Wednesday, April 11, 2012

Isu PTPTN: KJ Palam Rafizi dan Cifut


Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menyifatkan langkah PKR untuk menghapuskan hutang yang ditanggung pelajar daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebagai tindakan populis untuk menang dalam pilihan raya akan datang.

Sedangkan, "janji manis dan tidak bertanggungjawab" itu tidak mendapat persetujuan daripada PAS dan DAP malah tidak dijadikan dasar bersama Pakatan Rakyat.

"Ia dibuat di atas pentas ceramah dan perincian (penghapusan hutang PTPTN) datang kemudian. Mereka tak fikir mengenai bagaimana nak tampung dan biayai hutang tersebut.

"Itu satu janji manis, cerita dongeng daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim semata-mata terdesak untuk menang undi orang muda nampak kecenderungan kepada BN. Ini adalah langkah terdesak," katanya.

Katanya, beliau mempertahankan pinjaman PTPTN dengan memberi beberapa cadangan penambaikan untuk kemudahan peminjam.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan rundingan meja bulat berhubung isu berkenaan bersama sekumpulan mahasiswa hari ini.

Khairy mengulas kenyataan pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli yang berkata pinjaman PTPTN sedia ada berjumlah RM24.7 bilion kepada mahasiswa itu dapat dilupuskan dalam tempoh 15 tahun.

Rafizi berkata demikian dalam satu program rundingcara berhubung penyelesaian hutang pinjaman tersebut di Shah Alam malam tadi.

Gambar Aksi Nurul Izzah Yang Menimbulkan Kontroversi


Foto:  Nurul Izzah yang telah menimbulkan kontroversi kepada diri beliau... 
Ketika rakyat memerlukan bantuan.... Nurul Izzah sibuk layan futsal...
Syabas lah YB....

Tapi Dato’ Raja Nong Chik bantu rakyat pindah.


Baca seterusnya disini...

Akhirnya Rita Rudaini Terima SMS Cerai Dari Suami


Pelakon Rita Rudaini menjelaskan telah menerima berita sahih bahawa suaminya, Aidil Zafuan Abdul Razak, 25 telah membuat permohonan untuk bercerai dengannya.

Rita dalam laporan Utusan Malaysia hari ini berkata, suaminya yang juga pemain bola sepak kebangsaan itu sendiri telah memaklumkan kepadanya mengenai perkara itu menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

Dalam SMS yang diterima Rita, Aidil antara memberitahu dia sudah menfailkan penceraian dan peguamnya akan memaklumkan lebih lanjut perkara itu kepadanya.

Menurut Rita, dia tidak berasa kecewa atau bersedih dengan apa yang telah diputuskan suami memandangkan sudah lebih empat bulan Aidil ‘menghilangkan’ diri setelah keluar dari rumah mereka.

“Saya terima apa yang sudah tertulis. Kami bernikah di Thailand, mempunyai dua anak dan sekarang ini saya bakal bergelar ibu tunggal, semua ini takdir hidup saya," katanya.

Pada 10 Januari lalu, Rita bersama dua anaknya yang baru pulang dari Kangar, Perlis agak terkejut apabila mendapati Aidil meninggalkan rumah selepas menghantar mesej menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) tanpa memberitahu alasannya.

Bagaimanapun beberapa hari selepas itu seorang pembantu rumah Rita memberitahu kembar bintang bola sepak tersebut iaitu Zaquan Adha bersama isterinya, pelakon Ayu Raudhah membantu untuk “membawa lari” Aidil dari rumah berkenaan.

PTPTN: Pemuda Mahu Rakyat 'Lebih Rasional' #mejabulatptptn


Umno dan PKR mengadakan perbincangan meja bulat serentak mengenai Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) - tetapi Pergerakan Pemuda parti teras Barisan Nasional (BN) mahu orang ramai melihat isu itu "dengan lebih rasional."

Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim berkata, orang ramai perlu melihat isu ini dengan lebih rasional kerana kerajaan tidak mahu membuat janji manis seperti pembangkang.

“Pembangkang kata mereka boleh hapus RM43 bilion tetapi perlu diingat kesannya kepada 87 peratus peminjam yang sudah membuat pembayaran balik itu, bagaimana mahu dikira?

“Kerajaan tidak membuat janji seperti pembangkang kerana memikirkan implikasi yang akan berlaku di masa akan datang, bukan hanya memberi janji pilihan raya, kita mahu cari cara yang terbaik selesai isu ini,” kata beliau.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Rundingan Meja Bulat Mahasiswa Nasional 2012 semalam.

Sehubungan itu, beliau yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan berkata, Pemuda Umno tidak ambil mudah isu PTPTN walaupun hanya 17 peratus yang masih gagal membuat pembayaran balik.

Razali berkata, isu PTPTN ini bukan perkara baru tetapi ia telah dibangkitkan Pemuda dan pernah dibincangkan dalam Makmal Pemuda (BNYL).

“Kita buat rundingan meja bulat PTPTN ini bukan sebab isu ini dibangkitkan pembangkang tetapi Pemuda mahu cari resolusi bagi membantu baki 17 peratus yang masih belum bayar.

“Kita mahu bersikap adil dengan 83 peratus lagi peminjam yang taat melunaskan hutang mereka. Sehubungan itu kita adakan rundingan meja bulat ini untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik,” katanya.

Hadir sama, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Idris Haron; Setiausaha Pemuda BN Datuk Megat Firdaus Megat Junid; Pengerusi Biro Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Pemuda Umno, Syahrin Md Jamaluddin dan Pengurus Kanan Pelaburan PTPTN, Tuan Din Tuan Mat.

Razali yang juga Pengerusi Biro Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Umno berkata, sebanyak 90 peratus pembiayaan pendidikan tinggi dibiayai kerajaan dan hanya 10 peratus kos pembelajaran terpaksa ditanggung setiap pelajar menerusi pinjaman PTPTN.

Katanya, statistik menunjukkan sehingga 31 Disember lalu, sejumlah RM43 bilion kelulusan pinjaman diberikan kepada 1.9 juta pelajar.

Malah tegas beliau, rakyat tidak harus terbuai dengan perkataan "kalau" yang sering dilaungkan oleh pihak pembangkang kerana khuatir akan jadi penyakit dalam masyarakat.

“Barisan Nasional (BN) tidak gunakan kalau, kalau dalam melaksanakan janji. Kita beri jika fikir kita mampu, kalau tidak mampu kita cakap tidak mampu.

“Tetapi pembangkang memberitahu ‘kalau mereka menguasai kerajaan, mereka akan hapus PTPTN, tetapi secara jelas dalam buku Jingga tidak menyebut untuk memansuhkan PTPTN,” katanya.

Tambah beliau, orang ramai boleh melihat sendiri di dalam Buku Jingga muka surat 15 di bawah tajuk Budaya Ilmu Sebagai Teras Universiti, Pakatan hanya cakap mereka akan memperkenalkan polisi pinjaman tanpa faedah dan membenarkan pembayaran semula enam bulan setelah peminjam mendapat pekerjaan tetap, langsung tidak berniat menghapuskan PTPTN.

“Mereka juga sebenarnya tidak yakin mampu menghapuskan PTPTN ini, tetapi disebabkan tiada isu dimainkan menjelang pilihan raya ini mereka gunakan mahasiswa sebagai jalan terakhir untuk menguasai politik," katanya.

Razali berkata, rakyat tiada alasan untuk berasa keliru mengenai isu PTPTN kerana ketika ini dengan ilmu dan informasi yang meluas ketika ini, banyak maklumat mudah diperoleh.

Rundingan Meja Bulat Mahasiswa Nasional 2012 yang dianjurkan Biro IPT Pemuda Umno ini berlangsung selama dua hari dengan disertai wakil mahasiswa pelbagai institusi bersama 13 pertubuhan bukan kerajaan.

Pemuda juga mengajak orang ramai turut memberi pandangan mereka melalui Twitter ke pautan #mejabulatptptn, dan rumusan hasil rundingan akan dibentang petang ini.

Tuesday, April 10, 2012

Adam Adli : Bila Anak Ketam Mengajar Berjalan



Mungkin masih ramai yang tidak kenal Adam Adli, seorang anak muda yang bercita-cita tinggi untuk menjadi ‘superhero’ penyelamat rakan-rakannya di universiti dari ‘didera’ oleh AUKU. Perjuangan Adam Adli berupa siri-siri demonstrasi di mana perbuatan seperti menurunkan banner pemimpin negara serta melalak-dan melolong dijadikan senjata bagi menunjukkan ‘kebijaksanaan’ para pelajar.

Walaupun Adam Adli adalah bakal guru kerana menuntut di UPSI, beliau bukannya berjuang menuntut peruntukan untuk membuat kajian tentang teknik-teknik mengajar atau memahami psikologi kanak-kanak bagi membantu UPSI melahirkan guru-guru cemerlang di masa depan. Ini kerana, Adam Adli tidak berminat dengan masa depan, beliau lebih berminat dengan masa kini, menikmati ‘populariti’ sepertimana yang diimpikan oleh mana-mana anak muda jalanan yang tiada arah tujuan.

Masa depan Adam Adli sebagai guru juga masih belum tentu kerana beliau kini digantung dari belajar kerana terlalu asyik berjuang demi masa kini. Dan hari ini, Adam Adli terus tegar menyambung perjuangannya untuk berdemonstrasi menentang PTPTN pula pada hari Sabtu nanti.

Kita pernah mendengar pepatah ‘bagai ketam mengajar anaknya berjalan lurus’ iaitu seorang yang ingin mengajar orang lain sedangkan diri sendiri tidak betul. Tetapi, apa akan jadi jika seekor anak ketam yang belum lagi pandai berjalan dengan kaki yang masih lembik ingin mengajar bapanya berjalan, iaitu sepertimana Adam Adli ingin mengajar kerajaan?

Akibatnya, akan terpaksalah kerajaan mencari dana RM43billion untuk menanggung kos akibat penghapusan PTPTN. Jika tidak, beberapa IPTS mungkin terpaksa ditutup kerana kekurangan pelajar di mana akan membawa kepada peningkatan mendadak masalah pengangguran. Inilah yang bakal berlaku jika tuntutan Adam Adli dilaksanakan.

Sebenarnya, matlamat Adam Adli mudah sahaja iaitu, jika pembelajaran adalah percuma sepenuhnya, maka rakan-rakan seperjuangannya di universiti-universiti seluruh Malaysia tidak akan merasa terdesak untuk belajar bersungguh-sungguh demi mendapat pekerjaan yang baik untuk membayar balik hutang PTPTN. Sama ada tuntutannya masuk akal dan praktikal, tidak pula terjangkau oleh otaknya.

Yang mampu difikirkan oleh otaknya ialah jika PTPTN dihapuskan, bolehlah pelajar-pelajar seperti dirinya menghabiskan masa berdemonstrasi, melalak dan melolong ke sana ke mari tanpa perlu risaukan apa-apa.

Jika dibaca blog Lim Kit Siang akhir-akhir ini, kita melihat beliau memaparkan beberapa artikel terutamanya dari Aspan Alias dan Mariam Mokhtar yang secara sinis dan tidak langsung merujuk kepada Melayu-melayu yang tidak menyokong Pakatan Rakyat atau lebih tepat Melayu UMNO sebagai bodoh dan ketinggalan. Alasan mereka, Melayu UMNO terlalu menjaga ketuanan, rasis, jumud dan bersifat paranoid terutama apabila melibatkan agama dan bangsa.

Mungkin, di mata Aspan Alias dan Mariam Mokhtar, Melayu seperti Adam Adli yang menyokong Pakatan Rakyat adalah simbol anak Melayu yang bijak, cerdik dan pandai, seperti juga mereka berdua.

Ciri-ciri Melayu bijak mengikut standard Pakatan Rakyat ialah mereka mestilah mudah ditunggang oleh pihak dan kaum lain, mesti terbuka menerima hak asasi manusia mengatasi batas-batas agama, mesti menerima sikap rasis kaum Cina yang enggan membuka peluang untuk bersaing sama rata di dalam sektor swasta dan perniagaan kepada kaum Melayu dan menolak untuk mempertahankan hak bangsa sendiri.

Kerana itulah mereka mendewakan Anwar Ibrahim graduan Pengajian Melayu kelas 3 sebagai Ketua dan bakal Perdana Menteri kerana beliau menepati semua ciri-ciri ini.

Berdasarkan hakikat ini, Pakatan Rakyat nampaknya berazam untuk melahirkan lebih ramai Melayu ‘bijak’ melalui siri-siri demonstrasi yang didokong ataupun disokong mereka termasuk demonstrasi Bersih dan Lynas yang membabitkan anak-anak Melayu di Universiti.

Pelik sekali kerana ciri-ciri bijak di mata Pakatan Rakyat adalah berbeza mengikut kaum:

Bagi kaum Cina, bijak bermakna mereka menumpukan sepenuh perhatian untuk menjadi pelajar cemerlang dan mendapat pekerjaan yang baik atau membuka perniagaan baru. Mereka juga wajib menguasai berbagai cabang ilmu, menjadi doktor, jurutera, saintis dan sebagainya. Di masa yang sama, mereka wajib terus berjuang demi memastikan kaum Cina terus mendominasi dan memonopoli ekonomi Malaysia serta memartabatkan budaya dan bahasa nenek moyang mereka.

Sedangkan bijak bagi kaum Melayu pula bermakna bersikap seratus peratus sebaliknya dengan mencontohi pemikiran dan perlakuan Anwar Ibrahim, Adam Adli, Mat Sabu, Hadi Awang, Nik Aziz, Mahfuz Omar, Aspan Alias dan Mariam Mokhtar. Kenapa dwi-standard pula?