Tuesday, March 20, 2012

Lynas: MP BN Ajak Debat Luar Dewan

Kekecohan di dalam Dewan Rakyat berlarutan sehingga ke luar dewan apabila Ahli Parlimen Mambong (BN) James Dawos Mamit mengajak wakil rakyat Kuala Selangor (Pas) Dr. Dzulkefly Ahmad berdebat di luar.

Dzulkefly ketika ditemu bual wartawan di luar dewan, ditegur Mawit dengan nada beremosi mengajak berbincang secara bersemuka dengannya dan tidak hanya pandai memboikot tindakan kerajaan yang ingin penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) untuk meneliti isu nadir bumi Lynas di Gebeng.

Pelawaan itu disambut baik Dzulkefly yang ketika itu bersama Ahli Parlimen Kuantan (PKR), Fuziah Salleh.

Perang mulut antara wakil rakyat BN dan Pas itu berlanjutan sehinggakan temubual itu terpaksa dihentikan.

Bagaimanapun, tindakan Dzulkefly menenangkan James sehingga mengiringinya ke kereta meredakan keadaan.

Dzulkefly menyifatkan perselisihan faham seperti itu adalah perkara biasa apabila menyentuh isu-isu besar seperti projek nadir bumi ini.

Beliau ketika ditanya, apakah perasaan apabila Mawit menuding jari ke arahnya berkata:

“Saya tidak mengambil serius tentang perkara itu kerana pada saya semua orang beremosi apabila berbicara tentang isu Lynas ini,”

“Dan jika benar beliau mahu berdebat dengan saya tentang hal ini, saya bersedia… walaupun saya bukanlah orang terlalu pakar dalam hal ini, namun dengan sedikit pengalaman dan ilmu yang saya ada.. Saya terima untuk berdebat,” kata pakar toksikologi dari Universiti Sains Malaysia.

SPRM Diminta Jelaskan Status Siasatan Harta Azmin Ali


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini diminta menjelaskan perkembangan siasatannya berhubung satu laporan yang dibuat lebih dua tahun lepas mengenai harta Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Azmin Ali dan isterinya.

Bekas setiausaha sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari, berkata bahawa pada 17 Nov 2009 beliau telah membuat laporan polis berhubung perkara itu dan kes berkenaan kemudian dikendalikan oleh SPRM."Seminggu selepas saya membuat laporan polis, SPRM telah panggil saya untuk diambil keterangan, (dan) difahamkan sampai sekarang kes itu masih dalam siasatan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Anuar berkata bahawa demi ketelusan, beliau berharap SPRM dapat menjelaskan kedudukan sebenar perkembangan siasatan itu.   Beliau turut meminta Azmin mengisytiharkan harta beliau dan isterinya. - Bernama

Biseksual: Anwar Bacul, Takut Saman Nalla



Rakan sepermainan tenis Anwar Ibrahim, Nallakaruppan sekali lagi melepaskan bom, sasarannya tepat mengenai kepala Anwar.

Kata Nalla, Anwar sebagai biseksual tak layak menjadi Perdana Menteri. Satu kenyataan yang agak pedas & berapi yang bukan pertama kali membakar telinga Anwar.

KUALA LUMPUR, 19 Mac - Pengerusi Malaysia United Indian Party (MIUP) Dato' Nallakaruppan tidak gentar jika Ketua Umum Pembangkang itu mengambil tindakan saman ke atasnya atas pendedahan yang dilakukan.

Beliau kelihatan cukup yakin apabila mendedahkan Anwar Ibrahim sebagai seorang manusia yang mengamalkan biseksual berdasarkan pengalamannya lebih 30 tahun mengenali Ketua Umum Pembangkang itu.

Nallakaruppan juga berkata beliau kenal dengan sifat dan perangai Ketua Umum Pembangkang malah yakin 99.99 peratus pelaku dalam video seks itu adalah Anwar Ibrahim.

- Klpos, 19 Mac 2012 -

30 tahun persahabatan Nalla dengan Anwar bukan satu tempoh yang singkat. Naik dan jatuh Anwar Ibrahim dalam dunia politik sama-sama dirasai oleh Nalla.

Di mana ada Anwar, di situ pasti ada Nalla. Bila Anwar memerlukan 'stok' pelepas nafsu maka Nalla yang akan berusaha mendapatkan 'stok' tersebut tanpa mengira siang atau malam, hari biasa mahupun di bulan puasa.

Bom yang dilepaskan Nalla kali ini bukan setakat menyebabkan Anwar Ibrahim kelu lidahnya, jauh dari itu tak mustahil bakal menyebabkan rakan sekatil Anwar dari Pas akan turut merasa tempiasnya.

"Tidak ada peruntukan dalam perlembagaan membenarkan biseksual menjadi Perdana Menteri dan tidak ada peruntukan juga untuk biseksual menjadi Ketua pembangkang. Saya amat hairan mengapa pembangkang boleh mengambil seorang biseksual sebagai ketua" - Nallakaruppan.

- Utusan Malaysia, 20 Mac 2012 -

Samaada Anwar ataupun keluarganya, tidak seorangpun yang akan berani bersuara apatah lagi untuk mengambil tindakan undang-undang menyaman Nalla atas setiap pendedahan yang dilakukan.

Jangankan saman malu, bila Nalla ajak Anwar berdebat dan turut menwarkan dirinya sebagai saksi semasa perbicaraan liwat tempohari pun Anwar hanya mampu bersilat kata untuk mengelakkan diri dari menjawab cabaran tersebut.

Di antara empat orang musuh utama Anwar, yakni Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Datuk S. Nallakaruppan, Ezam Mohd Noor dan Ummi Hafilda Ali, yang paling ditakuti oleh Anwar ialah Nallakaruppan.

Tidak sedikit rahsia Anwar berada dalam genggamannya, disebabkan itulah hingga sekarang bila saja Nalla membuka mulut mendedahkan sedikit demi sedikit rahsia Anwar, tiada sebutir pun kata-kata pembelaan yang keluar dari mulutnya.

Diam bermakna setuju, tapi bagi Anwar diam itu satu keperluan penting terutama bila berhadapan dengan Nallakaruppan, demi untuk mengelakkan lebih banyak rahsia peribadi luar tabienya menjadi perhatian umum.