Wednesday, April 18, 2012

Isu PTPTN : Tinjauan Rakyat Dapati Janji Pembangkang Gimik Pilihanraya


UMNO Online baru-baru ini membuat beberapa tinjauan pendapat di kalangan anak-anak muda termasuk pelajar, tentang isu pemansuhan PTPTN yang dijadikan modal oleh pembangkang untuk menarik perhatian rakyat baru-baru ini.

Tidak cukup dengan itu, Pakatan Pembangkang  turut menyokong demonstrasi yang dibuat oleh para pelajar  baru-baru ini sebagai langkah desakan kepada kerajaan untuk menghapuskan skim bantuan pelajaran tersebut.

Ternyata, ramai di antara para pelajar mahupun orang awam yang ditemui, rata-ratanya tidak bersetuju baik dengan desakan pemansuhan PTPTN mahupun demonstrasi yang dilakukan oleh segelintir pelajar baru-baru ini.

Menurut Hassan Surif, 40, dia berpendapat bahawa isu PTPTN yang dibawa oleh pembangkang ini hanyalah satu lagi gimik Pakatan Pembangkang bagi menarik perhatian rakyat menjelang PRU 13 ini.

"Bagi saya isu PTPTN ini hanyalah isu yang cuba ditimbulkan oleh pembangkang setelah tersepit dengan situasi yang mendesak dengan keadaan politik mereka yang agak kucar kacir, apatah lagi dalam keadaan waktu pilihanraya yang semakin hampir.

"Jadi mereka terpaksa mencipta isu-isu seperti ini untuk dijadikan gimik politik mereka sedangkan kalau dalam isu PTPTN ini, sepatutnya mereka dulu yang memansuhkan serta memberikan pendidikan percuma di negeri-negeri yang ditadbir oleh mereka terlebih dulu.

"Malah, apa yang mereka janjikan dulu masa PRU 12 pun masih tidak tertunai lagi. Macam janji-janji mereka terhadap golongan tua yang akan diberi bantuan, anak masuk tadika dapat bantuan, itu pun tak dapat diselesaikan lagi, sekarang mereka mahu membawa isu yang lebih besar dari itu," tegasnya.

Manakala bagi Hakim Mohd Yunus,19, seorang pelajar UiTM, dia sama sekali tidak bersetuju PTPTN itu dimansuhkan.

"Apa yang saya tengok sekarang, PTPTN ini sebenarnya banyak membantu anak-anak muda untuk melanjutkan pelajaran, terutama yang datang dari keluarga yang berpendapatan sederhana. Contohnya macam saya. Jadi bagi saya PTPTN ini amat membantu," ujarnya.

Bagi Abdul Nuaim Tarmizi pula, 20,pemansuhan PTPTN mungkin akan menyebabkan ramai anak muda yang tidak akan mampu untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

"Saya sendiri pun meminjam dengan PTPTN. Saya bukanlah dari keluarga yang senang. Sekiranya tidak ada PTPTN ni, saya pun tak tahu samada saya dapat atau tidak untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, sebagaimana hari ini.

"Saya kalau boleh tidak mahu menyusahkan keluarga untuk melanjutkan pelajaran dan sememangnya saya mengharapkan PTPTN sajalah untuk membantu  dalam menampung kos pembelajaran saya hari ini," jelasnya.

Khairul Anuar, 30, pula tidak bersetuju dengan isu pemansuhan dan juga demostrasi yang dibuat oleh para pelajar baru-baru ini.

"Saya pelik kenapa isu PTPTN ini dibangkitkan. Bukankah PTPTN ini diwujudkan untuk membantu golongan pelajar dari  keluarga yang tidak berkemampuan, serta para pelajar yang tidak mendapat biasiswa  untuk  melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

"Lagipun cara pembayaran balik yang dikenakan tidaklah terlalu membebankan. Apa pun saya tidaklah bersetuju dengan desakan untuk memansuhkan PTPTN ini. Kenapa kita perlu mansuhkan sedangkan ia dapat memberikan manfaat untuk orang ramai," katanya lagi.

Bagi Raja Mohamad Azlan Raja Mohamad Noor, 21, pula sama sekali tidak bersetuju dengan isu yang dimainkan oleh pembangkang untuk memansuhkan PTPTN ini.

"Bagi pendapat saya, PTPTN ini tidak perlulah dimansuhkan kerana skim ini dapat membantu ramai pelajar yang datang daripada keluarga yang sederhana dan tidak mampu untuk menampung kos pembelajaran bagi anak-anak mereka.

"Sepatutnya, Pakatan Pembangkang yang cuba menimbulkan isu PTPTN dan isu pendidikan percuma ini perlu buat di negeri-negeri yang mereka perintah dulu. Hapuskan segala hutang-hutan PTPTN para pelajar Unisel dan Kuis contohnya, dan berikan skim pendidikan percuma ini pada pelajar-pelajar di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah dulu, barulah mereka boleh mendesak kerajaan," tegasnya. -MediaUMNO

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Himpunan Pra Bersih 3.0 Tidak Mendapat Sambutan

Kurang dua minggu menjelang demonstrasi Bersih 3.0 sekurang-kurangnya dua peristiwa yang telah melemahkan semangat penyokong dan pemimpin pakatan pembangkang telah berlaku.

14 April lepas demonstrasi anti PTPTN gagal sama sekali apabila hanya sekitar 200 - 300 orang saja yang hadir jauh dari mencapai sasaran 5000 peserta yang diwar-warkan sebelum ini.

Malam tadi pula perhimpunan Pra Bersih 3.0 di padang Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru yang sepatutnya dihadiri oleh lebih 10,000 orang tapi hingga majlis berakhir dianggarkan hanya 700 - 800 sahaja yang hadir.

Jumlah tersebut termasuklah kelibat beberapa pemimpin pembangkang yang turut hadir antaranya Nurul Izzah, Tian Chua, Aziz Bari, Terressa Kok, Elizabeth Wong serta Abdul Kadir Sheikh Fazhil.

Perhimpunan tersebut yang bertujuan sebagai warm up bukan sahaja gagal mencapai matlamatnya malah cukup untuk memberi gambaran awal demonstrasi 'Duduk Bantah' pada 28 April kelak juga tidak akan mencapai kehadiran seperti yang disasarkan.

Kalau dah sasaran 10,000 gagal di capai semasa majlis warm up Pra Bersih 3.0 sekalipun turut dihadiri pemimpin besar pembangkang, lagilah sukar dan mustahil untuk Bersih 3.0 mampu menghimpunkan 500,000 peserta demo di Dataran Merdeka nanti.

Sandaran pembangkang makin lama makin rapuh, orang ramai kian jauh dari aktiviti dan kegiatan mengarut yang dipelopori pembangkang dan NGO mereka.

Pemimpin pembangkang sebenarnya sedang bermain dengan api yang bila tiba saatnya akan membakar diri mereka sendiri. Saban minggu berdemonstrasi bukannya menambah undi sebaliknya lagi menambah kebencian umum terhadap mereka.

Kegagalan dua demo anti PTPTN dan himpunan pra Bersih 3.0 semalam hanyalah gambaran awal sikap rakyat terhadap pembangkang yang tentu saja bila tiba pilihanraya kelak akan diterjemahkan dengan penolakan besar-besaran.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Hapuskan PTPTN? Versi Komik








Pembangkang Biadap Di Istana Negara: P Kamalanathan Tetap Pertahan Dakwaan Dr Rahman...


Cerita beberapa ahli parlimen pembangkang didakwa biadap ketika majlis Pertabalan Yang Di Pertuan Agong, di Istana Negara, Rabu lalu masuk episod baru.

Jika semalam Timbalan dan Naib Presiden PKR, Azmin Ali serta Tian Chua dan ahli parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad bercerita seolah-olah mereka tidak buat salah seperti didakwa Dr Rahman Kadir.

Selain mempertikai kewujudan doktor itu di balairong seri, mereka bertiga juga sepakat tuduh semua itu agenda UMNO dan Barisan Nasional.

Namun, skrip mereka berbeza dengan apa didedahkan ahli parlimen BN Hulu Selangor, P.Kamalanathan yang turut hadir di majlis tersebut.

Sebelum ini beliau sudah mengesahkan apa yang didakwa pegawai perubatan,Dr Rahman Kadir benar.

Bercakap kepada Agendadaily Selasa ekoran dari usaha Ahli Parlimen pembangkang nak melepas diri dari dakwaan itu, beliau tetap pertahan ada unsur-unsur kebenaran apa didedahkan Dr Rahman dalam blognya yang kemudian dilaporkan akhbar.

“Saya tidak kenal doktor tersebut (Dr Rahman) tetapi apa dilaporkan ada kebenaran. Tetapi saya tidak dapat sahkan seratus peratus apa dilaporkan tetapi ada unsur-unsur kebenaran,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, Selasa.

Menurut Kamalanathan, beliau duduk di barisan belakang ahli parlimen Gombak (Azmin) dan Shah Alam (Khalid) di Balai Rong Seri Istana Negara semasa majlis pertabalan itu.

Katanya waktu insiden itu beliau mendengar ada perbualan dengan unsur perli dan ejekan terhadap Perdana Menteri dan timbalannya, TYT Melaka, Sultan Pahang, Sultan Selangor dan Sultan Perak.

“Sama ada ahli parlimen Batu (Tian Chua) terbabit, saya tidak dengar kerana jauh daripadanya,” ujar Kamalanathan.

Katanya, beliau paling dekat dengan Azmin dan Khalid serta dengar apa dikatakan.

Sehubungan itu, beliau bersedia tampil memberi penjelasan jika ditubuhkan jawatankuasa untuk menyiasat perkara itu termasuk dicadangkan Tian Chua.

Menjawab soalan, Kamalanathan berkata, sudah jadi SOP (Standard Operation Prosedure) apabila pembangkang menunding jari kepada UMNO dan BN jika mereka dikaitkan dengan apa-apa dakwaan.

“Ini tak ada kena mengena dengan UMNO dan BN. Mereka hanya mahu lepaskan diri dengan salahkan orang lain,” katanya.

Sementara itu, Tian Chua adakan sidang akhbar memaklumkan sudah menghantar surat kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia minta ditubuhkan jawantakuasa di bawah peraturan mesyuarat 80A bagi menyiasat dakwaan doktor berkenaan.

Tian Chua mendakwa tulisan doktor itu memalukannya sebagai ahli parlimen dan wajar disiasat serta diambil tindakan terhadap Dr Rahman kerana memfitnahnya.

Namun, tindakan itu mungkin hanya taktik nak tutup malu kerana usul beliau itu bukanlah sesuatu yang wajar disegerakan melainkan usul di bawa kerajaan.

Dengan sidang Dewan akan berakhir Khamis ini, mustahil usul itu diterima untuk dibahaskan.

Mungkn Tian Chua tahu perkara ini tetapi dengan berbuat demikian, beliau nampak seolah-olah tidak terbabit perbuatan biadap pada Rabu lalu.

Dalam pada itu, ahli parlimen PAS Kota Raja, Dr Mariah Mahmud yang turut dikaitkan oleh doktor itu dalam tulisannya bercadang mengambil tindakan menyaman Dr Rahman.

Menyifatkan doktor itu sebagai tidak bertanggjawab dan membuat fitnah, Dr Mariah berkata, beliau sudah menghubungi peguamnya bagi tujuan itu.

Jelaslah, cerita dakwaan ahli parlimen pembangkang berkelakuan biadap sudah masuk episod baru dengan pengakuan Kamalanathan serta tindakan terbaru Tian Chua serta Dr Mariah bagi mempertahankan diri masing-masing.

Entahlah...namun ada yang berpendapat, mereka terpaksa berbuat demikian kerana khuatir hilang sokongan pengundi Melayu kerana perbuatan yang dianggap menghina sultan atau raja-raja, amat sensitif kepada orang Melayu.-Agendadaily

Khairy Bidas Sikap Pembangkang


Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin membidas sikap tidak bertanggungjawab Ahli-ahli Parlimen pembangkang yang tidak hadir semasa sesi penerangan bersama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam usaha menyelesaikan isu senarai nama pengundi.

Khairy menyatakan rasa kecewanya itu ketika sesi perdebatan dengan Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke menerusi laman debat dalam talian, www.ipidato.com.

Menurutnya, hanya kira-kira 10 ahli Parlimen pembangkang yang hadir pada sesi berkenaan dan kecewa kerana Anthony juga tidak hadir.

"Senarai pengundi merupakan isu paling penting dalam lapan tuntutan Bersih. Bagaimanapun, apabila SPR meminta Ahli-ahli Parlimen daripada Barisan Nasional (BN) dan pembangkang menghadiri sesi penerangan pada hari ini, hanya kira-kira 10 ahli Parlimen pembangkang sahaja yang hadir, saya amat kecewa dan kamu (Anthony) juga tidak hadir.

Tuesday, April 17, 2012

Biseksual: Anwar Batalkan Saman Nalla


Laman suarapakatanrakyat.com dalam artikel terbarunya hari ini mendakwa saman Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Senator Datuk S. Nallakarupan akan dibatalkan tetapi saman terhadap Utusan Malaysia yang melaporkan sidang media itu akan diteruskan.“

Penulis menerima maklumat dari sumber dalam pasukan pembelaan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa saman sebanyak RM 100 juta yang difailkan ke atas Datuk S. Nallakarupan atas tindakan defendan mengeluar kenyataan fitnah menuduh Anwar sebagai seorang biseksual (disiarkan dalam Utusan Malaysia), akan dibatalkan.

“Bagaimanapun, saman ke atas Utusan Malaysia kerana menyiarkan artikel fitnah tersebut akan diteruskan”, katanya.Menurutnya, ini menjawab teka teki kenapa writ saman ke atas kedua defendan tersebut masih tidak diserahkan sehingga sekarang, walaupun telah lama difailkan.“

Alasan kepada pembatalan tersebut, menurut sumber, ialah kerana Anwar mahu fokus kepada kempen pilihanraya umum yang akan datang, disamping majoriti daripada pasukan pembelaannya sekarang, yang akan turut bertanding dalam pilihanraya umum tersebut.“

Lagipun, dengan mengenepikan saman ke atas Nalla, harapan Anwar untuk memenangi saman tersebut dalam masa yang singkat dikatakan cerah, kerana bukti ke atasnya begitu kukuh sekali melalui penyiaran artikel tersebut.pada 20 Mac 2012, dibandingkan dengan masa panjang yang bakal diambil jika saman ke atas Nalla diteruskan”, katanya.

-AIDC