatakan kepada rakyat bahawa Anwar adalah manusia lidah bercabang, seorang biseksual,” katanya.-Agendadaily