Wednesday, March 28, 2012

Azmin Ali Jadi Bacul, Enggan Layan Hasan Ali



Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali bolehlah dianggap sebagai bacul kerana enggan melayan cabaran bekas Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali agar menjelaskan butiran sumber kewangannya untuk membeli saham bernilai jutaan ringgit ketika menjadi pegawai kerajaan pada 1992 hingga 1994.

Ahli Parlimen Gombak itu mendakwa tuduhan Hasan sebagai fitnah bagi mengalih perhatian orang ramai mengenai persoalan yang dibangkitkannya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor baru-baru ini.

Azmin yang juga Adun Bukit Antarabangsa berkata beliau melahirkan rasa terkejut dengan cabaran Hasan dan mendakwa Hasan Ali mengambil pendirian menyerang peribadinya yang kononya fakta-fakta fitnah

"Saya terkejut sebab sebagai pemegang PhD beliau selalu mendakwa dirinya bijak dan berpengalaman luas...tapi saya terkejut sebab pemikirannya terlalu lemah dalamrespon kepada perbahasan saya dalam DUN.

"Beliau mengambil pendirian yang mengecewakan. Apakah ini nilai Islam dan Melayu yang hendak diperjuangakan Hasan Ali? Beliau tak jawab soalan pokok tapi kutip fitnah beberapa individu dan menyuburkan fitnah itu," katanya.

Pada persidangan DUN Selangor minggu lalu, Mohamed Azmin membangkitkan mengenai perbelanjaan berjumlah RM300,000 bagi mengubahsuai pejabat Hasan ketika menjadi exco Selangor dua tahun lalu.


Persoalannya disini... jika benar kenyataan Hasan Ali berbaur fitnah kenapa Azmin harus menjadi bacul untuk membersihkan dirinya?

Wee Ka Siong Ditumbuk! Siapa Samseng Sekarang?


PAKATAN harami sejak beberapa menjak ini gemar menggunakan pendekatan mengaitkan UMNO dengan imej samseng. Untuk menyokong gambaran tersebut dikatakanlah Nurul Izzah nak kena tumbuk, Guan Eng nak kena pukul, Anwar nak kena liwat dan sebagainya.

Penulis sebut Anwar nak kena liwat ke tadi?

Apa-apa punlah. Yang penting tu isunya disini cubaan mengatakan kita UMNO ni ganas dan depa tulah yang sebenarnya suci murni macam minyak masak Sri Murni.

Walhal takde bukti pun bahawa ‘samseng’ yang terlibat itu orang UMNO. Hanya sebab dia pakai baju UMNO, itu mungkin samseng yang diupah sendiri oleh Anwar untuk menjatuhkan imej UMNO.

Dan apa ke banghalnya UMNO nak menghantar samseng yang pakai atau bawa bendera UMNO? Bukankah itu hanya mendedahkan UMNO kepada kecaman dan kutukan? Ini politik zaman 60-an PKR sebab banyak sangat terpengaruh dengan wayang lama.

Tapi janganlah kita terlupa. Dalam kalau diikutkan sejarah negara ni bermula tahun 1998, imej ganas dalam berpolitik sebenarnya banyak dikaitkan dengan PKR dan PAS.

Paling di atas sudah tentulah PKR. Banyak contoh yang boleh ditunjukkan disini seperti cubaan menggagalkan upacara sumpah laknat oleh Trio Datuk T pada April tahun sudah dan sidang media bekas pegawai khas Anwar, Rahimi Osman pada Oktober 2010.

Disamping demonstrasi-demonstrasi yang kononnya aman tapi sering kali berakhir dengan kekecohan sebab penyokong Pakatan harami mananya yang reti makan saman, semuanya pun suka nak mencetuskan keadaan tidak tenteram.

Perhimpunan Dong Zong di Kajang semalam yang menyaksikan Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Wee Ka Siong ditumbuk pula kita percaya dilakukan penyokong DAP sebab DAP saja yang kuat sokong Dong Zong ni.

Walaupun dakwaan Wee Ka Siong itu belum dibuktikan kerana polis masih menjalankan siasatan, tak salah untuk bercakap sebab dakwaan Nurul Izzah nak kena tumbuk pun masih tidak terbukti sehingga sekarang tapi UMNO dah dituduh sebagai bertanggungjawab dah, tak gitu?

Minggu sudah, Ketua Wanita MCA Pulau Pinang, Tan Cheng Liang diprovok, digelar ayam tua dan pelacur oleh penyokong Pakatan harami dalam satu majlis di negeri tersebut.


Semua ini menunjukkan bahawa Pakatan haramilah sebenarnya yang mengamalkan politik samseng, bukan UMNO mahupun BN seperti mana yang hebat dituduh sekarang.

Isu UMNO dan samseng ini dibangkit dan diulang banyak kali hanya untuk menanamkan persepsi negatif UMNO kepada rakyat. Tak pulak disedari mereka bahawa dalam masa yang sama Pakatan harami juga menuduh UMNO mengawal polis dan tentera.

Macam mana tu? Kejap kata kita guna samseng, kejap kata kita guna polis? Kalau dah boleh guna polis, nak guna samseng buat apa lagi?

Itulah pelik dan singkatnya otak penyokong Pakatan harami dan kesempatan ini digunakan sebaik mungkin oleh manusia bernama Anwar untuk kepentingan politik peribadinya dan itu sahaja semata-mata.

Mananya ada yang berkaitan dengan kepentingan rakyat, bohong saja semua itu.

Kasut Khalid Ibrahim Bawa Sial...


Hasil pentarbiahan DAP selama empat tahun ke atas Menteri Besar Selangor hasilnya boleh dilihat hari ini. Khalid sudah lupa jati dirinya sebagai orang melayu.

Jika dulu apabila Khir Toyo menyampaikan hadiah penyapu kepada seorang YDP pihak berkuasa tempatan pelbagai kecaman yang pembangkang lemparkan kepadanya.

Sial, suwey, majal , dan pelbagai istilah lagi digunakan untuk menggambarkan amat sensitifnya melayu dengan penyapu. Sedangkan apa yang dilakukan Khir Toyo ketika itu adalah persetujuan bersama yang telah dicapai diantara ketua-ketua PBT seluruh Selangor bersama kerajaan negeri dalam usaha untuk meningkatkan hasil serta kualiti PBT.

Hari ini seorang MB Selangor melawat rakyatnya dan bersila diatas tikar dalam keadaan berkasut. Adakah itu menepati ciri-ciri adat melayu ?

Gambar diatas menunjukan Khalid Ibrahim dalam keadaan berkasut bertemu mangsa banjir di Hulu Langat dua minggu lepas.

Mana suara-suara yang lima tahun lepas yang menjerit penyapu bukan adat melayu ?

-Sel13

Pas Terus Bergolak



Pendirian Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan yang tidak bersetuju dengan urus niaga bersama kaum Yahudi, menunjukkan pertelagahan terus berlaku dalam kepimpinan parti pembangkang itu.

Bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas, Prof. Madya Mohd. Noor Deris berkata, pertelagahan itu ibarat 'retak menunggu belah' dan diharap akan membawa kepada penyatuan umat Islam di negara ini.

Menurutnya, kenyataan Nasrudin yang dilihat bercanggah dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu membuktikan umat Islam di negara ini benar-benar mematuhi perintah Allah dalam soal hubungan dengan Yahudi.

Justeru, beliau meminta ahli Pas sama ada yang menyokong Nasrudin mahu pun Nik Abdul Aziz dan Abdul Hadi, supaya tidak mempertikaikan soal kerjasama dengan Yahudi itu kerana ia merupakan perkara kecil.

Kerajaan Buka Tender Ambil Alih Projek Pusat Fidlot Nasional



Kerajaan akan membuka tender kepada mana-mana syarikat yang berminat untuk mengambil alih projek ternakan lembu daging Perbadanan Fidlot Nasional (NFC), kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.

Beliau berkata kementerian itu serius untuk memastikan projek tersebut dapat diteruskan dan berjalan lancar seperti yang dicadangkan sebelum ini.

Menurutnya, cadangan mempelawa syarikat lain meneruskan projek itu telah diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini dengan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin diminta diminta memastikan projek
itu diteruskan.

"Kita telah melantik juruaudit bebas kerana kita serius (untuk teruskan projek ini). Kita juga dalam proses kedua iaitu membuka tender projek untuk diteruskan oleh mana-mana syarikat yang berminat," katanya ketika menggulung usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong bagi kementeriannya di Dewan Rakyat hari ini.

Isu NFC berbangkit apabila didakwa telah menyalah guna peruntukan kerajaan sebanyak RM250 juta untuk projek pengeluaran daging. - Bernama